13 January 2024....
Selepas habis kelas emas semalam, terus pergi ke Majlis Persandingan anak Husna & suami beliau, Rahmat di Dewan Astana Puteri, Gombak.
Husna ni officemate kat SC. Dia ambik earlier retirement. Ingat juga dia nak jemput aku.
Biasanya time wedding ni la kita dapat berjumpa dengan kawan-kawan terutama yang dah lama tak jumpa. Dah macam reunion...reunion SC 😄
Maknanya akan jadi lama la di sini. Yang ada beberapa wedding pada hari ni tak dapat la menyembang lama. Aku ada satu je tapi paginya aku pergi sekolah emas dulu. Nasib baik gak kelas emas habis awal hari ni. Bila datang awal dapat la jumpa kawan-kawan lebih ramai.
Happy to meet them. Tahniah! Pada Husna & hubby dapat menantu. Aku ni entah bila la nak dapat menantu. 😬
Ni Rosmawati. Halus sama macam dulu. Bila dengan dia aku rasa aku ni besar. 😄
Wedding gift yang menarik. Ada beras, chocolate, cookies & kudapan. Makanan pun sedap. Dewan juga selesa. Cantik dewannya.
Moga ada rezeki untuk berjumpa lagi dengan semua di masa akan datang.
Sebenarnya ada ramai lagi tapi tak bergambar. Ada yang balik awal. Ada yang entah mana-mana. Ada yang terlupa nak bergambar sebab dah sibuk bersembang. Yang level bos-bos ni aku pulak yang rasa segan nak approach. Malu la kononnya 😄
#FarahAbdullah #fantasticfarah #sweetfarah
No comments:
Post a Comment