Thursday, August 31, 2023

Selamat Hari Merdeka Yang Ke-66

Hari ini, kita semua rakyat Malaysia Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 tahun.


Dah 66 tahun kita merdeka. Apakah kita Merdeka dari sifat tercela, dengki, khianat, fitnah di antara rakan sekerja & rakan seperjuangan kita?


Sudahkah kita mencapai Kemerdekaan Kewangan?


Sahabat, Merdeka bukan setakat bebas dari penjajah malah bebas dari apa jua sekalipun. Bebaskan diri kita dari sifat-sifat negative.


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-66 Tahun.


"Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan"


#fantasticfarah #farahkaya #sweetfarah

Sunday, August 6, 2023

Aku, Takaful & Emas



This is my existing client. The whole family ambik Takaful dengan aku. Hari ni aku datang rumah dia nak share pasal emas & her new husband nak tahu pasal Hibah Takaful. 


Dia ni memang dari dulu selalu cakap dia senang berurusan dengan aku. Dengan suami baru pun dia cakap gitu. Itu yang dia minta aku datang rumah. Aku pernah uruskan claim kematian husband dia dulu. Dia merasa terharu sangat bila dapat duit claim tu sampai nak belanja aku makan. Aku hanya menjalankan amanah sebagai seorang Perunding Takaful.


Alhamdulillah, aku berjaya register kan dia & husband sebagai anak emas aku yang entah keberapa dan masing-masing beli 1 gram Uncang Emas. Aku dah curahkan sedikit ilmu emas kepada mereka berdua. Mudah-mudahan mereka berdua akan terus membeli emas dengan consistent & register anak mereka pula under their link. 

Bagaimana dengan Hibah Takaful? In Shaa Allah akan ada rezekinya nanti. Kemungkinan besar bukan setakat Hibah Takaful, akan tambah Medical Card juga nanti. Yang ni aku tak nak push coz dia pun dah memang ada 3 Sijil Takaful dengan aku. Aku tak nak bebankan client aku. Hadirnya aku untuk membantu bukan untuk membebankan mereka.


Setiap client aku adalah kawan. Tapi, setiap kawan aku tidak semuanya jadi client. 


Aku yakin setiap rezeki kita telah ditentukan oleh Allah. Aku hanya buat kerja aku. Selebihnya aku serahkan pada Dia. Syukur alhamdulillah, Allah hadirkan ramai orang dalam hidup aku orang yang baik-baik. Orang yang tak baik hadir tu aku anggap ia sebagai ujian. 


Kalau dulu aku jumpa orang, aku cakap pasal Takaful je. Sekarang ni aku akan cakap dua-dua, Takaful & Emas. Ini kerana dua-dua ini adalah seiringan. Dua-dua duduk di dalam instrument kewangan. Tugas aku adalah educate mereka & memahamkan mereka perbezaan antara Takaful & Emas. Jika tidak boleh close dua-dua, aku boleh close satu. Adakalanya, dua-dua pun tak boleh close pada waktu itu. Tetapi, aku kena yakinlah yang rezeki itu Allah bagi. Aku dah buat kerja aku. 


Ada yang kata aku akan susah close kalau aku cerita dua-dua. Bukankah dua-dua itu duduk dalam instrument kewangan? Aku lebih kepada educate bukannya menjual. Aku buat bukan kerana duit semata-mata. Kalau aku buat semata-mata kerana duit, kalau tak close nanti aku akan kecewa dan yang paling takut akan ada unsur paksaan. Kadang-kadang tak close hari yang sama. Kadang-kadang Allah bagi rezeki yang lain. Aku agent Family Takaful & General Takaful. At least, aku boleh dapat client untuk General Takaful. Lagipun, aku bukannya cakap pasal Takaful lepas tu aku pergi promote Coway, Cuckoo, Perfume, QM dan sebagainya. Aku cakap pasal Takaful & Emas...Emas fizikal...Emas yang memang nampak depan mata. 

Masing-masing ada caranya yang tersendiri. Aku dengan cara aku. Memang la ada target nak jadi MDRT tapi aku tak nak bina kekayaan & kejayaan atas kesusahan & kemiskinan orang lain. Faham tak maksud aku? Kalau tak faham buat-buat faham sudah.  😊


Nak dapat khidmat nasihat pasal Takaful?

Click sini


Nak dapat khidmat nasihat pasal emas? Nak saya bimbing menjadi penyimpan emas yang berilmu & berjaya?

Click sini


#agenttakafulpalingsweet

#pembimbingemaspalingsweet


Friday, August 4, 2023

Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa


Apa nak jadi? Apa nak jadi?

Rancang la kewangan kita dengan baik dan betul. Jangan ikutkan nafsu.


Jika gaji RM10k, sebaiknya ansuran kenderaan hanya 15% sahaja dari gaji. Ini bermakna bayaran kenderaan yang sihat adalah RM1500 sahaja.


Kenderaan yang sihat pula adalah setahun gaji. Ini bermakna jika gaji RM10k, kenderaan yang sihat adalah RM120k saja.


Jika nak pakai "Gajah Putih" juga, cari la yang harganya sekitar itu atau bawah.


Sekarang banyak je Velfire & Alphard bawah RM100k. Cuba la cari dekat carlist.


Nasihat saya, jangan beli jika belum mampu atau bersedia atau ada lebihan duit. Jika mampu beli kereta RM100k, belilah yang RM80k sahaja.


Beri sedikit ruang untuk kita bernafas. Gaji kita jangan banyak habis pada kereta saja, asingkan juga untuk Emas & Takaful. Berbelanja atau membeli ikut keperluan & kemampuan. Jangan ikut perasaan atau mahu bersaing dengan orang lain. 


Nak dengar nasihat sis lagi? Boleh. Sis memang suka membebel. Membebel untuk kebaikan 😊


#sweetfarah #farahkaya #fantasticfarah