Sunday, January 30, 2022

TikTok

Dulu-Dulu mati-mati aku tak nak ada account TikTok. Seram...tengok orang forward video TikTok tu asyik yang menari-nari. Bila dah ada ilmu dah belajar baru tau. Baru la bukak account TikTok. 

Kita memang kena ikut arus perubahan. Dunia tetap akan berubah walaupun kita tak nak berubah. Kita kena pandai manfaatkan teknologi yang ada. Buat yang elok. Yang tak elok jangan la kita ikut. 

Followers aku tak la ramai. Artis dalam gua kan...memang la tak ramai followers. 😂 Kadang-kadang tengok orang punya contents entah apa-apa tapi ramai followers. TikTok ni banyak pantang larang dia. 

Terima kasih pada yang sudi follow aku. You follow I, I follow you back. Ada juga yang aku tak follow back. Bilamana aku tengok account dia private, account dia tak ada video lagi, account dia tak ada info tentang diri dia. Itu memang aku tak follow back. Ada pulak tu kita dah follow back, lepas tu dapat pulak message double meaning. Nak kawan, kawan je la. Aku orang business mesti la aku suka ber networking suka berkawan. Tunggu la aku unfollow korang nanti. Kat TikTok ni bukannya boleh suka-suka follow pastu unfollow. Kena tunggu dulu. Kena berhati-hati pun ye kat TikTok ni. Ada yang menyamar. 

Meh la follow TikTok aku ni. You follow me, I follow you. Gitew! Nanti bila dah ada 1k followers boleh la kita live sama-sama 😁. FB pun jarang buat Live, nak buat Live kat TikTok konon. Baik buat live kat shopee. 😀😀. Pelan-pelan la...nanti kita buat live.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Saturday, January 29, 2022

Bila waktu paling sesuai beli emas?

Bila waktu paling sesuai beli emas?

Adalah waktu harga turun? Atau waktu ada duit?

Dua-dua pun betul. Waktu harga turun boleh, waktu ada duit pun boleh.

Macam hari ni, harga turun gila-gila berbanding 2 hari lepas. Turun RM8 segram tu.

Kalau beli segram hari ini, jimat RM8.

Kalau beli 10 gram hari ini, jimat RM80.

Kalau beli 100 gram hari ini, jimat RM800.

Banyak penjimatannya. Itu sebab ada emas ni best. Lagi harga turun, lagi orang borong beli.

Apa lagi yang best kalau beli emas dengan harga rendah hari ni?

❤️ Boleh ambil kesempatan terus upgrade diri jadi Wakil Jualan. Nak jadi Gold Advisor boleh. Nak jadi Gold Manager boleh. Nak jadi Gold Group Manager pun boleh.

✅ Gold Advisor ~ RM9,205 sahaja. Apa saja nilai belian lepas ni akan dapat insentif 1%.

✅ Gold Manager ~ RM13,150 sahaja. Apa saja nilai belian lepas ni akan dapat insentif 1.5%.

✅ Gold Group Manager ~ RM31,560 sahaja. Apa saja nilai belian lepas ni akan dapat insentif 2%.

Best kan? Mestilah best.

Lagi banyak korang borong, lagi tinggi peluang untuk dapat smartphone percuma. KAB akan bagi kepada yang buat belian peribadi tertinggi sepanjang bulan Januari 2022.

2 kali best tuuuuu…masih belum terlewat. Januari belum habis lagi. Jangan tunggu lagi. Nanti terlepas pulak. Sekali-sekala harga turun macam ni memang satu rahmat la.

Siapa yang dah ada KAB Code boleh terus beli. Siapa yang belum ada KAB Code, boleh klik link berikut untuk daftar :

DAFTAR PERCUMA KAB GOLD

Lepas dah daftar, buka emel dan verify. Lepas dah verify, boleh log-in website dan beli.

Mudah kan?

Ingat emas. Segalanya di KAB Gold.

#fantasticfarah #sweetfarah #farahkaya

Friday, January 28, 2022

Kasihanilah Peniaga-Peniaga Kecil

Discount adalah hak penjual. 

Makan KFC, McD, minum kat Starbuck, Gloria Jean, shopping kat mall boleh ke minta discount? Tak kan?

Kasihanilah peniaga-peniaga kecil. Discount RM1 atau RM2 kecil bagi kita tapi besar bagi peniaga kecil.

"Kita kan member, takkan dengan member pun nak berkira" 
Biasa kan dengan ayat macam tu?

Member la yang sepatutnya support member. Bila member yang berniaga tu satu hari nanti dia dah berjaya pasti dia tak lupakan member yang pernah support dia. 

Support la kawan-kawan yang berniaga pasti Allah akan support kita, In Shaa Allah. Andai satu hari ni mereka yang korang dah support itu telah lupakan korang, korang jangan sedih jangan kecewa tau dan jangan putus kawan dengan dia. Niat kena ikhlas. Kadang-kadang balasan kebaikan bukan datang dari orang yang sama. Allah tau apa yang dia buat untuk hambanya. Cuma kita ni jangan pernah penat untuk buat baik.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Sunday, January 23, 2022

Kenapa Emas Menjadi Bahan Utama Perhiasan


Dari ribuan tahun dahulu sehingga kini, emas menjadi pilihan utama sebagai bahan perhiasan. Malah, hampir semua peradaban awal dunia mempunyai satu perkara yang sama, iaitu menjadikan emas sebagai bahan paling bernilai. Jika dilihat dan direnung, kenapa yer? Dan kenapa bukan bahan logam yang lain?
 

1. Emas Tidak Menimbulkan Alergi

Pasti ramai yang mendengar kaum hawa yamg mempunyai alergi jika memakai bahan yang bukan emas tulen. Agak ganjil tetapi itulah faktanya. Kerana logam emas dijamin tidak akan menimbulkan alergi pada kulit. Ini adalah kerana komponen logamnya tidak beroksida apabila terkena suhu kulit atau peluh yang membuatkannya ideal untuk dipakai.

2. Tahan Lama

Walaupun emas itu senang dibentuk, ia tahan lama malah susah bengkok atau putus. Kerana itu emas dari beribu tahun dahulu masih elok dan seperti baru. Emas juga boleh diperkuatkan dengan campuran bahan logam lain seperti perak dan sebab itu ada pelbagai jenis emas campuran seperti rose gold atau emas putih.

3. Tidak Berkarat

Masalah terbesar untuk perhiasan barangan tembaga atau perak adalah tompok-tompok hitam yang akan muncul kerana tindakbalas kimia logam dengan persekitaran. Tapi ini tidak berlaku dengan emas yang tahan karat, perubahan cuaca malah suhu tertentu.

4. Nilainya Terus Menaik

Nilai emas itu sendiri meningkat dari tahun ke tahun. Ia disandarkan kepada beberapa faktor ekonomi, sosial dan politik dunia. Kegawatan ekonomi, perang dan pandemik akan mempengaruhi harga emas dunia untuk terus meningkat. Ini adalah kerana pada waktu krisis, orang akan mengalihkan pelaburan mereka ke sektor yang stabil iaitu emas.

Oleh sebab itu, emas dijadikan bahan utama perhiasan dan menunjukkan gaya hidup dan simbol kemakmuran. Untuk pelaburan jangka panjang, sudah terbukti yang emas adalah pelaburan yang sentiasa meningkat naik.

Untuk jangka pendek, malah setiap hari, harga emas itu sentiasa turun naik dan ini membolehkan kita membuat belian secara sikit-sikit. Dengan Uncang Emas, korang boleh buat beli serendah 0.25g. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Korang boleh register dengan percuma di sini.


#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


Mee Siput


Bukan orang Muar namanya kalau mee siput pun tak kenal.

Sekarang dah semakin ramai pengusaha mee siput dikalangan orang islam. Kat shopee pun dah ramai yang menjual. Dulu aku pernah terfikir gak nak jual tapi circle friends aku tak ramai yang pandai makan mee siput. Lemah 😂. Arwah bapa saudara aku dulu pernah jual mee siput ni. Jual kat kantin sekolah rendah. 

Sedap tau mee siput ni. Biasanya memang orang makan mee siput ni dengan sambal tumis. Tapi, aku lebih suka makan macam tu je. Aku gak lebih suka beli yang dah siap goreng sebab malas nak goreng 😄😄. Kalau nak goreng mee siput ni minyak kena betul-betul panas, baru dia kembang pun cantik je. Makan pun sedap je. 

Sekeping mee siput yang dah siap goreng ni aku rasa dia orang jual dalam harga RM2 sekeping kot. Dalam tu dah siap-siap ada sambal. Kalau yang mentah mereka jual dalam packet...1 packet tu ada beberapa keping. Ikut la masing-masing nak pack berapa. Kalau macam gambar kat bawah ni ada 14 keping. Harga tak tau berapa sebab ni orang bagi aku. Ala korang google je la. Harga memang berbeza-beza. Lain pengusaha lain harga, lain peniaga lain harga. 


Raya cina nanti nak balik Muar. Dah ada siap-siap orang kirim. Kalo korang ada kawan dengan orang Muar korang boleh la kirim. 

Teringat masa aku mula-mula bawak mee siput ni pergi office, ada yang tanya macamana nak makan. Nak kena rendam dulu ke? Korang jangan rendam atau rebus pulak mee siput ni. Mee siput ni untuk goreng sahaja ye! Nak mudah korang ikut macam aku, beli yang dah siap goreng. Ada gak yang jual bundle. Mentah ke dah siap goreng ke, kalau beli kat tempat perusahaan mee siput ni memang boleh beli bundle. Dah sampai KL dia orang jual pc by pc. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Perbezaan Gaji & Rezeki

Ramai orang tak faham...gaji & rezeki adalah dua perkara yang berbeza walaupun pada dasarnya ia adalah sama.

Gaji - boleh diagak berapa kita dapat
Rezeki - tidak diduga atau di luar jangkaan

Gaji - ada slip
Rezeki - tak ada slip

Gaji - syarikat/boss bagi
Rezeki - Allah bagi

Gaji - mungkin boleh tersilap bagi atau tersalah bank-in
Rezeki - tak pernah salah alamat

Gaji - berbentuk fiat atau duit
Rezeki - pelbagai bentuk

Gaji - dicari & dikejar dengan berusaha
Rezeki - dijemput

9/10 rezeki daripada perniagaan. Berniaga la dengan jujur & amanah. In Shaa Allah berkat rezeki tu nanti.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Friday, January 21, 2022

Photoshoot

Pada 18/1/2022 baru ni aku ada sesi photoshoot. Jadi model untuk business sendiri untuk product sendiri. Nak hire model luar belum mampu lagi. Lagipun aku rasa lebih baik tepek muka aku sendiri, boleh build trust orang kat kita. Anak sendiri pun tak nak jadi model.

Photoshoot ni memang untuk buat profile aku sendiri la. Ini juga adalah salah satu task yang aku perlu buat dalam kelas DiG Circle hari tu. Kira settle dah la hutang aku. Aku la orang terakhir yang menyiapkan task ni.


Disebabkan photoshoot tu aku buat kat studio kawan aku, photographer juga kawan aku & MUA pun wife kepada kawan aku tu, jadi tak ada la dia nak berkira sangat dari segi masa. Dapat la aku tukar beberapa baju. Tapi, penat la weh. 

Amacam? Ok tak? Nampak muda 20 tahun tak? Hahaha....
Ada dekat 300 gambar semuanya tapi tak kan la aku nak share kesemuanya tu.


Ini la product pertama aku, Royale Coffee. Kopi yang berasaskan Kopi Arabica dan diadun bersama ekstrak kurma, delima, madu, kismis & mix berries. Diam tak diam dah setahun lebih ada dipasaran.


Ini adalah sebahagian product yang aku jual kat shopee termasuk la product Royale Coffee tu. Ada banyak lagi sebenarnya. Kalau nak tunjuk semua tak muat meja tu.


Tercapai juga cita-cita aku nak jadi Founder walaupun hanya product kopi. Eh! Ini kopi bukan sebarang kopi tau. Ini kopi premium. Bukan biaa-biasa, bukan kaleng-kaleng. Korang lihat sendiri la bahan-bahan dia dan rasa la sendiri. Kopi ni bukan setakat sedap tapi banyak khasiat.


Ni product ke-2 aku, Famille Body Wash. Alaaa....tak nampak pulak tulisan kat product tu. Ada 2 pewangi, Aqua & Lavender. Masih baru di pasaran. Harga mampu milik ni. Korang memang kena try. ☺



Product Aura Seri ni aku hanya Master Stockist aje, bukan Founder. Founder dia lagi cantik dan hebat dari aku dan dia juga merupakan guru aku. Siapa dia? Datin Ira Ghani & husband beliau Dato' Seri Ibrahim. 


Ni baju teakhir. Ikutkan dah tak nak. Dah penat. Assistant pun dah penat. Tapi kawan aku kata dah alang-alang bawak tu pakai je la. 5x tukar baju la sepanjang sessi photoshoot tu. Nasib baik assistant ok. Anak sendiri ok la...hehehe.



Bersama MUA, Julia. Dia la yang make-up kan aku. Dia pun ada butik pengantin. Memang itu core business dia. Untuk pengantin memang complete package dia ada. Sapa nak kahwin, nak tunang atau yang sewaktu dengannya, boleh la cari Julia.


Photographer, Aidil. Kawan lama ni. Kalau korang nak shoot apa-apa, boleh la panggil kawan aku ni. Harga boleh bincang

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Thursday, January 20, 2022

RFID

Beberapa hari ni memang kecoh cerita pasal RFID.

Aku dah pakai RFID ni sejak April 2019 lagi. Masa tu Lorong RFID baru ada kat DUKE je. Kawan yang kerja dengan TnG yang introduce RFID ni. Jadi, aku pun pasang la. Dulu leceh sikit. Nak pasang kena pergi RFID Fitment Center. Kena register dulu. Kena buat appointment. Dulu pasang free je. Sekarang RM35. Kalau pandai, korang boleh pasang sendiri je. Aku tengok dah ada dijual di shopee gak.


Sejak tu juga la aku mula menggunakan TnG e-Wallet. Pada aku best la bila ada RFID ni. TnG e-Wllet tu aku guna untuk bayar tol je. Tak perlu nak beratur panjang. Yang paling tak best bila time dia sangkut dan yang kerap sangkut ialah kat Tol DUKE yang dekat Plaza Tol Batu & Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan which is tol ni la yang aku lalu everyday. Dah reverse kereta 2-3 kali pun dia tak mau detect. Kesudahnya tukar lane. Sekarang ni aku tengok ramai pengguna dah malas nak guna lane tu. Lane RFID dekat toll lain yang aku lalu so far so good. Kalau ada pun dia cuma lambat nak detect. 

Secara peribadi aku suka guna RFID ni. Walaupun dah ada RFID, Smart Tag tetap kena ada. So far, RFID ni ada kat kereta aku je. Husband tak nak pasang kat kereta dia. 

Cuma yang tak best dia bila aku dapat tahu TnG e-Wallet ni is not syariah compliant. Tapi, dia ada Go+ which is shariah compliant dan aku dah pun confirmkan dengan TnG sendiri yang kita boleh biarkan e-wallet kita tu kosong & just top up kat Go+. Makanya nanti bila kita lalu tol, akan auto deduct dari amount yang ada dalam Go+ tu. Ok, settle. Baru la senang hati aku.

Kita kena ikut perubahan. Sekarang dunia teknologi. Suka tak suka we have to follow sebab kita bukan duduk dalam gua. Kalau kita tak nak berubah dunia tetap berubah.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya



Wednesday, January 19, 2022

Kunjungan Mengejut

Siapa suruh datang mengejut...haaa..kan aku tak ada rumah. Mujur anak aku ada.

Semalam adik aku datang. Aku tak ada rumah sebab aku ada photoshoot. Nasib baik anak sulung aku ada rumah. Dia datang sebab wife dia ada urusan kerja sebenarnya. Kebetulan tempat yang dia jumpa customer tu dekat dengan rumah aku. Jadi, dia singgah la untuk tumpang solat & berehat sekejap. 

Apam Balik Muar

Rupanya dia ada bawak sekali Apam Balik & Mee Siput. Hari tu aku balik Muar tak dapat beli Apam Balik ni. Semalam dia bawak pulak. Sayang adik aku kat kakak dia. Nanti aku cerita apa istimewanya Apam Balik ni...di posting yang lain la pulak. Kalau nak tau, sila la follow la blog aku ni ye! 😁

Mee Siput

Hari tu dia orang datang rumah aku dah bagi Mee Siput mentah. Semalam dia bawak Mee Siput yang dah siap goreng pulak. 

Disebabkan banyak, aku bagi sikit Mee Siput tu kat neighbor aku. Dia orang Muar juga. Jadi, dia pandai la makan. Nak dijadikan cerita memang hari ni aku last urut menantu dia dalam pantang. 

Dilain posting nanti aku pun akan ceritakan pasal Mee Siput ni jugak. Apa lagi, follow la. 😀.

Terima kasih adikku Nazir kerana kedatangan mengejut yang ada buah tangan. Bagi aku mengejut la tapi dia orang memang dah plan sebenarnya tu 😂😂

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Saturday, January 15, 2022

Si Pencuri Duit Masjid

Baru-baru ini tular kisah budak curi duit tabung masjid.

Masa mula-mula aku dapat video budak yang kena mandi jenazah tu dalam whatsapp group...aku pun tanya la apa. Apa kes? Rupanya budak tu curi duit tabung masjid.

Astaghfirullahalazim...
Betul budak tu salah tapi kenapa dibuat begitu? Dah la video tu di-viralkan. Aib orang tu oiii. Orang masjid semua tu.

Secara peribadi, aku pun geram bila budak tu curi duit tabung masjid lagi-lagi bila dapat tahu dia nak guna duit tu buat beli dadah. Dalam waktu yang sama, aku tak setuju cara yang mereka buat tu. 


Tindakan yang bukan kurang bijak tapi tak bijak langsung. Tak pandai nak berdiplomasi dengan budak remaja yang ada masalah. Islam tak ajar cara macam tu. 

Aku takut nanti budak tu & the geng akan berdendam & hilang kepercayaan serta rasa hormat pada orang-orang yang kaki masjid. Tarbiah kan dia sudah la. Lepas tu serahkan dia pada polis. Viral takkan selesaikan masalah malah lagi menjadikan suasana menjadi keruh. 

Haaa....kan dah kena kecam dengan ramai orang. Siap terpalit sekali dengan kes Azam Baki. Sapa lagi yang turut terlibat memforward kan video tu? Hangpa jawab la nanti kat akhirat. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Sunday, January 9, 2022

Shopee Broadcast

Broadcast adalah salah satu cara yang diajar untuk kita tarik pembeli membeli di kedai kita.

Kadang-kadang yang buat aku (bukan aku je, ramai lagi seller lain) malas nak buat broadcast ni, sebab ada seller yang tak faham. Bila kita seller & dia pun seller, dia ingat bila dia dapat broadcast tu dia kena reply. Padahal tak perlu reply pun. Lepas tu bila dah reply, kita kena la reply balik sebab kalau tak chat rating rate (CRR) kita akan drop. Dok berbalas-balas sampai kita terpaksa block dia.

Ada setengah seller bila kita beritahu dia yang bilamana dia tak reply broadcast message tu, CRR dia tak ada akan ada effect apa-apa sebab broadcast tu datang dari kita then dia faham. Tapi, bila jumpa seller yang bebal tu yang reply balik message dia then terus block. 

Orang meniaga kat shopee kau pun nak meniaga tapi malas nak belajar. Aku dulu pun tak tau tapi aku belajar. Selain dari belajar dengan coach kat luar sana, aku pun belajar dari shopee. Join webinar shopee. Join kelas-kelas yang shopee anjurkan. Join shopee uni...dan aku baca kat Seller Education Hub. Kadang-kadang, bila ada yang masih kurang jelas, aku call shopee untuk dapatkan kepastian.

Bukan senang nak senang. Kena la usaha. Kena la belajar. Bukan main jual buta je. Nak meniaga kena ada ilmu. Lagi-lagi meniaga dengan menumpang platform orang. Lepas tu bila ada problem kau nak complaint membabi buta. Aku benci betul dengan manusia yang perangai macam ni.

Kan dah kena bebel.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Vaksin Oh Vaksin

Aku bukan la anti-vaksin. Kalau aku anti-vaksin sampai sekarang aku tak ambik vaksin lagi. Tapi, aku cuma rakyat marhaen. Kang kalau tak ambik vaksin kena buang kerja, tak boleh nak balik kampung, tak boleh pergi umrah/haji, tak boleh nak ke sana ke sini. Kan dah menyusahkan aku tu. Jadi, apa pilihan yang aku ada? Pilihan dia adalah paksa rela lah.


Lemah betul dengar bila lepas 2nd dose kena ambik booster. Dulu kata booster tak wajib. Sekarang dah jadi wajib pulak. Selagi boleh tangguh aku tangguh. Seperti 1st & 2nd dose dulu la...selagi boleh tangguh aku tangguh.

Bila dengar press conference PPIM ni...lagi la aku keliru. Korang dah dengar ke? Sila dengar sampai habis ye! Ada betulnya jugak.

Aku ada kawan yang memang anti-vaksin. Sampai sekarang dia tak ambik satu vaksin pun. Semua family dia tak ambik vaksin. Dia sampai sanggup berhentikan sekolah anak dia & hantar anak dia belajar agama je. Yakin sungguh dia. Alhamdulillah sampai hari ni mereka semua belum pernah positive covid. Dia memang mengamalkan makanan sunnah & makanan sihat. Aku yang amalkan pemakanan sunnah pun positive covid. Mungkin sebab tak amalkan pemakanan yang sihat 😄

Ada orang sanggup diberhentikan dari kena ambik vaksin. Yakin sungguh mereka. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Thursday, January 6, 2022

Bagaimana Untuk Elak Ditipu Oleh Agent Emas

Memang agent emas akan cakap bagus simpan emas sebab dia dibayar komisyen kalau kita beli emas melalui dia.

Jadi, untuk pastikan kita tak ditipu oleh egent emas, bacalah Buku Wang Emas atau buku-buku berkaitan dengan Emas.

Penulis buku memang susah nak menipu sebab apa yang ditulis tu telahpun didokumen dengan baik. Semua orang boleh dan akan kritik kalau apa yang dia tulis itu bertujuan untuk menipu.

Kalau agent emas cakap simpan emas ni bagus dan anda berminat, sila buat seperti berikut:

1. Buat own research. Boleh google.

2. Kalau dah yakin, mulakan dengan budget yang kecil supaya dapat pengalaman sendiri & lebih cepat faham tentang emas. Asalkan beli emas dapat emas yang asli, risiko rugi tu amat-amat sedikit. Permulaan dengan 1 gram (bergantung pada yang ditawarkan oleh syarikat emas yang berkenaan)

3. Cari guru, mentor atau pakar dalam bidang berkaitan yang kita ceburi bagi memastikan kita tidak 'TERBABAS'.

4. Baca buku Wang Emas. Ini buku paling mudah faham tentang emas. Ianya ditulis berdasarkan pengalaman penulis membimbing lebih 4,000 penyimpan emas secara peribadi (ketika buku itu ditulis). Bagaimana nak elak kena tipu dengan egent emas pun ada di tulis dalam buku itu.


Melabur memang ada risikonya. Risiko sebenar dalam pelaburan ialah apabila kita tak tahu apa yang kita buat sebab tak ada ILMU.

Pelaburan yang risikonya paling rendah tapi boleh memberikan pulangan paling tinggi ialah ILMU.

Bila ada ilmu, duit akan datang. Bila tak ada ilmu, duit yang banyak pun boleh 'terbang'.

Setiap permulaan mesti bermula dengan ILMU. Tak kisah apapun perkara yang ingin kita pelajari.

Jangan sebab inginkan keuntungan segera kita silap langkah. Jika tersilap langkah buruk akibatnya. Biar sedikit tapi berterusan. Biar hanya RM100 atau segram sebulan sekalipun, yang pasti kita tahu LIMUNYA.

EMAS tidak akan menjadikan kita KAYA, tetapi ILMU yang akan menjadikan kita KAYA.

Credit to :
MAJ( Mohd Ariff Jamaluddin) & Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Aku edit sikit-sikit je.

Anda mungkin boleh mendaftar emas secara PERCUMA di platform berikut yang patuh syariah dan dipercayai. Kemudian, anda boleh buat research sebelum membeli emas. Daftar PERCUMA je pun. Tak ada rugi apa-apa. Setelah berdaftar anda juga akan dapat belajar ilmu percuma dengan mereka.

KAB Gold
Quantum Metal

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya



Wednesday, January 5, 2022

Elakkan Belanja Hangus

Bila dah banyak belajar pasal ilmu kewangan, maka banyak la kita akan tau. Tapi, sebenarnya...lagi banyak yang kita belajar lagi banyak yang kita tak tahu.

Menjelang tahun 2022 baru ni aku dah tak nak belanja hangus lagi. Aku nak belanja yang tak hangus, yang ada memberi pulangan. Sebab itu, sekarang ni sebelum aku berbelanja aku sandarkan dulu duit aku tu pada emas. Kemudian baru la aku berbelanja.

Barang besar yang aku beli setelah aku sandarkan wang aku kepada emas ialah washing machine sebab washing machine kat rumah dah lama rosak. Leceh la nak pergi laundry je. Nak tunggu repair lambat sangat. Merata cari orang repair waching machine ni, tak jumpa. Kalau korang tau, tolong la share contact number dia orang dengan aku ye! 


Barang lain yang keperluan tu tak payah la aku nak share. Nanti kalau ada rezeki & panjang umur, aku akan ceritakan ilmu yang lain pula. Korang memang kena buat ni. Sampai bila nak belanja hangus je.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya




Tuesday, January 4, 2022

Adab Ber-Whatsapp

Bila kita baru pertama kali nak message orang kat whatsapp, bagi la salam dulu atupun ucapan selamat pagi, selamat petang atau selamat malam ke....lepas tu introduce diri kita sapa then baru la boleh meneruskan bicara apa yang kita nak sampaikan. Bukan semua orang save nombor kita walaupun kita ada dalam group yang sama dengan orang tu.

Budi bahasa kena jaga tambah-tambah kita ni orang business. Jangan main terjah je. Bukan aku je tak suka, semua orang tak suka. Orang Melayu kaya dengan budi bahasa. Bahasa melambangkan bangsa.

Terkebil-kebil aku baca whatsapp dan nak memahamkan apa dia tulis. Bagi salam dah betul tapi tak kenalkan diri, terus tulis cakap apa dia nak cakap. Oooo....baru tau, aku ada bertanya dalam group rupanya. Terus aku dah tak ada mood nak berurusan dengan orang yang macam tu. Kalau orang berbudi bahasa, benda dia nak cakap aku tak suka pun aku layan.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Monday, January 3, 2022

Canva

Korang kalau nak buat poster, presentation, business card, logo, brochure dan yang sewaktu dengannya....korang suka guna apps apa?

Aku suka guna Canva. Dulu sebelum aku kena Canva aku guna PicsArt. Rupanya Canva lagi best dan lagi mudah dari PicsArt. Canva kita boleh edit later on tapi kalau kat PicsArt kalau dah save tapi lepas tu tersedar ada silap atau nak ubah, memang tak boleh dah. Kena buat baru. Tapi Canva tak perlu. Pergi je balik kat design tu then edit atau tambah. Itu la yang paling aku suka tentang Canva. Dari tak pandai buat design dan tak minat, tetiba aku suka sangat. 

Rasa-rasa ada tak yang nak upah aku buatkan design untuk poster/flyer/brochure etc mereka? Hahaha....saja gurau. Setakat nak tolong-tolong boleh la sebab bukan semua orang suka dan ada masa nak mengadap benda alah ni. Lagi pun, kalau usahawan kecil-kecilan ni mana dia orang mampu nak engage expertise buat. Kalau aku buat dia orang cuma bayar masa aku je. 

Tapi, aku sebenarnya lagi suka korang explore sendiri Canva tu. Pergi je kat canva.com tu. Benda-benda macam ni memang kena rajin explore. Cuba la. Click je kat sini. Seronok tau. Kalau rajin explore lama-lama nanti pandai la. Sebenarnya banyak lagi apps lain yang korang boleh guna untuk buat design ni. Ikut la korang suka yang mana. Aku memang suka Canva. Dah try buat yang lain tapi hatiku tetap pada Canva & PicsArt

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Lucky Draw - Ford Mustang

Ini la yang dinamakan rezeki. Khabarnya pemuda ini dari Johor pergi ke Jitra dengan menaiki bas semata-mata untuk memasuki pertandingan memancing di sana. Walaupun memenangi sebuah kereta Ford Mustang, tapi beliau tetap pulang ke Johor dengan menaiki bas juga.


Walaupun dia menang, aku pulak yang rasa seronok. Orang Muar tau yang menang tu. Budak Parit Samsu katanya. Kat mana Parit Samsu tu pun aku tak tau. Nama je orang Muar. Khabarnya adik ni ambik cash, tak ambik kereta. Tapi, biasa la kalau ambik cash tak dapat la nilai yang sama macam harga Ford Mustang ni. Eh! Berapa harga Ford Mustang ni? Ada 300k kot. Kalau ambik kereta kang nak kena tambah lagi 20k untuk insurance + road-tax.

Kalau aku yang menang pun, aku jadi 50-50. Nak kepuasan atau nak gadaikan saving 20k? Memang la bila dah rasa drive tu, lepas beberapa bulan kita boleh jual balik. Walaupun value turun tapi dapat kepuasan sebab dah rasa drive Ford Mustang. Masing-masing punya keputusan dan citarasa. 

Apapun tahniah dik. Permulaan rezeki yang bagus. Tahun 2022 adalah tahun kekayaan. Siapa yang berilmu dia boleh jadi kaya. Siapa yang berusaha dia akan jadi kaya. Kaya tak semestinya pada harga & wang ringgit. Definasi kaya tu pun berbeza-beza bagi setiap individu.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Saturday, January 1, 2022

Rendang Pucuk Ubi

1st time aku makan rendang pucuk ubi ni masa aku urut customer aku bersalin. Mak dia orang Negeri Sembilan. Rendang tu dia masak untuk anak dia yang dalam pantang tapi dia suruh aku rasa. Omak ai...sedap sungguh. 

Lama lepas tu, ada kawan jual. Aku pun beli. Sampai 2 bekas. Dia buat pun sedap. Lepas tu lama senyap. Bila aku tanya dia kata dah tak larat nak buat. Owh! So sad.

Punya lama tak makan rendang pucuk ubi, tetiba ada orang iklan kat group. Aku pun beli. Mujur beli 1 bekas je sebab tak sedap. Makan sikit je lepas tu simpan dalam peti ais. Kesudahnya buang.


Baru-baru ni ternampak status kawan aku kat fb...dia upate pasal rendang pucuk ubi ni (macam dalam gambar tu). Aku pun tinggalkan komen.

Nak dijadikan rezeki, hari ni dia whatsapp... rendang pucuk ubi untuk aku dah siap katanya. Boleh datang ambik. Bila tanya berapa RM, dia kata free je. Alhamdulillah, rezeki awal tahun. Aku balas budi, bagi dia Acar Buah 😊


Sedap gila dia punya rendang pucuk ubi. Makan dengan nasi panas, bertambah babe. Makan macam ni je pun dah cukup menyelerakan. Agak-agak kalau dia jual ada orang nak beli tak? 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya