Tuesday, July 28, 2026

Apa Itu AafiahCare?

 


Apa itu AafiahCare Takaful?

AafiahCare ialah pelan takaful yang membantu meringankan beban kewangan apabila seseorang disahkan menghidap penyakit kritikal. Ramai orang ada medical card, tetapi apabila sakit, mereka masih kehilangan pendapatan, perlu membayar kos ulang-alik ke hospital, makanan khas, penjaga, & pelbagai perbelanjaan lain. Di sinilah AafiahCare memainkan peranannya.

MANFAAT UTAMA AAFIAHCARE

1. Manfaat Penyakit Kritikal
Bayaran tunai sekaligus jika disahkan menghidap salah satu penyakit kritikal yang dilindungi.

Wang itu boleh digunakan untuk apa sahaja:
☑️ Menampung kehilangan pendapatan
☑️ Membayar ansuran rumah/kereta
☑️ Rawatan alternatif
☑️ Menampung perbelanjaan keluarga
☑️ Apa sahaja keperluan yang dirasakan penting

2. Perlindungan Penyakit Kritikal Tambahan (Special Critical Illness Cover) Selain penyakit kritikal utama, pelan ini turut memberi manfaat tambahan untuk:

🔴 Penyakit Mental Teruk
🔴 Komplikasi Diabetes Mellitus
🔴 Angioplasty & rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari

Bayaran 15% daripada jumlah perlindungan atau maksimum RM30,000 bagi setiap kategori, tertakluk kepada syarat pelan.

3. Critical Illness Care Benefit
Selepas membuat tuntutan penyakit kritikal, peserta masih menerima 5% daripada jumlah perlindungan setiap tahun selama 5 tahun sebagai bantuan berterusan. Ini sangat membantu ketika proses pemulihan yang biasanya mengambil masa panjang.

4. Manfaat Khairat
Jika peserta meninggal dunia, waris akan menerima Khairat Kematian RM5,000 bagi membantu menguruskan perbelanjaan pengebumian.

Kenapa perlu ada AafiahCare walaupun sudah ada Medical Card?

▶️ Medical Card - bayar bil hospital
▶️ AafiahCare - memberi wang tunai terus kepada peserta. Tidak perlu tunjuk resit. Bebas digunakan mengikut keperluan.

Siapa yang sesuai ambil AafiahCare?
☑️Individu yang bekerja makan gaji
☑️Peniaga atau usahawan
☑️Freelancer
☑️Breadwinner

Hubungi saya untuk free consultation.

SistaEmas
Simpan•Lindung•BinaLegasi


Sunday, July 26, 2026

Kaunter Etiqa

Lama betul tak update blog. Dah bersawang. 

Hari ni aku nak cerita pasal Kaunter Takaful. 


Dah 13 tahun aku jadi agent Takaful...ini baru pertama kali aku beranikan diri buat aktiviti di kaunter. 21 & 22 July 2026 menjadi detik bersejarah buat aku. 

Leader aku, Kak Normah nak buka kaunter di Hospital UiTM Puncak Alam, dan aku tak lepaskan peluang untuk turut serta menimba pengalaman. Bersama-sama aku ialah Muzi, Kak Airin & Kak Zila. Dia orang semua tu dah ada pengalaman di kaunter. 

Kalau ikutkan memang jauh perjalanan aku, lebih 50 km dari rumah. Tapi, semangat nak mencuba tu, aku gagah juga. 

Pada mulanya aku agak risau juga nak join, padahal bukan 1st time aku buat aktiviti approach orang tapi kaunter Etiqa ni tak sama macam booth emas. Kalau aku tak mula buat begini, sampai bila aku nak melangkah jauh dalam Etiqa ni. Dulu, aku juga yang kata, lepas bersara aku nak focus pada Takaful dan Emas. Aku nekad. Aku nak cuba. Aku kena beranikan diri. 

Alhamdulillah, team sentiasa memberi tunjuk ajar dan kata-kata semangat. Di situlah aku banyak belajar sesuatu yang sangat menarik.

Untuk pengalaman pertama itu, aku berjaya memperoleh 1 appointment dan 10 leads. Bagi aku, itu sudah cukup bermakna. Tentang rejection...itu memang lumrah dalam dunia Takaful. Kalau tak kena reject, bukanlah namanya proses membina kerjaya.

Satu perkara yang paling menyentuh hati aku ialah apabila bertemu seorang prospek yang berkongsi kisah hidupnya. Beliau pernah mempunyai medical card selama 15 tahun tanpa pernah dimasukkan ke wad. Disebabkan merasakan ia tidak digunakan, beliau mengambil keputusan untuk menamatkannya. Empat bulan selepas itu, beliau disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Allahuakbar. 

Ini bukan kali pertama aku mendengar kisah seperti ini. Sudah beberapa orang yang aku temui mengalami situasi hampir sama. Bila perlindungan dihentikan, ujian datang tidak lama kemudian.

Kawan-kawan, caruman Takaful bukanlah satu kerugian. Ia adalah satu bentuk ikhtiar dan konsep saling membantu yang kita sendiri mungkin tidak nampak manfaatnya hari ini. Sudah tentu kita berdoa agar tidak perlu menggunakan medical card. Tetapi penyakit tidak pernah menghantar jemputan atau memberi amaran sebelum datang. Sebab itu, kita merancang ketika masih sihat, bukan apabila sudah terlambat.

Pernah tak korang atau orang yang korang kenal menyesal kerana membatalkan Takaful? Kongsikan pengalaman di ruangan Komen. Jika korang nak semak perlindungan yang ada sekarang, hubungi aku. Aku sedia membantu.

Farah SistaEmas

Simpan•Lindung•Bina Legasi

Ikuti saya di platform lain di linktree

#PerancanganKewangan
#TakafulAdvisor
#FarahAbdullah
#MedicalCard
#EtiqaTakaful
#SistaEmas