Wednesday, November 10, 2021

Kebaikan Sauna Pada Tubuh Badan Kita

 


Kebaikan sauna pada tubuh badan kita adalah seperti berikut :

MENGURANGKAN STRESS - haba dari sauna boleh mengurangkan ketegangan otot & merangsang penghasilan endorfin. 

KULIT YANG SIHAT & CANTIK - sewaktu bersauna aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan nutrien di bawah lapisan kulit & permukaan tisu kulit. Hasilnya kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur. [untuk mendapatkan kulit yang halus, lembut & cantik berseri, sebaiknya bersaunalah dengan madu]

MENYINGKIRKAN TOKSID - haba dari sauna dapat menyingkirkan toksid yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari badan kita terdedah dengan makanan dan persekitaran yang dipenuhi toksid. Dengan bersauna, ianya dapat membantu mengeluarkan toksid dalam badan kita.

MEMBAKAR KALORI & LEMAK - proses berpeluh menggunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi dari penukaran lemak & karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori & lemak.

Bagi kaum wanita, dengan bersauna tangas (mini sauna) dengan menambahkan herba ke dalam sauna/tangas tersebut akan mendapat kelebihan tambahan seperti berikut :
  • mengurangkan keputihan
  • menghilangkan kegatalan & fungus pada faraj
  • menjaga bahagian dalaman
  • membantu menaikkan peranakan/rahim
Untuk mendapatkan kesan yang baik, bersaunalah antara 15-30 minit. Ingat! Bersauna tidak boleh melebihi dari 30 minit kerana ianya boleh menjadikan anda dehyrdrated. Sauna juga tidak boleh dilakukan setiap hari. Namun begitu, jika anda melakukan sauna tangas, ianya boleh dilakukan 3x seminggu. Lihatlah hasilnya...pasti menakjubkan.

Bersauna tangas tidak sesuai digunakan oleh kaum lelaki.

Dapat sesuatu? Kongsikan jika anda rasa article ini memberi manfaat. 

Anda boleh lakukan sendiri sauna ini di rumah. Atau, jika anda rajin anda boleh pergi di mana-mana Pusat Spa yang berdekatan dengan rumah anda. Saya pun dah lama tak buat sauna. Walaupun ada complete set sauna tapi masa yang mencemburui saya. Lihat set mini sauna saya seperti di atas.

#sweetfarah
#farahkaya
#fantasticfarah
#kebaikansauna 


No comments:

Post a Comment