Alhamdulillah, hari ini, 4 January 2025, selepas selesai menghadiri majlis walimatulurus, aku pergi ke majlis pertemuan santai Synergy Biz Club (SBC).
Antara ahli SBC yang hadir
Dah lama aku tak hadir program SBC ni. Hari ini aku paksa hadir sebab ramai lagi member dalam SBC yang aku tak kenal. Lagi pun segan dengan Puan President yang message aku personally. Program ni buat di Villa Bukit Gasing and itinerary dia adalah:
💕Sembang Santai & Jamuan
💕 Cookies Testing (al-maklum dah nak puasa)
💕Solat Asar
💕Bacaan Yasin & Doa Selamat
💕Group Photo
Antara menu menarik
Bila aku sampai kat Villa tu dan tau ceritanya, Masha-Allah. Villa tu besar sangat. Ada swimming pool, ada tempat memanah, ada bilik karaoke, ada ruang solat/kuliah, size bilik dia macam size rumah aku. Aku lupa ada berapa bilik keseluruhan rumah tu. Yang aku ingat 5 bilik saja yang dibenarkan untuk digunakan oleh pelanggan mereka.
Share sikit suasana di Villa 😊
Puan President kata asalnya yang tinggal kat rumah tu 2 orang je (husband and wife). Ya! Allah...rumah sebesar-besar alam duduk berdua je? Bila suatu hari si isteri cakap dengan suami "apa kita nak jawab dengan Allah kat sana nanti, rumah besar ni kita duduk berdua je" Lalu, si suami pun jadi takut dan dia manfaatkan la villa besar tu dan menjadikannya homestay.
Puan President, Kak Shikin sedang berucap
Owner buka cafe di level Ground Floor. So, kalau ada guests, mereka boleh guna khidmat cafe tu atau mereka boleh memilih untuk masak sendiri. Owner juga masih stay di situ. So, ada la beberapa bilik yang masih digunakan oleh owner, which is pada aku elok la sebab owner duduk situ. If anything nak apa-apa, owner ada depan mata.
Rumah sebesar-besar alam tu sewa dia RM1500 je semalam. Villa tu aku kira sesuai untuk big family yang nak buat family day. Boleh buat activity bakar-membakar di tepi pool, boleh karaoke, bole memanah. Kalau company nak buat seminar pun aku rasa sesuai. Eeee..rasa macam nak buat family gathering la kat situ. 😁 Budak-budak suka la kalau ada swimming pool ni. Kat sini, haa korang berendam la sampai kecut. Kalau kat hotel ada time dia yang boleh mandi.
Overall, program ni memang best. Dapat kenal antara satu sama lain & merapatkan hubungan ukhuwah sesama kami dan juga bertukar fikiran serta sharing business masing-masing. Ramai usahawan dalam SBC ni. Ada ramai lagi yang tak dapat hadir. Aku lebih suka support usahawan yang baru nak mula ni. Kalau bukan kita siapa lagi yang nak support mereka.
Antara program kami - solat asar berjemaah & baca yasin
Aku join SBC ni sebab dulu aku ada own products (coffee & body wash) tapi dah stop. Hangat-hangat taik ayam je 🤣🤣🤣. Sebenarnya aku ada alasan tersendiri kenapa aku stop walaupun itu la sebenarnya cita-cita aku.
Kadang-kadang, tak semestinya kita boleh berjaya buat apa yang kita suka. Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Kini, aku focus business Takaful & Emas je. Alhamdulillah, business yang banyak membantu orang. Sebelum ni macam-macam business dah aku buat. Business menjual-jual aku dah tak sebab aku dah letih menghadap orang yang suka hutang. Aku senang dan tenang buat business Takaful dan Emas ni. Business Takaful dah nak masuk tahun ke-12 manakala business Emas dah nak masuk tahun ke-4.
Ini la owner Villa - yang nampak kepala je tu
Semoga semua usahawan SBC akan terus maju dan cemerlang.
Sampai kita jumpa lagi di lain event.
SELAMAT TAHUN BARU 2025.
No comments:
Post a Comment