Saturday, December 31, 2022

Kalau Dah Jodoh....

Assalamualaikum....
Agak lama juga aku tak update blog ni.

Nak story, baru-baru ni aku pergi wedding client a.k.a kawan aku ni.


Cantik sungguh percaturan Allah. Pengantin perempuan, Azlina ni aku kenal dah lama & dia pun ambik Takaful dengan aku dah lama. Satu family ambik dengan aku. Masa suami dia meninggal semua claim aku uruskan. Dia menangis dapat claim tu. Selepas hampir setahun, dia call aku sebab nak tambah lagi lagi plan Takaful untuk dia & anak dia. Masa jumpa ni la dia cerita yang dia ada jumpa seorang lelaki ni sudah berkenaan kat dia.

Dipendekkan cerita, lelaki itu satu office dengan aku. Secara kebetulan pulak masa dia cerita tu aku memang baru jumpa dengan Abang Din tu...jadi memang la aku cakap aku kenal cuma tak tau sangat pasal dia sebab dia baru lagi kat office aku tu.

Abang Din ni memang ikhlas nakkan si Azlina tu. Pada aku tak ada masalah...ye la duda bertemu balu. Cuma Azlina yang malu-malu & tak mau. 

Tapi, itu la jodoh. Tak lama perkenalan mereka akhirnya mereka diijabkabulkan pada 9/12/2022. 

Sekali lagi cantiknya percaturan Allah.... mereka buat kenduri di sebelah Abang Din pada 11/12/2022 di Melaka. Kebetulan, 10/12/2022 wedding cousin aku kat Tangkak. Memang cantik la, hari Ahad nak balik KL tu terus la pergi kenduri dia orang kat Melaka.


Jumpa beberapa orang je member office sebab yang lain dah balik. Lagipun Abang jemput member office tak ramai. Ye la, dia pun baru lagi kat SC.

Dalam pada nak balik, sempat lagi berborak dengan Pengantin & adik-beradik Abang Din. Borak punya borak rupanya si Dato' Rahim ni kawan kepada officemate aku. Sempoi ar Dato'Rahim ni.


Selamat Pengantin Baru buat Abang Din & Azlina. Semoga bahagia hingga ke Jannah. 

Lepas ni aku nak tuntut dengan Abang Din sebab masa sebelum kahwin dia cakap nak buat hibah Takaful tapi tunggu dia nikah dulu sebab dia nak hibahkan kat Azlina. 😄

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya