Wednesday, March 8, 2023

Kisah Dalam Bilik Doktor - 7/3/2023

Aku : Dr, saya ni outdoor person...bole ke lepas ni saya buat aktiviti outdoor?

Doctor : Buat indoor je la ataupun buat sebelah malam.

Aku : Tapi saya dah register viper beach challenge. Macamana tu Dr?

Doctor : Owh! Itu betul-betul tengah panas tu. Boleh la kalau nak buat juga tapi mesti cover muka tu.

Dalam hati aku : hmmm....lepas ni main badminton dengan bowling je la. Kalau nak kayuh kena la kayuh sebelah malam.

Eh! Hiking pun boleh la sebab hiking lebih banyak redup dari panas...dalam hutan kan...susah la nak join run lagi lepas ni. Tapi, bak kata Dr...kalau nak buat juga boleh tapi mesti cover muka.

Begitu la kehidupan. Ada waktu kita sihat ada waktu kita sakit. Ada waktu kita boleh buat semua aktiviti. Ada waktu kita cuma boleh buat aktiviti tertentu je.

#farahkaya #sweetfarah #fantasticfarah




Sunday, March 5, 2023

Kisah Founder Royale Coffee

Ye! Aku la Founder Royale Coffee itu. Aku tak malu nak mengaku yang aku memang Founder Royale Coffee ni. Walaupun aku tau product aku suam-suam kuku. Tapi, aku bersyukur sebab kopi aku ni ada pengguna tersendiri Dan aku bersyukur sebab aku dapat buat konsep business aku ni "berniaga sambil bersedekah". Prinsip setiap founder mungkin berbeza-beza.



Kenapa aku lahirkan product Royale Coffee ni? Kenapa coffee? Kenapa nama Royale Coffee?

Kisahnya agak panjang tapi aku pendekkan.

Aku suka minum kopi. Tapi, aku tak boleh minum kopi barista tu. Kalau aku minum hari-hari aku akan sakit kepala. Dulu aku jualkan kopi orang. Kopi tu juga la yang aku minum. Satu hari, aku di offer dari pihak kilang untuk keluarkan my own brand. Masa tu aku tak ada duit. Bila dah cukup modal aku datang balik. Alhamdulillah harganya masih sama.

Sebenarnya ada a few names yang aku dah pilih. Disebabkan banyak nama aku kena la buat solat hajar & solat istikharah. Itu yang ambik nama Royale Coffee tu.

Kenapa coffee?
Sebenarnya sebelum ni aku memang pernah berimpian untuk ada my own product but bukan kopi. Sebab aku memang suka pada bidang kecantikan malah aku pernah business spa. Aku nak buat skincare sebenarnya. Disebabkan modal dia yang besar aku fikir banyak kali. Texture kulit aku ni tak cantik, kalau aku buat product skincare, boleh ke aku jual? Ada ke orang nak beli? Tak jadi la. Dalam pada tu otak dok berfikir product apa aku nak keluarkan with my own brand. Itu yang keluar coffee tu.

Lepas setahun keluar coffee, aku keluarkan pulak Body Wash yang aku bagi nama Famille Body Wash tapi ini lagi susah nak jual. Nak engage staff marketing nak buat iklan masih tak mampu. Sendiri je la yang buat. Itu yang tak boleh pergi jauh. 

Royale Coffee aku selalu hantar kat rumah anak yatim. Aku happy sebab dia orang suka. Coffee aku ni mild je, semua golongan boleh minum termasuk budak kecik. Orang ada diabetic pun boleh minum coffee aku ni.


Serious, my coffee ni memang sedap. Berkualiti premium. Dia bagi tenaga & ketenangan. Kalau nak buat kerja atau study sampai malam, minum la coffee ni. Pagi-pagi kalau tak sempat breakfast minum je Royale Coffee ni, kenyang dah, In Shaa Allah. Bulan puasa memang elok sangat minum coffee ni. Confinement lady pun elok minum coffee ni. 

Royale Coffee ni berasaskan Kopi Arabica yang diadun dengan bahan-bahan dalam coffee ni extract Kismis, Delima, Madu, Mix Berries, Stevia, Gula Perang & Creamer Bukan Tenusu. 

Harga pun berpatutan. RM35 sekotak. Ada 20 sachets. Setiap sachet 25g. Ada juga dalam bentuk papan. Kebiasaannya yang papan ni aku hantar kat kedai makan.

Kalau ada yang nak jadi distributor memang dialu-alukan sangat.

Harap korang sudi la support business kecil-kecilan aku ni. Aku mungkin tak dikenali, tak popular, tak hebat seperti founder lain. Aku nak kekalkan konsep business aku ni meniaga sambil bersedekah. 

Tipu la kan kalau sebagai Founder aku tak nak product aku dikenali. Mesti la nak. Tapi, nak menuju ke situ bukannya sesuatu yang mudah. Dengan usia aku yang dah 50-an ni. Dengan kos pengiklanan & marketing nye yang tinggi. Mana la aku mampu. 

Aku dah cuba cari Muslim Mart. Banyak juga dah aku tanya termasuk la Malakat Mall. Aku nak letak product aku kat kedai mereka secara consignment. Aku bagi commission pun agak tinggi. Tapi, tak dlayannya. Ada dapat kat Village Mart Puncak Alam. Awal-awal tu ok tapi dah lama-lama senyap je. Payment pun dah tak dapat. Contact pun tak ada respon.  

Yang paling sedih Rawdah Mart yang dekat Shah Alam. Satu sen pun dia tak bayar. Dekat situ aku ada letak gak Air Freshener Dexandra. Owner hilang macam tu je. Janji nak bayar tapi sampai hari ni tak ada. Call tak jawab whatsApp tak reply. Tulis kat FB dia pun dia tak respon. Rasa macam teraniaya pulak. Awal-awal tu bukan main cakap nak bantu sesama orang melayu... rupanya ramai orang melayu yang dia dah tipu. Allahuakbar. 

Ada beberapa orang usahawan & coach keusahawanan cakap kat aku "kopi puan ni sedap, packaging pun nampak exclusive, harga pun ok, cuma perlu marketing je puan". Aku memahaminya. 

In Shaa Allah, dengan izin-Nya Royale Coffee akan dikenali ramai satu hari nanti. Doakan aku & support me please. 

Jangan lupa beli Royale Coffee tau. ❤️❤️❤️





#farahkaya
#sweetfarah
#fantasticfarah

Saturday, March 4, 2023

Broadcast Message

Aku pasti korang kat luar sana pasti biasa terima broadcast message atau korang sendiri pernah hantar broadcast message. Nak hantar broadcast message ni..dua-dua pihak mesti kena save nombor telefon. Kalau salah sorang je save memang tak boleh.

Dulu aku rajin gak hantar broadcast message ni. Now, dah jarang...time constraints 😅

Nak cerita experience aku hantar broadcast message ni...kebanyakannya dikalangan kawan-kawan aku gak...bila aku dah kerap sangat hantar, ada la sorang dua yang pm aku minta nama dia di remove dari list broadcast. Orang macam ni aku memang respect sangat. Yang aku tak respect bila ada yang senyap-senyap unsaved nombor aku. Bila aku tanya dah tak save nombor ke? Terus berubah muka & boleh pulak tanya macamana aku tau. Aku dah boleh nilai jenis orang yang macam ni. 

Aku sendiri pun banyak dapat broadcast message. Tapi aku tak pernah unsaved nombor orang tu ataupun block dia. Kalau aku rasa tak perlu aku delete je. Mana tau dalam banyak-banyak message yang dia orang hantar tu, satu hari nanti akan berguna buat aku. Selagi mana message mereka tidak lucah atau kurang ajar, aku layan je.

#farahkaya
#sweetfarah
#fantasticfarah