Sunday, January 7, 2024

Emas Sebagai Barang Hantaran

Emas bukan sekadar perhiasan dan simpanan tetapi simbol keabadian dan kestabilan. 

 

Trend sekarang orang bagi hadiah bagi emas kerana ianya logam berharga. Handbag akan menjadi usang, pakaian akan ditelan masa, kasut akan lusuh, minyak wangi akan hilang harumannya dan akan habis apabila tiba masanya.


Namun, emas akan bersinar selamanya, menyimpan kisah cinta abadi & paling penting nilainya akan meningkat di masa hadapan. 

 

Jika korang nak bagi hadiah, berikan hadiah yang boleh memberikan kekayaan dan keabadian.


Emas lebih dari sekadar hadiah, ia adalah janji cinta abadi yang sentiasa mekar.


Nak mula menyimpan emas?

Nak jadikan emas sebagai barang hantaran?

Nak jadikan emas sebagai hadiah?

Daftar PERCUMA sekarang.


Dapatkan info lanjut tentang emas & KAB Gold di sini



Gambar di atas adalah Gubahan Hantaran Kahwin Gold Bar Limited KAB Gold


#pembimbingemaspalingsweet #hantarankahwin                        #celotehcikfa

 

Mas Kahwin Dinar Emas

"Aku terima nikahnya sipolan binti sipolan dengan mas kahwinnya 1 Dinar Emas KAB Gold tunai" 🪙

"Sah!" 👩‍❤️‍👨 Alhamdulillah

Wanita hebat, pilih emas.
Lelaki hebat, berikan emas.

Kenapa emas sebagai mas kahwin?

👉 Kerana emas adalah logam mulia. Begitu juga pernikahan. Dua insan disatukan dalam satu ikatan yang suci.

👉 Kerana emas mempunyai nilai yang tinggi berbanding ringgit. Dalam dunia yang berubah dengan cepat, dinar emas adalah perlindungan terbaik untuk masa depan ekonomi keluarga.

👉 Lebih kekal lama di dalam simpanan berbanding wang ringgit atau barangan lain. Bahkan, jika ianya rosak, calar atau patah, ia masih mempunyai nilai.

Cantikkan? Bijak pengantin ni menghias mas kahwin dia. Pasangan pengantin sekarang ramai yang dah bijak memilih dinar sebagai mas kahwin mereka.

Pengantin lama pun boleh buat macam ni. Jadikan dinar sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan. Tiap-tiap tahun hadiahkan dinar tak. Lagi bagus. Perempuan mana yang tak suka kalau tiap-tiap tahun dapat hadiah Emas.

Mulakan simpanan emas hari ini.

Bila tiba masanya nanti, hanya perlu senyum menghitung hari.

🔶 Boleh buat belian terus.
🔶 Boleh simpan sikit-sikit sehingga cukup gram untuk difizikalkan.

Belum ada akaun Uncang Emas? Daftar PERCUMA sekarang di sini 

Click sini jika perlu bantuan & bimbingan.

Info lanjut tentang emas boleh didapati di sini.

✨Ingat Emas Segalanya di KAB Gold ✨

#pembimbingemaspalingsweet
#maskahwin
#dinar

Kenduri Kesyukuran

Semalam dapat dapat jemputan dari sahabat. Last minute betul dia jemput. Lupa katanya. Sebab majlis dia petang bawak ke malam, so boleh la aku pergi sekejap memandangkan aku pun dah lama betul tak jumpa dia & dah lama tak makan masakan dia 😄. Kawan aku ni masak sedap weh.


Aku tumpang seronok bila tengok business dia makin maju. Semoga business kawan aku ni semakin maju & berjaya. Sebenarnya kenduri Kesyukuran ni bukan sebab buka kedai baru tapi central kitchen dia. Dah 6 bulan beroperasi rupanya. Dia ada cakap dulu. Aku yang lupa. 


Terima kasih chik. Walaupun ko jemput last minute, itu tanda ko masih ingat kat aku 😬

Banyak sebenarnya yang kami nak borakkan tapi tuan rumah busy melayan tetamu yang lain juga. Dia suruh aku datang rumah dia untuk borak sesuatu yang lebih menarik. Project weh project. Hehehe.


Korang kalau rasa-rasa nak buat makan-makan tak kira apa majlis pun korang boleh contact kawan aku ni. No telefon korang boleh refer kat dalam gambar. Dia biasa handle event dari sekecik-kecik event hingga la event yang dihadiri oleh VVIP.

 

#sweetfarah #fantasticfarah #farahkaya 

Saturday, January 6, 2024

Better Late Than Never

Jika Dr Azizul mula mempunyai kesedaran kewangan pada usia 35 tahun, aku lagi lewat. Aku mempunyai kesedaran kewangan setelah aku menyertai Etiqa sebagai Perunding Takaful pada bulan August 2013. Waktu itu aku berusia 43 tahun. Bak kat pepatah orang putih "better late than never".

Mulai dari itu aku mula belajar dan sedar betapa pentingnya mengurus kewangan dalam hidup. Sejak dari itu juga la aku sedikit demi sedikit mula mengubah kewangan aku, belajar uruskan kewangan sendiri dan juga bantu orang lain menguruskan kewangan mereka.

Makin lama aku jadi makin seronok dalam bidang kewangan ini. Seronok sebab dapat bantu orang. Seronok sebab dapat menguruskan wang dengan betul.

Bertambah-tambah seronok bila aku mula melibatkan pula diri dalam dunia emas fizikal pada bulan May 2021. Terus terang aku cakap, aku memang zero knowledge pasal emas ini. Ditambah pula aku memang kurang minat dengan barang kemas. 

Bila tengok ramai orang-orang muda yang dah berjaya buat emas ni, aku rasa macam aku ni dah too old to start la pulak. Macam dah lewat je. Boleh ke ini? Tetapi, bila aku lihat Uwan, kak Salina & beberapa orang lagi yang dah berusia baru nak mula simpan emas di usia emas, aku jadi bersemangat pulak. Macam tu la bila kita dah berada dalam circle orang-orang yang bijak menguruskan kewangan.

Ooo...baru aku tau emas bukan terhad pada barang kemas je. Aku yang lasak ni nak pakai barang kemas? Memang tak la. Asyik hilang je barang tu nanti. Bila dah tahu dah jadi ketagih la pulak. Cantik-cantik weh design gold bar ni. Kalau dinar lagi cantik. Dah boleh jadi hobi. Alang-alang tu tukar je la kepada hobi simpan emas. 

Teringat kata-kata arwah kawan aku, "kita ni kak, kalau ada hobi biar la hobi kita tu yang boleh mendatangkan hasil". Arwah kawan aku tu pun dia memang punya hobi yang mendatangkan hasil. Kalau la dia masih hidup, aku pasti akan share hobi baru aku ni.

Semakin banyak aku belajar ilmu kewangan semakin alegic aku dengan hutang. Dan, aku dah jadi kedekut untuk belanja pada benda yang bukan-bukan yang aku rasa tak perlu. 

Makin seronok bila berada dalam dunia emas ni aku boleh jumpa dengan lebih ramai orang dari bidang kewangan. Banyak ilmu yang aku boleh cedok dari mereka. Aku juga semakin seronok sharing dengan orang tentang ilmu kewangan. 

Namun, bukan semua orang suka. Ada yang mencebik bibir. Tak apa la. Aku happy untuk berkongsi & sampaikan ilmu yang aku ada. Mereka tak suka tak ikut itu terpulang pada mereka. Semoga Allah memandang usaha aku dan memberkati apa yang aku lakukan.

Sebenarnya, tidak ada istilah terlambat dalam kehidupan kita. Selagi kita bernafas, buat la apa yang kita rasa kita belum buat, kita nak buat dan buat la sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada orang lain, terutama bila kita sudah berada di hujung usia.

Syukur alhamdulillah, aku bangga menjadi Perunding Takaful & Pembimbing Emas. Dua perkara yang aku buat ini banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Apa tunggu lagi, mari la kita simpan emas secara berjemaah. Daftar hobi baru korang sekarang!

#pembimbingemaspalingsweet #agenttakafulpalingsweet    #FarahAbdullah






Dekat Mana Nak Letak Duit Kita?

Setiap orang pasti ada mempunyai Tabung Simpanan. Kenapa? Sebab kita tak nak papa di usia tua.

Tapi, kat mana nak letak duit kita tu?

Pastikan kita faham risiko kewangan yang kita letakkan duit kita tu. Tidak ada yang sempurna. Semuanya berisiko cuma tahap risiko itu yang berbeza. 


Korang juga kena faham tempat yang selamat bila korang nak simpan duit ni. Selamat juga tidak bermaksud tiada risiko.


Selain dari inflasi dan risiko, duit juga boleh hilang akibat ditipu. Oleh itu, sebelum melabur pastikan kita ada ilmu. Atau, setidak-setidaknya dapatkan nasihat dari mereka yang betul bukan dari mereka yang nak ambil kesempatan atas ketidakpandaian kita atau yang hanya mahu mengaut keuntungan semata. 


Jangan mudah terpedaya dengan janji manis yang menjanjikan bulan dan bintang. Jika tidak pasti atau ragu-ragu, rujuk pada yang pakar dulu. Bukan dah masuk baru nak tanya. Itu nasi dah jadi bubur namanya. 


#FarahAbdullah #RiskandFinancialAdvisor


Monday, January 1, 2024

29 December 2023 - 31 December 2023

Asalnya aku plan nak balik kampung Christmas hari tu. Tapi, bila kawan sekolah aku, si Eira ada jemput wedding anak dia & kesihatan dia pun semakin merosot, so aku pun tukar la plan balik kampung minggu selepas Christmas. Elok juga, sebabnya masa cuti Christmas hari tu dia orang kata jalan jem teruk.


Bila aku call mak aku bagi tau yang aku nak balik kampung 29hb tu, dia cakap 30hb dia nak pergi JB ada kenduri kahwin sedara. Then, aku cakap tak apa la sebab aku pun ada kenduri kat Muar & lepas kenduri aku cadang nak ziarah kawan aku & mak sedara aku yang tak sihat. Tapi, mak aku ajak pergi JB. Kenduri kat JB tu pulak bukan orang lain, bapak sedara sepupu & khabarnya dia & adik-beradik dia pun tak sihat. Aku fikir, ye la...utamakan keluarga dulu. Aku pun dah lama tak jumpa dia orang.


Aku balik kampung 29hb selepas solat Jumaat. Cakap je lepas Jumaat tapi dekat pukul 4 gak baru gerak 😄😄. Balik bertiga je. Aku, husband & anak dara aku. Mulanya ingat bila dah sampai Muar tu, aku nak pergi la rumah Eira tu sebab kenduri esok aku tak dapat datang tapi tak boleh juga sebab malam tu pukul 9 ada meeting AAA Empire dengan CEO KAB Gold. Aku kena la ada sebab aku Duta vs AJK.


Esok paginya, mak aku suruh aku pergi jumpa kawan aku tu dulu & dia pun nak singgah sekejap kenduri kat Muar. Singgah bagi salam kaut je sebab pukul 9 lebih kan majlis belum mula lagi. Disebabkan kita orang nak pergi JB memang kena gerak awal la. Kononnya dia pergi jemputan kenduri dia & aku pergi jemputan Eira tu. Nanti kita orang jumpa kat highway la. Kesudahnya dengan aku sekali teman dia pergi jemputan kenduri dia 😄.


Dalam pada tu aku tunggu la si Eira ni share location. Tak juga hantar. Dia buat kat homestay. Kalau kat rumah senang la. Aku terus je pergi rumah dia. Sebelum tu aku ada la cakap kat dia yang aku tak dapat datang ke majlis dia sebab mak aku ajak pergi kenduri sedara kat JB. Dia pun cakap sebelum pergi JB singgah la kejap kat homestay sebab hari Ahad dia tak sure lagi macamana. Masalahnya, sampai kesudah dia tak share location. Dua kali aku tanya.


Masa kenduri kat JB tu, sayunya hati aku tengok keadaan Pak Cik Ali aku. Tak dapat nak tahan sebak, keluar gak airmata. Lama sangat tak jumpa dia, bila jumpa keadaan dia macam tu. Selesai kenduri, kita orang pergi ziarah Mak Long aku pulak kat Kempas. Lepas tu pergi visit kedai sepupu dekat Setiap Tropika. Dia meniaga gadget. Dah macam datang rumah pulak. Siap berkelah kat luar kedai. 🤣🤣


Bila dah singgah ke kedai gadget tu faham-faham je la... masing-masing membeli. Cousin pulak kata setiap pembelian RM15 dapat free tempered glass. Tak apa la, support kedai sepupu sendiri. Yang penting Emas dah beli dulu 😬. Anak aku nak beli Lego aku tak bagi. Rupanya dia beli senyap-senyap. Aku yang bayar pun aku tak perasan. Macamana aku tau? Baca sampai habis ye! 😆


Korang kalau mencari gadget, terutamanya orang JB & Singapore, datang ler ke kedai sepupu aku, Nur Qaseh Gadget kat Setia Tropika. Nak repair handphone korang pun boleh.😊


Balik dari JB pun si kawan Eira ni masih tak beritahu apa-apa. Esoknya, Ahad aku pergi ziarah Mak Lang aku yang memang dah lama terlantar sakit & keadaannya makin teruk. Aku juga pergi ziarah kawan sekolah aku yang lain. Dia pun memang dah duduk atas kerusi roda. Sampai kesudah kawan aku si Eira tu tak beritahu apa-apa. Cadangnya, Ahad tu nak jumpa dia la sebelum balik KL.


Aku ni kalau orang tak sihat aku tak mau kacau or push sangat. Mungkin time tu dia tak bersedia terima tetamu. Atau mungkin dia ada alasan lain. Memang tak ada rezeki aku nak jumpa dia agaknya. Tak apa la. Agak terkilan juga sebenarnya sebab memang dah plan nak jumpa dia.


Pagi Isnin (tahun baru 2024) baru dia reply message aku. Insya-Allah, panjang umur nanti & kalau aku balik kampung & ada rezeki, boleh la jumpa dia.


Dah umur-umur macam ni, bila dengar kawan atau sedara mara tak sihat & bila ada peluang memang nak jumpa. Bila ada kenduri kendara pun memang usaha juga untuk pergi. Masa ni la nak berkumpul jumpa saudara-mara & kawan-kawan. Bukan apa, tak nak nanti terkilan dengar berita dah meninggal je. Tak dia orang yang mati dulu, aku yang mati dulu.

Masa ni la aku tau anak dara aku beli Lego secara sembunyi. On the way balik, KL...dalam kereta tu tiba-tiba dia tunjuk Lego tu. Bila aku bising dia kata "ala, bukan mahal pun". Lepas tu dia siap pesan jangan panggil dia sebab dia nak focus pasang Lego tu. Bila dah siap lawa pulak aku tengok. Then dia cakap, "ramai orang sekarang buat koleksi la mama". Silap-silap haribulan aku call cousin aku suruh dia pos ni 🤣🤣🤣.

Begitu la sedikit kisahku dari 29/12/2023 - 31/2/2023. Terima kasih kerana korang sudi baca sampai habis. ❤️❤️❤️


#fantasticfarah #sweetfarah #farahkaya

Selamat Tahun Baru 2024

Alhamdulillah....pejam celik pejam celik kita kini dah pun berada di tahun 2024. Cepat betul masa berlalu. Tahun 2024 akan menjadi tahun yang lebih mencabar lebih-lebih lagi dalam jihad ekonomi.


Setiap tahun pasti korang buat azam akan? Azam tahun lepas dah tertunai semua ke? Hehehe...Apa pulak azam korang di tahun 2024 ini? 


Aku ni setiap tahun memang ada azam tapi antara aku dengan Allah je tapi tahun ni aku rasa macam nak share. Tapi aku tak share semua. Azam aku yang sebelum-sebelum ni ada yang dah tercapai ada yang belum. Yang belum tu, tiap-tiap tahun aku akan berazam lagi. 

Azam aku yang pertama pada tahun ni - aku nak mendidik masyarakat khususnya orang Islam agar ada kesedaran Takaful & seterusnya mereka memiliki Sijil Takaful at least 1 Sijil setiap seorang. Aku juga nak try capai MDRT pada tahun ini. 


Bagi yang belum ada Takaful, aku sedia berikan khidmat nasihat secara PERCUMA. Boleh PM di sini ye! 🥰 Yang dah ada pun boleh PM. Mungkin  kita boleh berkongsi idea. Bagi aku, selagi aku hidup ia adalah proses belajar. Walaupun dah 10 tahun lebih aku dalam bidang Takaful ni tapi ada banyak lagi yang aku kena belajar. Aku akan belajar & terus belajar. Setiap benda baru yang aku jumpa, itu la belajar.

Azam aku yang kedua - aku nak bimbing seribu insan supaya mereka celik Emas. Aku nak bimbing mereka sebaiknya supaya mereka menjadi Penyimpan Emas yang berjaya & berilmu. 


Bagi yang belum ada account emas ataupun nak tambah lagi satu account emas (sebab ini company milik Bumiputera Islam yang  mempunyai kepatuhan syariah yang ketat), korang boleh daftar di sini.


Daftar PERCUMA saja. Daftar awal tak kalut. Yang penting daftar dulu. Aku janji akan bimbing korang sampai berjaya. Click sini untuk info lanjut tentang emas.


Korang tolong doakan agar aku berjaya capai kedua-duanya azam aku kali ini. Aku  juga doakan korang berjaya capai azam korang. Semoga kita sama-sama berjaya capai azam kita.


#azam2024 #sweetfarah #fantasticfarah #farahkaya