Thursday, November 25, 2021

Mangsa Banjir Kilat

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kami, Sharifudin Dol Bahrin yang bekerja sebagai Polis Bantuan telah diuji. Rumah beliau telah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat baru-baru ini di Lembah Jaya Ampang.


Akibat dari kejadian tersebut, beliau telah mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM10,000. Segala barangan elektrik, perabut dan pakaian musnah akibat dari banjir tersebut. 

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menyalurkan terus sumbangan ke dalam akaun Maybank beliau - 164212313673 (Sharifudin Dol Bahrin). 

Hari ini hari beliau. Hari kita tak tahu bila. Bantu la sahabat kami ini. Semoga ada sedikit keprihatian dari mereka yang membaca tulisan saya ini untuk membantu beliau. Terima kasih diucapkan.


Teringat saya kisah banjir besar di Kelantan pada tahun 2014 dan pada awal tahun 2015 saya telah mengikut  team SC pergi ke sana untuk membantu apa yang patut. Bila sampai sana memang sedih. Jadi, saya boleh bayangkan keadaan dan perasaan mangsa-mangsa banjir ini. Itu la sebabnya saya menulis kejadian yang menimpa sahabat ini. Saya telah meminta kebenaran dari beliau terlebih dulu sebelum saya menulis di ruangan ini.

Tidak banyak gambar dan maklumat yang dapat saya share di sini. Yang pasti kisah ini adalah kisah benar dan baru saja berlaku.


#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya








No comments:

Post a Comment