Sunday, January 5, 2025

Walimatulurus 1/2025

Sabtu, 4 January 2025

Undangan majlis walimatulurus pertama di tahun 2025 dari client aku. Anak dia yang kahwin. Dia dan anak-anak ambik Takaful dengan aku. Sejak suami dia meninggal, insurance kereta pun dia ambik dengan aku. Memang bila dapat undangan ni, aku terus block calendar aku. Mesti kena pergi. Majlis ni diadakan di Awan Space Garden Hall, Wangsa 118, Wangsa Maju. Dekat je dengan rumah aku.


Tahniah! Kak Aziah dapat menantu ke-2. Menantu pertama dulu pun aku datang gak. Ada gak kenangan gambar aku & dia. Masa anak 1st dulu, tak dan nak bergambar sebab aku tengok dia busy melayan tetamu. Lawa Kak Aziah dah kena make-up. Aku hampir tak kenal.


Ahad, 5 January 2025

Undangan ke-2 walimatulurus. Ni anak kawan office pulak, Mutalib. Dia dah pencen. Venue ni pun dekat dengan rumah aku, Kampung Pengantin The Gabion Garden Hall, Setapak. Asalnya dia jemput dalam group. Biasa kalau jemputan dalam group ni aku 50-50 nak pergi. Tapi, sebab Mutalib pm, aku kena la pergi. Teringat Ustaz pernah beritahu yang jemputan kahwin wajib kita penuhi kecuali jika ada halangan yang kita tak dapat datang.

Bersama bapak pengantin 

Tahniah pada Mutalib & isteri kerana dapat menantu.

Macam biasa, bila staff or ex-staff SC yang punya majlis, pasti akan jadi macam reunion. Cuma, kali ni aku jumpa macam tak ramai. Mungkin aku yang datang awal atau mereka yang datang lewat. Ini je la gambar yang ada.

Gambar candid by my husband 😂


Lama tak jumpa Mazlin







Sabtu, 11 January 2025



Majlis walimatulurus anak Nazrul dengan arwah Murni. Tak sangka betul si Hafiz ni dah kahwin. Rasanya sebanyak anak aku SI baby ataupun dia muda setahun. Awal jodohnya.

Macam biasa la bila majlis walimatulurus kawan-kawan office ni dia akan jadi macam majlis reunion 😀.





Majlis buat di D' Intan Crystal Grand Ballroom, 8Trium Tower, Bandar Seri Damansara. Level bawah tu Decathlon. Lepas makan & jumpa kawan-kawan aku ajak hubby cari barang kat situ.

Bila balik rumah kawan aku call, Lepas aku balik tu ada lagi ramai yang datang. Si Jani yang kata nak balik awal nak pergi sign agreement terus tak jadi. 

Tapi tu la, sedih pulak tak dapat jumpa dia orang. Yang datang tu pulak, ramai kawan-kawan yang dah lama sangat tak jumpa. Tak Ada rezeki. Tunggu anak aku atau anak dia orang kahwin je la nanti. Entah bila tahun tak tau la. Entah panjang umur entahkan tidal 😄.

Simpan sini kisah & gambar untuk kenangan. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


No comments:

Post a Comment