Setiap orang pasti ada mempunyai Tabung Simpanan. Kenapa? Sebab kita tak nak papa di usia tua.
Tapi, kat mana nak letak duit kita tu?
Pastikan kita faham risiko kewangan yang kita letakkan duit kita tu. Tidak ada yang sempurna. Semuanya berisiko cuma tahap risiko itu yang berbeza.
Korang juga kena faham tempat yang selamat bila korang nak simpan duit ni. Selamat juga tidak bermaksud tiada risiko.
Selain dari inflasi dan risiko, duit juga boleh hilang akibat ditipu. Oleh itu, sebelum melabur pastikan kita ada ilmu. Atau, setidak-setidaknya dapatkan nasihat dari mereka yang betul bukan dari mereka yang nak ambil kesempatan atas ketidakpandaian kita atau yang hanya mahu mengaut keuntungan semata.
Jangan mudah terpedaya dengan janji manis yang menjanjikan bulan dan bintang. Jika tidak pasti atau ragu-ragu, rujuk pada yang pakar dulu. Bukan dah masuk baru nak tanya. Itu nasi dah jadi bubur namanya.
#FarahAbdullah #RiskandFinancialAdvisor
No comments:
Post a Comment