Sunday, January 9, 2022

Vaksin Oh Vaksin

Aku bukan la anti-vaksin. Kalau aku anti-vaksin sampai sekarang aku tak ambik vaksin lagi. Tapi, aku cuma rakyat marhaen. Kang kalau tak ambik vaksin kena buang kerja, tak boleh nak balik kampung, tak boleh pergi umrah/haji, tak boleh nak ke sana ke sini. Kan dah menyusahkan aku tu. Jadi, apa pilihan yang aku ada? Pilihan dia adalah paksa rela lah.


Lemah betul dengar bila lepas 2nd dose kena ambik booster. Dulu kata booster tak wajib. Sekarang dah jadi wajib pulak. Selagi boleh tangguh aku tangguh. Seperti 1st & 2nd dose dulu la...selagi boleh tangguh aku tangguh.

Bila dengar press conference PPIM ni...lagi la aku keliru. Korang dah dengar ke? Sila dengar sampai habis ye! Ada betulnya jugak.

Aku ada kawan yang memang anti-vaksin. Sampai sekarang dia tak ambik satu vaksin pun. Semua family dia tak ambik vaksin. Dia sampai sanggup berhentikan sekolah anak dia & hantar anak dia belajar agama je. Yakin sungguh dia. Alhamdulillah sampai hari ni mereka semua belum pernah positive covid. Dia memang mengamalkan makanan sunnah & makanan sihat. Aku yang amalkan pemakanan sunnah pun positive covid. Mungkin sebab tak amalkan pemakanan yang sihat 😄

Ada orang sanggup diberhentikan dari kena ambik vaksin. Yakin sungguh mereka. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Thursday, January 6, 2022

Bagaimana Untuk Elak Ditipu Oleh Agent Emas

Memang agent emas akan cakap bagus simpan emas sebab dia dibayar komisyen kalau kita beli emas melalui dia.

Jadi, untuk pastikan kita tak ditipu oleh egent emas, bacalah Buku Wang Emas atau buku-buku berkaitan dengan Emas.

Penulis buku memang susah nak menipu sebab apa yang ditulis tu telahpun didokumen dengan baik. Semua orang boleh dan akan kritik kalau apa yang dia tulis itu bertujuan untuk menipu.

Kalau agent emas cakap simpan emas ni bagus dan anda berminat, sila buat seperti berikut:

1. Buat own research. Boleh google.

2. Kalau dah yakin, mulakan dengan budget yang kecil supaya dapat pengalaman sendiri & lebih cepat faham tentang emas. Asalkan beli emas dapat emas yang asli, risiko rugi tu amat-amat sedikit. Permulaan dengan 1 gram (bergantung pada yang ditawarkan oleh syarikat emas yang berkenaan)

3. Cari guru, mentor atau pakar dalam bidang berkaitan yang kita ceburi bagi memastikan kita tidak 'TERBABAS'.

4. Baca buku Wang Emas. Ini buku paling mudah faham tentang emas. Ianya ditulis berdasarkan pengalaman penulis membimbing lebih 4,000 penyimpan emas secara peribadi (ketika buku itu ditulis). Bagaimana nak elak kena tipu dengan egent emas pun ada di tulis dalam buku itu.


Melabur memang ada risikonya. Risiko sebenar dalam pelaburan ialah apabila kita tak tahu apa yang kita buat sebab tak ada ILMU.

Pelaburan yang risikonya paling rendah tapi boleh memberikan pulangan paling tinggi ialah ILMU.

Bila ada ilmu, duit akan datang. Bila tak ada ilmu, duit yang banyak pun boleh 'terbang'.

Setiap permulaan mesti bermula dengan ILMU. Tak kisah apapun perkara yang ingin kita pelajari.

Jangan sebab inginkan keuntungan segera kita silap langkah. Jika tersilap langkah buruk akibatnya. Biar sedikit tapi berterusan. Biar hanya RM100 atau segram sebulan sekalipun, yang pasti kita tahu LIMUNYA.

EMAS tidak akan menjadikan kita KAYA, tetapi ILMU yang akan menjadikan kita KAYA.

Credit to :
MAJ( Mohd Ariff Jamaluddin) & Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Aku edit sikit-sikit je.

Anda mungkin boleh mendaftar emas secara PERCUMA di platform berikut yang patuh syariah dan dipercayai. Kemudian, anda boleh buat research sebelum membeli emas. Daftar PERCUMA je pun. Tak ada rugi apa-apa. Setelah berdaftar anda juga akan dapat belajar ilmu percuma dengan mereka.

KAB Gold
Quantum Metal

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya



Wednesday, January 5, 2022

Elakkan Belanja Hangus

Bila dah banyak belajar pasal ilmu kewangan, maka banyak la kita akan tau. Tapi, sebenarnya...lagi banyak yang kita belajar lagi banyak yang kita tak tahu.

Menjelang tahun 2022 baru ni aku dah tak nak belanja hangus lagi. Aku nak belanja yang tak hangus, yang ada memberi pulangan. Sebab itu, sekarang ni sebelum aku berbelanja aku sandarkan dulu duit aku tu pada emas. Kemudian baru la aku berbelanja.

Barang besar yang aku beli setelah aku sandarkan wang aku kepada emas ialah washing machine sebab washing machine kat rumah dah lama rosak. Leceh la nak pergi laundry je. Nak tunggu repair lambat sangat. Merata cari orang repair waching machine ni, tak jumpa. Kalau korang tau, tolong la share contact number dia orang dengan aku ye! 


Barang lain yang keperluan tu tak payah la aku nak share. Nanti kalau ada rezeki & panjang umur, aku akan ceritakan ilmu yang lain pula. Korang memang kena buat ni. Sampai bila nak belanja hangus je.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya




Tuesday, January 4, 2022

Adab Ber-Whatsapp

Bila kita baru pertama kali nak message orang kat whatsapp, bagi la salam dulu atupun ucapan selamat pagi, selamat petang atau selamat malam ke....lepas tu introduce diri kita sapa then baru la boleh meneruskan bicara apa yang kita nak sampaikan. Bukan semua orang save nombor kita walaupun kita ada dalam group yang sama dengan orang tu.

Budi bahasa kena jaga tambah-tambah kita ni orang business. Jangan main terjah je. Bukan aku je tak suka, semua orang tak suka. Orang Melayu kaya dengan budi bahasa. Bahasa melambangkan bangsa.

Terkebil-kebil aku baca whatsapp dan nak memahamkan apa dia tulis. Bagi salam dah betul tapi tak kenalkan diri, terus tulis cakap apa dia nak cakap. Oooo....baru tau, aku ada bertanya dalam group rupanya. Terus aku dah tak ada mood nak berurusan dengan orang yang macam tu. Kalau orang berbudi bahasa, benda dia nak cakap aku tak suka pun aku layan.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Monday, January 3, 2022

Canva

Korang kalau nak buat poster, presentation, business card, logo, brochure dan yang sewaktu dengannya....korang suka guna apps apa?

Aku suka guna Canva. Dulu sebelum aku kena Canva aku guna PicsArt. Rupanya Canva lagi best dan lagi mudah dari PicsArt. Canva kita boleh edit later on tapi kalau kat PicsArt kalau dah save tapi lepas tu tersedar ada silap atau nak ubah, memang tak boleh dah. Kena buat baru. Tapi Canva tak perlu. Pergi je balik kat design tu then edit atau tambah. Itu la yang paling aku suka tentang Canva. Dari tak pandai buat design dan tak minat, tetiba aku suka sangat. 

Rasa-rasa ada tak yang nak upah aku buatkan design untuk poster/flyer/brochure etc mereka? Hahaha....saja gurau. Setakat nak tolong-tolong boleh la sebab bukan semua orang suka dan ada masa nak mengadap benda alah ni. Lagi pun, kalau usahawan kecil-kecilan ni mana dia orang mampu nak engage expertise buat. Kalau aku buat dia orang cuma bayar masa aku je. 

Tapi, aku sebenarnya lagi suka korang explore sendiri Canva tu. Pergi je kat canva.com tu. Benda-benda macam ni memang kena rajin explore. Cuba la. Click je kat sini. Seronok tau. Kalau rajin explore lama-lama nanti pandai la. Sebenarnya banyak lagi apps lain yang korang boleh guna untuk buat design ni. Ikut la korang suka yang mana. Aku memang suka Canva. Dah try buat yang lain tapi hatiku tetap pada Canva & PicsArt

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Lucky Draw - Ford Mustang

Ini la yang dinamakan rezeki. Khabarnya pemuda ini dari Johor pergi ke Jitra dengan menaiki bas semata-mata untuk memasuki pertandingan memancing di sana. Walaupun memenangi sebuah kereta Ford Mustang, tapi beliau tetap pulang ke Johor dengan menaiki bas juga.


Walaupun dia menang, aku pulak yang rasa seronok. Orang Muar tau yang menang tu. Budak Parit Samsu katanya. Kat mana Parit Samsu tu pun aku tak tau. Nama je orang Muar. Khabarnya adik ni ambik cash, tak ambik kereta. Tapi, biasa la kalau ambik cash tak dapat la nilai yang sama macam harga Ford Mustang ni. Eh! Berapa harga Ford Mustang ni? Ada 300k kot. Kalau ambik kereta kang nak kena tambah lagi 20k untuk insurance + road-tax.

Kalau aku yang menang pun, aku jadi 50-50. Nak kepuasan atau nak gadaikan saving 20k? Memang la bila dah rasa drive tu, lepas beberapa bulan kita boleh jual balik. Walaupun value turun tapi dapat kepuasan sebab dah rasa drive Ford Mustang. Masing-masing punya keputusan dan citarasa. 

Apapun tahniah dik. Permulaan rezeki yang bagus. Tahun 2022 adalah tahun kekayaan. Siapa yang berilmu dia boleh jadi kaya. Siapa yang berusaha dia akan jadi kaya. Kaya tak semestinya pada harga & wang ringgit. Definasi kaya tu pun berbeza-beza bagi setiap individu.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Saturday, January 1, 2022

Rendang Pucuk Ubi

1st time aku makan rendang pucuk ubi ni masa aku urut customer aku bersalin. Mak dia orang Negeri Sembilan. Rendang tu dia masak untuk anak dia yang dalam pantang tapi dia suruh aku rasa. Omak ai...sedap sungguh. 

Lama lepas tu, ada kawan jual. Aku pun beli. Sampai 2 bekas. Dia buat pun sedap. Lepas tu lama senyap. Bila aku tanya dia kata dah tak larat nak buat. Owh! So sad.

Punya lama tak makan rendang pucuk ubi, tetiba ada orang iklan kat group. Aku pun beli. Mujur beli 1 bekas je sebab tak sedap. Makan sikit je lepas tu simpan dalam peti ais. Kesudahnya buang.


Baru-baru ni ternampak status kawan aku kat fb...dia upate pasal rendang pucuk ubi ni (macam dalam gambar tu). Aku pun tinggalkan komen.

Nak dijadikan rezeki, hari ni dia whatsapp... rendang pucuk ubi untuk aku dah siap katanya. Boleh datang ambik. Bila tanya berapa RM, dia kata free je. Alhamdulillah, rezeki awal tahun. Aku balas budi, bagi dia Acar Buah 😊


Sedap gila dia punya rendang pucuk ubi. Makan dengan nasi panas, bertambah babe. Makan macam ni je pun dah cukup menyelerakan. Agak-agak kalau dia jual ada orang nak beli tak? 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya