Sunday, January 14, 2024

Walimatulurus (2)

13 January 2024....

Selepas habis kelas emas semalam, terus pergi ke Majlis Persandingan anak Husna & suami beliau, Rahmat di Dewan Astana Puteri, Gombak.

Husna ni officemate kat SC. Dia ambik earlier retirement. Ingat juga dia nak jemput aku.

Biasanya time wedding ni la kita dapat berjumpa dengan kawan-kawan terutama yang dah lama tak jumpa. Dah macam reunion...reunion SC πŸ˜„

Maknanya akan jadi lama la di sini. Yang ada beberapa wedding pada hari ni tak dapat la menyembang lama. Aku ada satu je tapi paginya aku pergi sekolah emas dulu. Nasib baik gak kelas emas habis awal hari ni. Bila datang awal dapat la jumpa kawan-kawan lebih ramai.

Happy to meet them. Tahniah! Pada Husna & hubby dapat menantu. Aku ni entah bila la nak dapat menantu. 😬

Ni Rosmawati. Halus sama macam dulu. Bila dengan dia aku rasa aku ni besar. πŸ˜„

Wedding gift yang menarik. Ada beras, chocolate, cookies & kudapan. Makanan pun sedap. Dewan juga selesa. Cantik dewannya. 

Moga ada rezeki untuk berjumpa lagi dengan semua di masa akan datang.

Sebenarnya ada ramai lagi tapi tak bergambar. Ada yang balik awal. Ada yang entah mana-mana. Ada yang terlupa nak bergambar sebab dah sibuk bersembang. Yang level bos-bos ni aku pulak yang rasa segan nak approach. Malu la kononnya πŸ˜„

#FarahAbdullah                                               #fantasticfarah                                     #sweetfarah

Saturday, January 13, 2024

Kucing Jalanan

Siang tadi kucing ni kena langgar dengan kereta kat gerai tempat laki aku meniaga. Kucing jalanan rasanya. Siapa la yang langgar. Husband pun ambik & bagi kat suruh suruh dia bawa pergi vet.

Tinggalkan kat vet. Petangnya baru husband ambik. Dia letak je dalam kotak ni. Aku tanya berapa kena? Dua ratus lebih gak. Kos rawatan kucing lagi mahal dari orang. πŸ˜ƒ Husband aku cakap Dr vet tu bagi tau, nanti bila dia dah ok bawa lagi sebab nak kena buat operation. Tulang punggung dia senget. Nanti dia susah nak buang air. Tanya berapa estimate. Almost 1k. 😰

Comel pulak kucing ni. Ada ke kucing tak comel? πŸ˜„ Mata biru. Bulu putih. Kesian tengok. Dia duduk je dalam kotak tu. Tak boleh keluarkan. Nanti gaduh dengan kucing aku yang lain.

Yang pakar bagi ubat kat kucing ni anak dara aku je. Biar dia uruskan. Bagi ada kerja sikit kat dia.

Tak pasti nak bela atau nak lepaskan semula. Kalau kucing ni ada tuan, biasanya ada orang berbunyi dalam WhatsApp group penduduk. Kalau tak ada ti anggap je la dia tu kucing jalanan.

Kalau nk bela kena fikirkan nama apa nak bagi nanti. 

Kucing kena langgar pun kita rasa simpati. Apatah lagi manusia. Macamana la perasaan orang yang boleh langgar lari, boleh pukul bintang, manusia tu ek?

#FarahAbdullah                                  #celotehcikFA

Walimatulurus (1)


Walimatulurus yang pertama di tahun 2024. Awal betul Pian buat. 1 January 2024. Masa sambut tahun baru. Mujur sekolah pun belum cuti. Bertempat di Bangi Golf Resort. Baru sempat nak mengomel di sini. 






Pian ni kawan sekolah masa kat STM dulu. Aku sekolah kat sana setahun je. Selepas tu aku pindah ke SDAD. Jadi, tak ramai yang aku kenal.

Ikutkan Pian ni pun aku tak ingat sangat tapi sebab kita semua dah ada kat dalam group. Secara tak langsung dah jadi rapat.

Pian siap sediakan meja khas untuk kawan-kawan sekolah supaya senang kita berkumpul & berborak. Thank you Pian. Memang terbaik.

Ramai jemputannya. Al-maklum la pengantin 4. Makanan sedap. Wedding gift mewah. Telur pindang yang diletakkan dalam bekas kaca. Sorry, tak ada gambarπŸ˜„.

Tahniah! Pian & isteri dapat menantu 2 sekali. 


Sunday, January 7, 2024

Emas Sebagai Barang Hantaran

Emas bukan sekadar perhiasan dan simpanan tetapi simbol keabadian dan kestabilan. 

 

Trend sekarang orang bagi hadiah bagi emas kerana ianya logam berharga. Handbag akan menjadi usang, pakaian akan ditelan masa, kasut akan lusuh, minyak wangi akan hilang harumannya dan akan habis apabila tiba masanya.


Namun, emas akan bersinar selamanya, menyimpan kisah cinta abadi & paling penting nilainya akan meningkat di masa hadapan. 

 

Jika korang nak bagi hadiah, berikan hadiah yang boleh memberikan kekayaan dan keabadian.


Emas lebih dari sekadar hadiah, ia adalah janji cinta abadi yang sentiasa mekar.


Nak mula menyimpan emas?

Nak jadikan emas sebagai barang hantaran?

Nak jadikan emas sebagai hadiah?

Daftar PERCUMA sekarang.


Dapatkan info lanjut tentang emas & KAB Gold di sini



Gambar di atas adalah Gubahan Hantaran Kahwin Gold Bar Limited KAB Gold


#pembimbingemaspalingsweet #hantarankahwin                        #celotehcikfa

 

Mas Kahwin Dinar Emas

"Aku terima nikahnya sipolan binti sipolan dengan mas kahwinnya 1 Dinar Emas KAB Gold tunai" πŸͺ™

"Sah!" πŸ‘©‍❤️‍πŸ‘¨ Alhamdulillah

Wanita hebat, pilih emas.
Lelaki hebat, berikan emas.

Kenapa emas sebagai mas kahwin?

πŸ‘‰ Kerana emas adalah logam mulia. Begitu juga pernikahan. Dua insan disatukan dalam satu ikatan yang suci.

πŸ‘‰ Kerana emas mempunyai nilai yang tinggi berbanding ringgit. Dalam dunia yang berubah dengan cepat, dinar emas adalah perlindungan terbaik untuk masa depan ekonomi keluarga.

πŸ‘‰ Lebih kekal lama di dalam simpanan berbanding wang ringgit atau barangan lain. Bahkan, jika ianya rosak, calar atau patah, ia masih mempunyai nilai.

Cantikkan? Bijak pengantin ni menghias mas kahwin dia. Pasangan pengantin sekarang ramai yang dah bijak memilih dinar sebagai mas kahwin mereka.

Pengantin lama pun boleh buat macam ni. Jadikan dinar sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan. Tiap-tiap tahun hadiahkan dinar tak. Lagi bagus. Perempuan mana yang tak suka kalau tiap-tiap tahun dapat hadiah Emas.

Mulakan simpanan emas hari ini.

Bila tiba masanya nanti, hanya perlu senyum menghitung hari.

πŸ”Ά Boleh buat belian terus.
πŸ”Ά Boleh simpan sikit-sikit sehingga cukup gram untuk difizikalkan.

Belum ada akaun Uncang Emas? Daftar PERCUMA sekarang di sini 

Click sini jika perlu bantuan & bimbingan.

Info lanjut tentang emas boleh didapati di sini.

✨Ingat Emas Segalanya di KAB Gold ✨

#pembimbingemaspalingsweet
#maskahwin
#dinar

Kenduri Kesyukuran

Semalam dapat dapat jemputan dari sahabat. Last minute betul dia jemput. Lupa katanya. Sebab majlis dia petang bawak ke malam, so boleh la aku pergi sekejap memandangkan aku pun dah lama betul tak jumpa dia & dah lama tak makan masakan dia πŸ˜„. Kawan aku ni masak sedap weh.


Aku tumpang seronok bila tengok business dia makin maju. Semoga business kawan aku ni semakin maju & berjaya. Sebenarnya kenduri Kesyukuran ni bukan sebab buka kedai baru tapi central kitchen dia. Dah 6 bulan beroperasi rupanya. Dia ada cakap dulu. Aku yang lupa. 


Terima kasih chik. Walaupun ko jemput last minute, itu tanda ko masih ingat kat aku 😬

Banyak sebenarnya yang kami nak borakkan tapi tuan rumah busy melayan tetamu yang lain juga. Dia suruh aku datang rumah dia untuk borak sesuatu yang lebih menarik. Project weh project. Hehehe.


Korang kalau rasa-rasa nak buat makan-makan tak kira apa majlis pun korang boleh contact kawan aku ni. No telefon korang boleh refer kat dalam gambar. Dia biasa handle event dari sekecik-kecik event hingga la event yang dihadiri oleh VVIP.

 

#sweetfarah #fantasticfarah #farahkaya 

Saturday, January 6, 2024

Better Late Than Never

Jika Dr Azizul mula mempunyai kesedaran kewangan pada usia 35 tahun, aku lagi lewat. Aku mempunyai kesedaran kewangan setelah aku menyertai Etiqa sebagai Perunding Takaful pada bulan August 2013. Waktu itu aku berusia 43 tahun. Bak kat pepatah orang putih "better late than never".

Mulai dari itu aku mula belajar dan sedar betapa pentingnya mengurus kewangan dalam hidup. Sejak dari itu juga la aku sedikit demi sedikit mula mengubah kewangan aku, belajar uruskan kewangan sendiri dan juga bantu orang lain menguruskan kewangan mereka.

Makin lama aku jadi makin seronok dalam bidang kewangan ini. Seronok sebab dapat bantu orang. Seronok sebab dapat menguruskan wang dengan betul.

Bertambah-tambah seronok bila aku mula melibatkan pula diri dalam dunia emas fizikal pada bulan May 2021. Terus terang aku cakap, aku memang zero knowledge pasal emas ini. Ditambah pula aku memang kurang minat dengan barang kemas. 

Bila tengok ramai orang-orang muda yang dah berjaya buat emas ni, aku rasa macam aku ni dah too old to start la pulak. Macam dah lewat je. Boleh ke ini? Tetapi, bila aku lihat Uwan, kak Salina & beberapa orang lagi yang dah berusia baru nak mula simpan emas di usia emas, aku jadi bersemangat pulak. Macam tu la bila kita dah berada dalam circle orang-orang yang bijak menguruskan kewangan.

Ooo...baru aku tau emas bukan terhad pada barang kemas je. Aku yang lasak ni nak pakai barang kemas? Memang tak la. Asyik hilang je barang tu nanti. Bila dah tahu dah jadi ketagih la pulak. Cantik-cantik weh design gold bar ni. Kalau dinar lagi cantik. Dah boleh jadi hobi. Alang-alang tu tukar je la kepada hobi simpan emas. 

Teringat kata-kata arwah kawan aku, "kita ni kak, kalau ada hobi biar la hobi kita tu yang boleh mendatangkan hasil". Arwah kawan aku tu pun dia memang punya hobi yang mendatangkan hasil. Kalau la dia masih hidup, aku pasti akan share hobi baru aku ni.

Semakin banyak aku belajar ilmu kewangan semakin alegic aku dengan hutang. Dan, aku dah jadi kedekut untuk belanja pada benda yang bukan-bukan yang aku rasa tak perlu. 

Makin seronok bila berada dalam dunia emas ni aku boleh jumpa dengan lebih ramai orang dari bidang kewangan. Banyak ilmu yang aku boleh cedok dari mereka. Aku juga semakin seronok sharing dengan orang tentang ilmu kewangan. 

Namun, bukan semua orang suka. Ada yang mencebik bibir. Tak apa la. Aku happy untuk berkongsi & sampaikan ilmu yang aku ada. Mereka tak suka tak ikut itu terpulang pada mereka. Semoga Allah memandang usaha aku dan memberkati apa yang aku lakukan.

Sebenarnya, tidak ada istilah terlambat dalam kehidupan kita. Selagi kita bernafas, buat la apa yang kita rasa kita belum buat, kita nak buat dan buat la sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada orang lain, terutama bila kita sudah berada di hujung usia.

Syukur alhamdulillah, aku bangga menjadi Perunding Takaful & Pembimbing Emas. Dua perkara yang aku buat ini banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Apa tunggu lagi, mari la kita simpan emas secara berjemaah. Daftar hobi baru korang sekarang!

#pembimbingemaspalingsweet #agenttakafulpalingsweet    #FarahAbdullah