Sejak MCO 2.0 (ye ke 2.0?...yang sebelum puasa hari tu MCO berapa?)....haaa sejak tu la...sejak tu...ni kali ke-2 saya pergi mengurut di rumah customer. Kali ni buat facial sekali. Customer ni awal-awal dah book, dia kata bila dah start buat dia nak jadi orang yang first. Tapi saya dah derhaka. Nasib baik dia ampunkan saya.
Seperti biasa, saya kalau pergi rumah regular customer, saya akan bawa products jualan saya. Kali ni customer ni beli 1 je. Alhamdulillah. Tapi, dia dah terus book untuk next month punya slot dah order siap-siap barang yang dia nak. Malah, ada juga dia minta tolong saya belikan barang-barang yang dia nak.
Saya memang tak pernah berkira dengan customer ni sebab dia pun tak pernah berkira dengan saya. Syukur alhamdulillah kerana Allah berikan saya customer yang baik-baik dah yang selalu support saya.
#fantasticfarah
#farahkaya
#sweetfarah
No comments:
Post a Comment