Saturday, January 13, 2024

Walimatulurus (1)


Walimatulurus yang pertama di tahun 2024. Awal betul Pian buat. 1 January 2024. Masa sambut tahun baru. Mujur sekolah pun belum cuti. Bertempat di Bangi Golf Resort. Baru sempat nak mengomel di sini. 






Pian ni kawan sekolah masa kat STM dulu. Aku sekolah kat sana setahun je. Selepas tu aku pindah ke SDAD. Jadi, tak ramai yang aku kenal.

Ikutkan Pian ni pun aku tak ingat sangat tapi sebab kita semua dah ada kat dalam group. Secara tak langsung dah jadi rapat.

Pian siap sediakan meja khas untuk kawan-kawan sekolah supaya senang kita berkumpul & berborak. Thank you Pian. Memang terbaik.

Ramai jemputannya. Al-maklum la pengantin 4. Makanan sedap. Wedding gift mewah. Telur pindang yang diletakkan dalam bekas kaca. Sorry, tak ada gambar😄.

Tahniah! Pian & isteri dapat menantu 2 sekali. 


No comments:

Post a Comment