Saya petik tulisan ini dari Mohd Ariff. Terima kasih Mohd Ariff. Semoga kita sama-sama dapat mengambil pengajaran dari kisah ini.
Ini yang kita boleh belajar dari pengasas IKEA, Ingvar Kamprad.
1. Beliau hidup sebagai petani yang memiliki kebun dan ladang di sebuah pedalaman Sweeden, ibunya berasal dari Sweeden namun ayahnya dari Jerman. Nama Kamprad itu bermaksud Comrade.
2. Kehidupannya nampak seperti ok kerana mempunyai ladang dan kebun, namun ianya banyak masalah kerana terletak di kawasan pedalaman. Untuk menampung hidup, beliau meneruskan menjual mancis dari umur 5 tahun lagi.
3. Ingvad lahir sebagai anak yang mempunyai masalah Dyslexia. Selalu dimarahi dan sering sahaja diejek kerana ketidakupaya yang beliau hadapi. Sehinggakan sesi persekolahannya tidak sebaik orang lain. Namun beliau kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang ringkas seperti menyusun perabot di ruang tamu, susun sisih di dapur.
4. Beliau memberanikan diri membuat pinjaman kecil untuk cuba mendirikan bisnes perabut yang ringkas untuk kawasannya.
5. Kemudiannya diboikot dan dikempen oleh pesaing kerana perabot beliau agak simple dan dijual dengan harga murah.
6. Boikot terhadap beliau gagal kerana beliau langsung tidak mempedulikan itu semua. Fokus dan terus menghasilkan produknya.
7. Semasa umurnya 17 tahun (tahun 1943), beliau mengetengahkan sebuah rekaan dapur dan kemudiannya menubuhkan IKEA. Ia adalah singkatan dari Ingvad Kamprad, Elmtaryd (nama kampung kelahirannya) dan Agunnaryd (nama kampung dia membesar).
8. Ingvad terus fokus menghasilkan lebih banyak design dan mengumpulkan para designer untuk menghasilkan produk yang mudah dipasang, kemas dan tahan lama.
9. Kesemua rekaannya mesti: bagus untuk ruang, selesa, selamat dan mempunyai daya unik mengikut peredaran zaman. Asasnya ialah mereka fokus menghasilkan produk mengikut era dan manusia yang akan hidup pada tahun tersebut.
10. Hari ini, IKEA mempunyai lebih 310 cawangan di seluruh dunia.
Begitulah. Semoga kita juga dapat belajar sesuatu.
Biar pun punya kekurangan tapi kerana usaha yang tak kenal erti putus asa, hasilnya mampu memberi mĂ afaat kepada seluruh dunia.
Sekadar hanya menyebarkan ilmu
Tiada lain hanya memberi peringatan
Ikhlas dari hati,
MAJ
Sumber inspirasi oleh
Tuan Khairul Hakimin Muhammad
No comments:
Post a Comment