Sunday, February 18, 2024

Potensi Silver 2024

Alhamdulillah....

Sabtu, 17 February 2024, walaupun aku terlupa nak register sebab beberapa hari ini memang terlalu sibuk. Akhirnya aku terjah je. Terima kasih KAB Gold kerana selalu sediakan ilmu kelas yang FREE. Walaupun, aku dah jadi penyimpan Emas yang consistent tetapi KAB Gold tetap juga bimbing untuk aku & wakil jualannya berdampingan dengan silver. Emas & Perak ni macam suami isteri. Kena ada dua-dua baru lengkap 😍


Sebenarnya tidak ada alasan untuk tidak hadir. Tuntut la ilmu hingga kita sampai ke liang lahad. Tak kisah la ilmu apa. Ilmu dunia & akhirat. Jangan pernah berhenti belajar. Belajar ni macam-macam cara boleh. Datang kelas, membaca, tonton video, berguru, bergaul dengan orang yang berilmu yang suka share ilmu dengan kita. 

Kelas Emas kali ini, Potensi Silver 2024 disampaikan oleh Penceramah Professional, YM Tengku Shaharizan. Banyak ilmu pasal Silver yang boleh kita pelajari dari Tengku ni.


Tajuk ini memang agak berat & tegas bunyinya. Masa sejam awal agak mendatar & sedikit teknikal. Tetapi masuk jam kedua, content & penjelasan mulai hangat & panas. Agak banyak juga soalan selepas itu.


Korang nak tahu tak? Kalau kita dah ada 1kg Emas, berapa pula kita nak kena simpan Silver? Ratio simpanan hari ini (16/2/2024) ialah 1:86. Ok, bila emas dah 1kg, boleh beli silver pulak. Buat masa ni, aku hanya simpan beberapa keping Dirham KAB Gold. Harap-harap lepas ni, KAB Gold akan keluarkan silver dengan lebih banyak lagi. 



Hadirnya aku di sini bukan sekadar dapat menuntut ilmu, tapi juga sempat ambilkan Emas fizikal anak emas aku. Ini la yang selalu aku terapkan & ajarkan kepada mereka, beli emas mesti dapat emas. Nak beli emas banyak-banyak sekaligus memang tak mampu. Beli sikit-sikit. Yang penting consistent. Sampai masa, kita fizikalkan emas itu.

 



Macam biasa, dapat lucky draw. 🤩 Dan dapat la rasa aura pegang Emas 1kg. Kalau ada sesiapa nak beli Emas 1kg ni boleh roger.




Selesai habis program & sesi bergambar (ada yang tiada dalam gambar sebab dah balik), aku sambung berborak dengan Tengku. Masha-Allah, banyak yang perlu aku belajar pasal silver ni. Kena masuk dalam group Tengku lepas ni. 


Begitu la, silver ni memang tak ramai yang memandangnya. Sebenarnya silver ni  bernilai seperti emas tapi masyarakat masih memandang remeh tentang silver. 


Ayat dari Tengku ni best....

"Kita berada dalam harga & nilai yang dikhianati bila membeli Silver. Doa orang-orang yang membeli Silver ni akan diangkat & diperkenan Tuhan!" 😊


Korang boleh tengok rakaman live di sini 

https://www.facebook.com/share/v/4SDbkYr2nRWpw94D/?mibextid=a6qBZl


Sebaiknya cuba dengarkan sendiri & fahamkan. Aku sendiri pun tak 100% yang aku faham sebab tu aku korek lagi lepas habis sesi. Tetap kena hadir kelas lagi. Ini kali ke-3 aku hadir kelas tentang silver dari Tengku.


Ikuti aku di platform yang lain dengan click link ini.


#pembimbingemaspalingsweet      #fantasticfarah

No comments:

Post a Comment