Emas bukan semata-mata tentang emas. Emas sebenarnya boleh membantu kita memperbaiki kewangan peribadi ke tahap yang lebih baik.
Perkara paling asas yang menjadi masalah utama majoriti rakyat Malaysia ialah tiada simpanan. Kajian menunjukkan, 80% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan minimum RM1,000.
Simpanan sangat penting. Bila tiada simpanan, kita akan tersepit di saat-saat kecemasan, apabila berlaku hal yang tidak terduga.
Bila tiada simpanan, kita akan cenderung untuk berhutang.
Ini bukan perkara main-main. Ini betul-betul serius. Ia suatu masalah yang sangat membimbangkan.
Mengapa jadi begitu?
Salah satu sebabnya ialah kita selalu gagal apabila cuba untuk menyimpan. Naluri berbelanja sangat tinggi. Duit yang disimpan, habis dibelanjakan kerana tiada disiplin apabila menyimpan.
Salah satu jalan keluar untuk masalah ini ialah cuba menyimpan duit dalam bentuk emas. Emas mempunyai aura yang boleh menarik kita semua untuk mengumpul berbanding berbelanja.
Beli emas, duit tidak habis. Beli emas, harta bertambah. Beli emas, simpanan kita akan bertambah dan kekal lebih lama.
Ketika kita senang, emas akan menjadi harta kita. Apabila kita susah, emas akan menjadi duit kita.
Orang yang ada duit, tak semestinya ada emas. Tapi, orang yang ada emas, mesti ada duit.
Kerana emas adalah duit.
Ikuti saya di platform lain di sini
Credit: KAB
#PembimbingEmasPalingSweet
#PembimbingSimpananEmas
#BijakUrusWang
#KABGold
No comments:
Post a Comment