Saturday, June 18, 2022

Ilmu Percuma vs Ilmu Berbayar

Apa beza ilmu percuma dengan ilmu Berbayar?

Ilmu percuma ni kebiasaannya orang tak hargai. Orang buat endah tak endah. Tak committed. Tak ada displin. Apa lagi? 

Berbanding dengan ilmu berbayar. Pasti orang akan hargai. Focus betul-betul waktu belajar. Committed. Berdisplin. Dan, korang akan berusaha untuk praktikkan dia.

Tak caya korang cuba attend kursus ni. Buat masa ni aku ada peluang untuk korang pergi kursus berbayar untuk Digital Marketing yang dikendalikan oleh IKSB Sdn Bhd & Irfan Khairi sendiri yang akan  mengajar. Secara fizikal lak tu.

Confirm lepas attend kursus ni korang akan pandai buat Digital Marketing sendiri. Lepas belajar korang akan duduk dalam WhatsApp group. Apa yang tak faham lagi korang boleh tanya. Daftar cepat. Jangan nak percuma je. Sesekali tu pergi cari ilmu yang berbayar jugak. Baru korang tau feel dia macamana. Semua nak orang payung mana boleh.


#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Jom Naik Pengangkutan Awam

Baru-baru ni kan PM kita ada mengumumkan yang perkhidmatan pengangkutan Awam yang dikendalikan RapidKL iaitu Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Bas (BRT), Monorel & Bas RapidKL ditawarkan secara PERCUMA kepada Keluarga Malaysia selama sebulan mulai 16 Jun 2022.


Ok boleh cuba ni. Aku tak pernah lagi naik MRT, BRT, monorel & bas RapidKL. Pernah naik LRT je. Itu pun jarang naik. Kadang tu teraba-raba gak lagi.

Disebabkan ianya percuma mungkin aku boleh cuba ni. Bukan nak pergi memana pun tapi sekadar nak rasa 😂😂😂

Kesian sungguh la. Korang jangan gelak ok. 

#fantasticfarah #sweetfarah #farahkaya 

Monday, June 6, 2022

Selagi BN Memerintah Selagi Tu La Barang Naik

Selagi BN Memerintah Selagi Tu La Barang Naik? 

Alahai...sempit betul pemikiran korang ni. Tak kira la sapa perintah pun, barang tetap akan naik harga. Kau ingat harga 20 tahun dulu boleh tetap sama dengan harga sekarang? Aku nak tengok kalau kau perintah harga barang turun ke naik? Cakap tu guna la otak sikit. Jangan ikutkan sangat marah tu. Kau tau tak apa itu inflasi? Kalau tak tau pergi belajar. Ni bukan marah tau tapi nasihat.

Boleh tak dalam kehidupan ni kita kurangkan complaint dan jangan suka menyalahkan atau cari salah orang lain? Tak ada manusia yang sempurna. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


Friday, June 3, 2022

Apa cerita????

Itu la aku ni.....berangan je kan....dari dulu buat blog....mula-mula memang laju je update. Dah lama tu slow & makin slow....hahaha. Tengok, bulan May langsung tak ada update. This is not nice.

Biasa la....puasa....lepas tu raya....lepas tu mood rajin....banyak nak dicelotehkan sebenarnya tapi tak berkesempatan. 

Busy means good....depa kata la. Apa yang good aku pun tak tau. Good la sebab masyukkkk. Tak juga. Business tetap maintain. Pada aku good tu sebab kita tak ada la nak buat benda tak berjadah seperti membawang ke kan? Oppssss....

Aku harap korang semua berada dalam keadaan yang sihat, happy, bertenaga, positive, banyak rezeki masuk. Semoga korang semua akan terus kaya & berjaya dunia akhirat. Kita doa yang baik-baik maka baik la yang datang baik la yang kita dapat.

Hmmmm...nak share gambar raya ke tak ek? Tengok la kalau macamana nanti.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya