Monday, January 1, 2024

29 December 2023 - 31 December 2023

Asalnya aku plan nak balik kampung Christmas hari tu. Tapi, bila kawan sekolah aku, si Eira ada jemput wedding anak dia & kesihatan dia pun semakin merosot, so aku pun tukar la plan balik kampung minggu selepas Christmas. Elok juga, sebabnya masa cuti Christmas hari tu dia orang kata jalan jem teruk.


Bila aku call mak aku bagi tau yang aku nak balik kampung 29hb tu, dia cakap 30hb dia nak pergi JB ada kenduri kahwin sedara. Then, aku cakap tak apa la sebab aku pun ada kenduri kat Muar & lepas kenduri aku cadang nak ziarah kawan aku & mak sedara aku yang tak sihat. Tapi, mak aku ajak pergi JB. Kenduri kat JB tu pulak bukan orang lain, bapak sedara sepupu & khabarnya dia & adik-beradik dia pun tak sihat. Aku fikir, ye la...utamakan keluarga dulu. Aku pun dah lama tak jumpa dia orang.


Aku balik kampung 29hb selepas solat Jumaat. Cakap je lepas Jumaat tapi dekat pukul 4 gak baru gerak 😄😄. Balik bertiga je. Aku, husband & anak dara aku. Mulanya ingat bila dah sampai Muar tu, aku nak pergi la rumah Eira tu sebab kenduri esok aku tak dapat datang tapi tak boleh juga sebab malam tu pukul 9 ada meeting AAA Empire dengan CEO KAB Gold. Aku kena la ada sebab aku Duta vs AJK.


Esok paginya, mak aku suruh aku pergi jumpa kawan aku tu dulu & dia pun nak singgah sekejap kenduri kat Muar. Singgah bagi salam kaut je sebab pukul 9 lebih kan majlis belum mula lagi. Disebabkan kita orang nak pergi JB memang kena gerak awal la. Kononnya dia pergi jemputan kenduri dia & aku pergi jemputan Eira tu. Nanti kita orang jumpa kat highway la. Kesudahnya dengan aku sekali teman dia pergi jemputan kenduri dia 😄.


Dalam pada tu aku tunggu la si Eira ni share location. Tak juga hantar. Dia buat kat homestay. Kalau kat rumah senang la. Aku terus je pergi rumah dia. Sebelum tu aku ada la cakap kat dia yang aku tak dapat datang ke majlis dia sebab mak aku ajak pergi kenduri sedara kat JB. Dia pun cakap sebelum pergi JB singgah la kejap kat homestay sebab hari Ahad dia tak sure lagi macamana. Masalahnya, sampai kesudah dia tak share location. Dua kali aku tanya.


Masa kenduri kat JB tu, sayunya hati aku tengok keadaan Pak Cik Ali aku. Tak dapat nak tahan sebak, keluar gak airmata. Lama sangat tak jumpa dia, bila jumpa keadaan dia macam tu. Selesai kenduri, kita orang pergi ziarah Mak Long aku pulak kat Kempas. Lepas tu pergi visit kedai sepupu dekat Setiap Tropika. Dia meniaga gadget. Dah macam datang rumah pulak. Siap berkelah kat luar kedai. 🤣🤣


Bila dah singgah ke kedai gadget tu faham-faham je la... masing-masing membeli. Cousin pulak kata setiap pembelian RM15 dapat free tempered glass. Tak apa la, support kedai sepupu sendiri. Yang penting Emas dah beli dulu 😬. Anak aku nak beli Lego aku tak bagi. Rupanya dia beli senyap-senyap. Aku yang bayar pun aku tak perasan. Macamana aku tau? Baca sampai habis ye! 😆


Korang kalau mencari gadget, terutamanya orang JB & Singapore, datang ler ke kedai sepupu aku, Nur Qaseh Gadget kat Setia Tropika. Nak repair handphone korang pun boleh.😊


Balik dari JB pun si kawan Eira ni masih tak beritahu apa-apa. Esoknya, Ahad aku pergi ziarah Mak Lang aku yang memang dah lama terlantar sakit & keadaannya makin teruk. Aku juga pergi ziarah kawan sekolah aku yang lain. Dia pun memang dah duduk atas kerusi roda. Sampai kesudah kawan aku si Eira tu tak beritahu apa-apa. Cadangnya, Ahad tu nak jumpa dia la sebelum balik KL.


Aku ni kalau orang tak sihat aku tak mau kacau or push sangat. Mungkin time tu dia tak bersedia terima tetamu. Atau mungkin dia ada alasan lain. Memang tak ada rezeki aku nak jumpa dia agaknya. Tak apa la. Agak terkilan juga sebenarnya sebab memang dah plan nak jumpa dia.


Pagi Isnin (tahun baru 2024) baru dia reply message aku. Insya-Allah, panjang umur nanti & kalau aku balik kampung & ada rezeki, boleh la jumpa dia.


Dah umur-umur macam ni, bila dengar kawan atau sedara mara tak sihat & bila ada peluang memang nak jumpa. Bila ada kenduri kendara pun memang usaha juga untuk pergi. Masa ni la nak berkumpul jumpa saudara-mara & kawan-kawan. Bukan apa, tak nak nanti terkilan dengar berita dah meninggal je. Tak dia orang yang mati dulu, aku yang mati dulu.

Masa ni la aku tau anak dara aku beli Lego secara sembunyi. On the way balik, KL...dalam kereta tu tiba-tiba dia tunjuk Lego tu. Bila aku bising dia kata "ala, bukan mahal pun". Lepas tu dia siap pesan jangan panggil dia sebab dia nak focus pasang Lego tu. Bila dah siap lawa pulak aku tengok. Then dia cakap, "ramai orang sekarang buat koleksi la mama". Silap-silap haribulan aku call cousin aku suruh dia pos ni 🤣🤣🤣.

Begitu la sedikit kisahku dari 29/12/2023 - 31/2/2023. Terima kasih kerana korang sudi baca sampai habis. ❤️❤️❤️


#fantasticfarah #sweetfarah #farahkaya

No comments:

Post a Comment