Assalamualaikum!
Hari ni nak kongsi sebahagian dari kata-kata hikmah Imam Al-Ghazali.
❤Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.
❤Pati ilmu yang sebenarnya ialah mengetahui sedalam-dalamnya apa arti taat dan ibadat.
❤Maafkanlah temanmu yang sedang berbuat kesalahan dan jangan sesekali mencelanya.
❤Doakanlah temanmu, selagi dia hidup maupun sesudah dia meninggal dunia.
❤Kata-kata yang lembut dapat melunakkan hati yang lebih kera dari batu. Kata-kata yang kasar akan mengeraskan hati yang lembut dari sutera.
❤Kebahagiaan adalah ketika seseorang mampu menguasai nafsunya, sementara kesengsaraan adalah ketika seseorang dikuasai oleh nafsunya.
❤Barangsiapa mengeluhkan perangai buruk orang lain, bererti dia telah mengungkapkan keburukan sikapnya sendiri
❤Jangan berteman dengan teman yang hanya ada ketika kita sihat atau kaya, kerana teman seperti itu sungguh berbahaya sekali bagi kamu di belakang hari.
Semoga dapat kita renung-renungkan dan mengamalkannya. Kata-kata hikmah yang sangat positif dan saya kira jika kita mengamalkannya pasti hidup kita akan sentiasa tenang dan bahagia.
#sweetfarah
#farahkaya
#fantasticfarah
No comments:
Post a Comment