Wednesday, August 12, 2026

Logo Personal Branding

Hari tu aku ada buat posting kat facebook berkenaan logo personal branding aku. Aku dah shortlist kan 3 logo. Aku nak minta pandangan friends & followers aku di FB tentang logo tu.

Dengan satu posting, aku dapat beberapa pandangan yang buat aku melihat logo sendiri daripada sudut yang berbeza.

Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang sudi memberikan komen, pendapat dan huraian kenapa mereka memilih logo tersebut.
Selepas baca satu persatu dan buat penilaian, akhirnya aku memilih Fatimah Nordin sebagai pemenang hadiah wang tunai RM50! Fatimah Nordin ni sebenarnya "anak emas" aku. Aku pilih dia bukan sebab dia "anak emas" aku tapi sebab dia bukan sekadar memilih logo. Dia berjaya “membaca” hampir setiap element yang ada - bulatan, huruf S, berlian, alunan emas sehinggalah kepada warna. Paling aku suka apabila dia berjaya mengaitkan keseluruhan logo dengan 3 perkara yang sedang aku bina dalam branding SistaEmas iaitu
SIMPAN•LINDUNG•BINALEGASI
Sepatutnya, aku memang bagi satu hadiah je...tapi, bila aku melihat dan membaca huraian daripada Muhd Azrie Mohd Ali atau dikenali sebagai Koi, aku berfikir panjang. Aku nampak Koi melihat logo sebagai alat branding. Dia fikir bagaimana logo itu akan kelihatan pada profile Facebook, TikTok, pin, sticker, watermark dan sebagainya. Malah dia siap bagi constructive feedback supaya besarkan sedikit berlian dan perubahan font SistaEmas daripada design lain. Serious aku suka. Jadi, aku nak la bagi dia hadiah saguhati walaupun sebenarnya hadiah tu tak ada dalam plan. Nanti aku fikirlah nak bagi apa.
Dalam setiap pandangan ada sesuatu yang aku ambil....
Kak Teminah Binti Sanusi melihat dari sudut simple, memorable & scalable. Tiga perkara yang memang penting dalam sebuah logo.
Cikgu Afiq Aiman Aznan pula nampak circle emas, empire dan community. Aku sendiri tak terfikir sejauh itu.
Manakala, Kak Hasmalina Binti Mohd Nasir melihat dari sudut personaliti. Katanya logo itu sesuai dengan SistaEmas yang sentiasa ceria. Betullah tu, aku memang seorang yang ceria 😄
Tapi, ada satu komen daripada Kak Normah Yassin menyebabkan aku tengok semula logo berkali-kali. Katanya lebih kurang begini...
“Element simpan memang nampak. Tapi mana element protect?”
Ye tak ye jugak. Sedangkan tagline aku ialah:
Simpan•Lindung•BinaLegasi
Daripada situlah logo tersebut diperhalusi lagi dengan element tangan yang melindungi yang melambangkan perlindungan, penjagaan dan amanah terhadap sesuatu yang bernilai. Selepas beberapa kali ubah sana, ubah sini…inilah final LOGO RASMI SISTAEMAS 💚💛

Cantikkan?


Rupanya sebuah logo bukan sekadar kena cantik. Ia perlu ada cerita, identiti dan makna di sebaliknya.
Tanpa sedar, ramai juga sebenarnya yang turut menyumbang kepada lahirnya identiti baru ini.

Nak cerita sikitlah tentang logo SistaEmas ni.....
  • Huruf S Besar → identiti SistaEmas.
  • Berlian → memberi rasa value/premium. Walaupun bukan simbol emas secara literal, ia membawa maksud sesuatu yang bernilai.
  • Tangan di bawah → unsur LINDUNG.
  • Bulatan → memberi rasa kesinambungan, circle/community dan legasi.
  • Daun → Melembutkan keseluruhan logo dan bagi maksud pertumbuhan supaya tidak nampak terlalu corporate/financial.
  • Alunan di bawah → buat logo nampak feminin dan elegant, sesuai dengan perkataan “Sista”.
  • Tulisan Sista warna hijau + Emas warna gold → sekali pandang akan nampak dua identiti dalam satu nama.
  • Simpan • Lindung • Bina Legasi → tagline.

  • Love,
    Farah | SistaEmas
    Simpan•Lindung•BinaLegasi Ikuti saya di platform lain

    Sunday, August 2, 2026

    Hi-Tea bersama GAD

     

    Rezeki ni bukan sekadar dalam bentuk duit je. Kadang-kadang, rezeki itu datang dalam bentuk ilmu, penghargaan dan circle yang sentiasa mengangkat kita menjadi lebih baik.


    Hari ini, 2 August 2026 ( Ahad), aku menghadiri sesi hi-tea bersama GAD, Pn Normah di Meriah by Serai Group, TRX Exchange. Hi-tea ini khas untuk meraikan agents beliau yang telah melepasi MOC. Alhamdulillah, aku antara yang turut diraikan.

    Terima kasih kepada GAD yang aku sayang di atas jemputan dan belanja hari ini. Dah la belanja. Dia bagi lagi hadiah kat kita orang. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang lebih luas, mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kejayaan buat GAD & agency sehingga mencapai gelaran Million Dollar Agency.



    Sepatutnya kita orang bertujuh, namun hanya empat orang yang dapat hadir termasuk GAD kerana rakan-rakan lain mempunyai komitmen yang tidak dapat dielakkan. Walaupun kecil bilangannya, suasana tetap meriah dengan pelbagai perkongsian yang bermanfaat.

    Makanan di situ memang sedap. Boleh repeat. Sediakan je ongkosnya. Tempat high class babe. Harga memang la keras. Kita orang pilih makanan berbeza supaya dapat rasa banyak. Air dia pun sedap tau. 

    Kek Hazelnut 😋

    Cendol

    Goreng Pisang

    Mee Goreng

    Nasi Kerabu

    Aku lupa nama dia...tapi daging dia sedap & lembut

    Nasi Ambeng



    Lebih menarik lagi hari ini, aku juga mencipta dua pengalaman baharu. Pertama kali menjejakkan kaki ke TRX Exchange dan pertama kali menaiki MRT....hehehe.

    Masa nak datang aku pilih naik Grab. Dekat RM30 aku bayar. Jarak rumah aku dengan TRX tu bukan la jauh mana. Dah tu, grab rider tu boleh pulak dia tukar laluan lalu tol. Hari Ahad kot. Mana ada jem. Dah la dapat driver yang aku bagi "good morning" pun tak reti nak jawab. Masa nak balik, GAD cadangkan aku naik MRT je dan dia ajar cara menggunakannya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sampai di Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur, husband pula datang mengambil aku.

    Apa yang paling aku hargai bukanlah makanannya, tetapi perbualan kami. Tiada sembang kosong. Yang dibincangkan semuanya tentang ilmu, pengalaman, tips, strategy dan bagaimana untuk terus berkembang dalam bidang ini. Itulah bezanya apabila kita berada dalam circle yang sentiasa memberi inspirasi dan saling membina.

    Selesai hi-tea, masing-masing terus pulang ke pangkuan keluarga. Tiada agenda window shopping. Masa dimanfaatkan sebaiknya untuk perkara yang lebih penting.

    Nak tau satu rahsia tak?
    Di KAB Gold, aku leader Pn Normah.
    Di Etiqa, Pn Normah leader aku. 😍

    Kawan-kawan, pilihlah circle yang bukan sekadar membuat kita rasa selesa, tetapi circle yang mencabar kita untuk terus belajar, berkembang dan menjadi insan yang lebih baik setiap hari.

    Farah | SistaEmas
    Simpan•Lindung•BinaLegasi

    Ikuti saya di platform lain

    #SistaEmas #SimpanDanLindung #EtiqaTakaful #GrowthMindset #PositiveCircle #MillionDollarAgency #BinaLegasi #AgencyVertexWC