Lama aku tunggu tema ni. Dah dekat nak pencen baru dapat. 16 February 2024 melakar sejarah, staff SC kembali ke sekolah 😂. Mujur la anak aku masih simpan lagi uniform pengakap dia. Jadi, tahun ni punya Annual Dinner, tak perlu keluar cost. Banyak boleh save. Keluar cost vallet parking je. Ala RM30 je. Dan...untuk kesekian kalinya Annual Dinner kali ini tak boleh bawak spouse.
Registration pukul 6.30 pm tapi aku & the gang sampai M Resort Hotel awal. Awal tak kalut. Sempat la posing beberapa post. Dengan muka yang tak make-up. Gasak la. Budak sekolah kan. Mana boleh make-up...😅.
3 minutes lagi pukul 6.30 pm aku dah beratur kat registration table. Budak scout ni duduk depan sekali. Memang nakal kan? 😂😂 Kerana aku mulakan la mala yang lain pun turut beratur. Lepas register terus pergi surau.
Ish! Memang nakal betul. Habis dikutipnya jajan tu. Hep! Bukan aku seorang yang buat. Ada lagi beberapa orang yang buat cuma tak direkodkan je. Nasib aku kurang baik sebab ada orang record. Nasib baik boleh kautim dengan Pak Guard 😃
Food sedap. Persembahan pun menarik kesemuanya. Emcee best. Walaupun aku tak kenal siap emcee tu (emcee last year gak kalau tak silap) tapi memang superb la. Tu la kan...tak semestinya emcee yang tak popular yang tak glamour tu tak bagus.
Douglas Lim punya joke buat aku & audience lain tak kering gusi. Memang lawak. Performance Ella memang tak pernah mengecewakan. Aku rasa sepanjang aku kerja kat SC ni belum pernah lagi ada artis jemputan yang buat persembahan dikerumuni oleh staff sampai macam ni sekali. Terbaik la committee kali ini. Syabas!
Kenangan bergambar bersama "rakan-rakan sekolah" yang lain. Ramai juga yang tak dapat hadir. Ada juga yang tak jumpa. Tapi, aku frust betul sebab tak dapat nak buat video 360 tu. Datang awal tapi tak dapat. Ingatkan habis dinner ada lagi. Rupanya vendor tu dah balik. 😠Kalau tau sebelum pergi surau tu ambik siap-siap.
Tahniah! Pada kawan-kawan yang dapat lucky draw. Tak ada rezeki aku kali ni.
Balik rumah, bila bukan bag, ini la hasil cilok jajan kat "sekolah" tadi. Bukan nak makan pun tapi suka-suka je. Daripada jajan tu terbuang macam tu, baik aku ambik. Esoknya aku nak pergi sekolah lagi...Sekolah Emas. Jadi boleh la aku bawak bagi kat sapa-sapa yang datang yang bawak anak.
#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya
No comments:
Post a Comment