Thursday, January 23, 2025

NOTA EMAS 6/25


Kalau nak beli emas, kena perhatikan beberapa perkara asas secara pakej: 


1️⃣ Kepatuhan Syariah - ini perkara penting & paling utama dalam urusniaga jual beli emas kerana emas adalah item ribawi yang mempunyai syarat yang agak ketat. Ini termasuklah kewujudan emas sebelum diurusniagakan. 


2️⃣ Harga segram - item yang menjadi rujukan biasanya ialah gold bar 1 atau 10 gram. Jangan terlampau kagum dengan tawaran harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran kerana mungkin ada muslihat yang tersembunyi tanpa kita sedari.


3️⃣ Beza harga beli & jual semasa - ia dikenali sebagai spread atau biasa juga dipanggil sudut nilai. Semakin kecil spread semakin bagus.


4️⃣ Jaminan belian semula - emas yang kita beli, mestilah dijamin akan dibeli balik oleh penjual. Kalau tiada jaminan ini, kita sebagai pembeli akan susah apabila tiba masa kita memerlukan duit.


5️⃣ Kepelbagaian item emas & cara belian - ini akan memberikan kemudahan & keselesaan kepada para pembeli untuk memilih product & kaedah yang terbaik & bersesuaian dengan budget, lokasi dll.


6️⃣ Mudah untuk digadai di mana-mana Ar-Rahnu - ini juga penting sebagai alternative sekiranya kita tidak mahu menjual emas milik kita atas alasan tertentu.


Selebihnya, terpulang kepada pilihan masing-masing. Namun, yang paling utama ialah beli emas mesti dapat emas. Kalau beli emas dapat nombor saja, cepat-cepat cabut lari.


Credit: KAB


Click sini untuk info lanjut tentang Emas & KAB Gold.


#PembimbingEmasPalingSweet

#PembimbingSimpananEmas

#NotaEmas

#KABGold

No comments:

Post a Comment