Sunday, January 23, 2022

Mee Siput


Bukan orang Muar namanya kalau mee siput pun tak kenal.

Sekarang dah semakin ramai pengusaha mee siput dikalangan orang islam. Kat shopee pun dah ramai yang menjual. Dulu aku pernah terfikir gak nak jual tapi circle friends aku tak ramai yang pandai makan mee siput. Lemah 😂. Arwah bapa saudara aku dulu pernah jual mee siput ni. Jual kat kantin sekolah rendah. 

Sedap tau mee siput ni. Biasanya memang orang makan mee siput ni dengan sambal tumis. Tapi, aku lebih suka makan macam tu je. Aku gak lebih suka beli yang dah siap goreng sebab malas nak goreng 😄😄. Kalau nak goreng mee siput ni minyak kena betul-betul panas, baru dia kembang pun cantik je. Makan pun sedap je. 

Sekeping mee siput yang dah siap goreng ni aku rasa dia orang jual dalam harga RM2 sekeping kot. Dalam tu dah siap-siap ada sambal. Kalau yang mentah mereka jual dalam packet...1 packet tu ada beberapa keping. Ikut la masing-masing nak pack berapa. Kalau macam gambar kat bawah ni ada 14 keping. Harga tak tau berapa sebab ni orang bagi aku. Ala korang google je la. Harga memang berbeza-beza. Lain pengusaha lain harga, lain peniaga lain harga. 


Raya cina nanti nak balik Muar. Dah ada siap-siap orang kirim. Kalo korang ada kawan dengan orang Muar korang boleh la kirim. 

Teringat masa aku mula-mula bawak mee siput ni pergi office, ada yang tanya macamana nak makan. Nak kena rendam dulu ke? Korang jangan rendam atau rebus pulak mee siput ni. Mee siput ni untuk goreng sahaja ye! Nak mudah korang ikut macam aku, beli yang dah siap goreng. Ada gak yang jual bundle. Mentah ke dah siap goreng ke, kalau beli kat tempat perusahaan mee siput ni memang boleh beli bundle. Dah sampai KL dia orang jual pc by pc. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Perbezaan Gaji & Rezeki

Ramai orang tak faham...gaji & rezeki adalah dua perkara yang berbeza walaupun pada dasarnya ia adalah sama.

Gaji - boleh diagak berapa kita dapat
Rezeki - tidak diduga atau di luar jangkaan

Gaji - ada slip
Rezeki - tak ada slip

Gaji - syarikat/boss bagi
Rezeki - Allah bagi

Gaji - mungkin boleh tersilap bagi atau tersalah bank-in
Rezeki - tak pernah salah alamat

Gaji - berbentuk fiat atau duit
Rezeki - pelbagai bentuk

Gaji - dicari & dikejar dengan berusaha
Rezeki - dijemput

9/10 rezeki daripada perniagaan. Berniaga la dengan jujur & amanah. In Shaa Allah berkat rezeki tu nanti.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Friday, January 21, 2022

Photoshoot

Pada 18/1/2022 baru ni aku ada sesi photoshoot. Jadi model untuk business sendiri untuk product sendiri. Nak hire model luar belum mampu lagi. Lagipun aku rasa lebih baik tepek muka aku sendiri, boleh build trust orang kat kita. Anak sendiri pun tak nak jadi model.

Photoshoot ni memang untuk buat profile aku sendiri la. Ini juga adalah salah satu task yang aku perlu buat dalam kelas DiG Circle hari tu. Kira settle dah la hutang aku. Aku la orang terakhir yang menyiapkan task ni.


Disebabkan photoshoot tu aku buat kat studio kawan aku, photographer juga kawan aku & MUA pun wife kepada kawan aku tu, jadi tak ada la dia nak berkira sangat dari segi masa. Dapat la aku tukar beberapa baju. Tapi, penat la weh. 

Amacam? Ok tak? Nampak muda 20 tahun tak? Hahaha....
Ada dekat 300 gambar semuanya tapi tak kan la aku nak share kesemuanya tu.


Ini la product pertama aku, Royale Coffee. Kopi yang berasaskan Kopi Arabica dan diadun bersama ekstrak kurma, delima, madu, kismis & mix berries. Diam tak diam dah setahun lebih ada dipasaran.


Ini adalah sebahagian product yang aku jual kat shopee termasuk la product Royale Coffee tu. Ada banyak lagi sebenarnya. Kalau nak tunjuk semua tak muat meja tu.


Tercapai juga cita-cita aku nak jadi Founder walaupun hanya product kopi. Eh! Ini kopi bukan sebarang kopi tau. Ini kopi premium. Bukan biaa-biasa, bukan kaleng-kaleng. Korang lihat sendiri la bahan-bahan dia dan rasa la sendiri. Kopi ni bukan setakat sedap tapi banyak khasiat.


Ni product ke-2 aku, Famille Body Wash. Alaaa....tak nampak pulak tulisan kat product tu. Ada 2 pewangi, Aqua & Lavender. Masih baru di pasaran. Harga mampu milik ni. Korang memang kena try. ☺



Product Aura Seri ni aku hanya Master Stockist aje, bukan Founder. Founder dia lagi cantik dan hebat dari aku dan dia juga merupakan guru aku. Siapa dia? Datin Ira Ghani & husband beliau Dato' Seri Ibrahim. 


Ni baju teakhir. Ikutkan dah tak nak. Dah penat. Assistant pun dah penat. Tapi kawan aku kata dah alang-alang bawak tu pakai je la. 5x tukar baju la sepanjang sessi photoshoot tu. Nasib baik assistant ok. Anak sendiri ok la...hehehe.



Bersama MUA, Julia. Dia la yang make-up kan aku. Dia pun ada butik pengantin. Memang itu core business dia. Untuk pengantin memang complete package dia ada. Sapa nak kahwin, nak tunang atau yang sewaktu dengannya, boleh la cari Julia.


Photographer, Aidil. Kawan lama ni. Kalau korang nak shoot apa-apa, boleh la panggil kawan aku ni. Harga boleh bincang

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Thursday, January 20, 2022

RFID

Beberapa hari ni memang kecoh cerita pasal RFID.

Aku dah pakai RFID ni sejak April 2019 lagi. Masa tu Lorong RFID baru ada kat DUKE je. Kawan yang kerja dengan TnG yang introduce RFID ni. Jadi, aku pun pasang la. Dulu leceh sikit. Nak pasang kena pergi RFID Fitment Center. Kena register dulu. Kena buat appointment. Dulu pasang free je. Sekarang RM35. Kalau pandai, korang boleh pasang sendiri je. Aku tengok dah ada dijual di shopee gak.


Sejak tu juga la aku mula menggunakan TnG e-Wallet. Pada aku best la bila ada RFID ni. TnG e-Wllet tu aku guna untuk bayar tol je. Tak perlu nak beratur panjang. Yang paling tak best bila time dia sangkut dan yang kerap sangkut ialah kat Tol DUKE yang dekat Plaza Tol Batu & Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan which is tol ni la yang aku lalu everyday. Dah reverse kereta 2-3 kali pun dia tak mau detect. Kesudahnya tukar lane. Sekarang ni aku tengok ramai pengguna dah malas nak guna lane tu. Lane RFID dekat toll lain yang aku lalu so far so good. Kalau ada pun dia cuma lambat nak detect. 

Secara peribadi aku suka guna RFID ni. Walaupun dah ada RFID, Smart Tag tetap kena ada. So far, RFID ni ada kat kereta aku je. Husband tak nak pasang kat kereta dia. 

Cuma yang tak best dia bila aku dapat tahu TnG e-Wallet ni is not syariah compliant. Tapi, dia ada Go+ which is shariah compliant dan aku dah pun confirmkan dengan TnG sendiri yang kita boleh biarkan e-wallet kita tu kosong & just top up kat Go+. Makanya nanti bila kita lalu tol, akan auto deduct dari amount yang ada dalam Go+ tu. Ok, settle. Baru la senang hati aku.

Kita kena ikut perubahan. Sekarang dunia teknologi. Suka tak suka we have to follow sebab kita bukan duduk dalam gua. Kalau kita tak nak berubah dunia tetap berubah.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya



Wednesday, January 19, 2022

Kunjungan Mengejut

Siapa suruh datang mengejut...haaa..kan aku tak ada rumah. Mujur anak aku ada.

Semalam adik aku datang. Aku tak ada rumah sebab aku ada photoshoot. Nasib baik anak sulung aku ada rumah. Dia datang sebab wife dia ada urusan kerja sebenarnya. Kebetulan tempat yang dia jumpa customer tu dekat dengan rumah aku. Jadi, dia singgah la untuk tumpang solat & berehat sekejap. 

Apam Balik Muar

Rupanya dia ada bawak sekali Apam Balik & Mee Siput. Hari tu aku balik Muar tak dapat beli Apam Balik ni. Semalam dia bawak pulak. Sayang adik aku kat kakak dia. Nanti aku cerita apa istimewanya Apam Balik ni...di posting yang lain la pulak. Kalau nak tau, sila la follow la blog aku ni ye! 😁

Mee Siput

Hari tu dia orang datang rumah aku dah bagi Mee Siput mentah. Semalam dia bawak Mee Siput yang dah siap goreng pulak. 

Disebabkan banyak, aku bagi sikit Mee Siput tu kat neighbor aku. Dia orang Muar juga. Jadi, dia pandai la makan. Nak dijadikan cerita memang hari ni aku last urut menantu dia dalam pantang. 

Dilain posting nanti aku pun akan ceritakan pasal Mee Siput ni jugak. Apa lagi, follow la. 😀.

Terima kasih adikku Nazir kerana kedatangan mengejut yang ada buah tangan. Bagi aku mengejut la tapi dia orang memang dah plan sebenarnya tu 😂😂

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Saturday, January 15, 2022

Si Pencuri Duit Masjid

Baru-baru ini tular kisah budak curi duit tabung masjid.

Masa mula-mula aku dapat video budak yang kena mandi jenazah tu dalam whatsapp group...aku pun tanya la apa. Apa kes? Rupanya budak tu curi duit tabung masjid.

Astaghfirullahalazim...
Betul budak tu salah tapi kenapa dibuat begitu? Dah la video tu di-viralkan. Aib orang tu oiii. Orang masjid semua tu.

Secara peribadi, aku pun geram bila budak tu curi duit tabung masjid lagi-lagi bila dapat tahu dia nak guna duit tu buat beli dadah. Dalam waktu yang sama, aku tak setuju cara yang mereka buat tu. 


Tindakan yang bukan kurang bijak tapi tak bijak langsung. Tak pandai nak berdiplomasi dengan budak remaja yang ada masalah. Islam tak ajar cara macam tu. 

Aku takut nanti budak tu & the geng akan berdendam & hilang kepercayaan serta rasa hormat pada orang-orang yang kaki masjid. Tarbiah kan dia sudah la. Lepas tu serahkan dia pada polis. Viral takkan selesaikan masalah malah lagi menjadikan suasana menjadi keruh. 

Haaa....kan dah kena kecam dengan ramai orang. Siap terpalit sekali dengan kes Azam Baki. Sapa lagi yang turut terlibat memforward kan video tu? Hangpa jawab la nanti kat akhirat. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Sunday, January 9, 2022

Shopee Broadcast

Broadcast adalah salah satu cara yang diajar untuk kita tarik pembeli membeli di kedai kita.

Kadang-kadang yang buat aku (bukan aku je, ramai lagi seller lain) malas nak buat broadcast ni, sebab ada seller yang tak faham. Bila kita seller & dia pun seller, dia ingat bila dia dapat broadcast tu dia kena reply. Padahal tak perlu reply pun. Lepas tu bila dah reply, kita kena la reply balik sebab kalau tak chat rating rate (CRR) kita akan drop. Dok berbalas-balas sampai kita terpaksa block dia.

Ada setengah seller bila kita beritahu dia yang bilamana dia tak reply broadcast message tu, CRR dia tak ada akan ada effect apa-apa sebab broadcast tu datang dari kita then dia faham. Tapi, bila jumpa seller yang bebal tu yang reply balik message dia then terus block. 

Orang meniaga kat shopee kau pun nak meniaga tapi malas nak belajar. Aku dulu pun tak tau tapi aku belajar. Selain dari belajar dengan coach kat luar sana, aku pun belajar dari shopee. Join webinar shopee. Join kelas-kelas yang shopee anjurkan. Join shopee uni...dan aku baca kat Seller Education Hub. Kadang-kadang, bila ada yang masih kurang jelas, aku call shopee untuk dapatkan kepastian.

Bukan senang nak senang. Kena la usaha. Kena la belajar. Bukan main jual buta je. Nak meniaga kena ada ilmu. Lagi-lagi meniaga dengan menumpang platform orang. Lepas tu bila ada problem kau nak complaint membabi buta. Aku benci betul dengan manusia yang perangai macam ni.

Kan dah kena bebel.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya