Sunday, September 17, 2023

Konferensi KAB Gold 2023


Tanggal 16 September 2023, ketika kebanyakan rakyat Malaysia duduk di rumah beristirehat bersama keluarga kerana cuti Hari Malaysia, aku dan suami serta beberapa rakan yang lain berada di Concorde Hotel Shah Alam kerana menghadiri Konferensi KAB Gold 2023. 

Pada asalnya aku register untuk hadir sebagai peserta tetapi aku telah diminta oleh pihak pengarah program untuk menjadi emcee. Sebenarnya, aku dah lama tak buat kerja emcee ni. Entah la, aku pun tak tau kenapa aku terus tinggalkan, padahal aku suka jadi emcee ni. Apatah, lagi aku tak pernah kendalikan majlis formal. Memang suspense weh! Syukur alhamdulillah, dengan pertolongan Allah aku dapat kendalikan majlis dengan baik dan tanpa rasa gementar. Pelik tapi benar.
 

Dengan usia KAB Gold yang baru 2 tahun 7, bulan, boleh aku katakan ini satu kejayaan buat mereka. Pelanggan mereka setakat 15/9/2023 sudah ada 30,085. Wakil Jualan pula sudah mencecah 2,589 orang. Ini termasuk la aku 😊. Jika ada sesiapa yang berminat nak jadi Wakil Jualan KAB Gold ataupun pelanggan KAB Gold, amat la dialu-alukan. Boleh register di sini. Pendaftaran PERCUMA dan tanpa dikenakan apa-apa syarat.

Peserta yang hadir dari pelbagai negeri termasuk la Singapore. Jika mereka yang dari jauh boleh sampai, apa alasan korang yang tinggal berdekatan tapi tak boleh datang. Ada yang datang dengan membawa anak kecil di dalam dewan. Ada yang datang bawa family tapi mereka duduk di bilik (mereka ni sanggup sewa bilik hotel).Kata orang, hendak seribu daya tak nak seribu dalih. 

Jujur cakap, aku memang suka pergi conference sebab banyak boleh dapat ilmu baru dengan perkongsian ilmu dari orang-orang yang hebat dan kita akan dapat build networking serta dapat kawan baru dalam bidang yang sama. Bila circle kita positive, secara automatic kita akan jadi positive.





Tahniah pada seluruh warga kerja KAB Gold kerana berjaya menganjurkan Konferensi untuk kali ke-2 dengan jayanya. Moga KAB Gold terus meroket. 

Makanan kat hotel pun sedap 😄😄
Biasa atas meja makan, hotel akan letak bunga. Yang ni dia orang letak logo KAB Gold. Aku suka.


Aku setuju dengan Dr Ahmad Sufyan kata - Simpanan emas pasti ada risiko. Tapi, risiko kalau tak simpan emas itu jauh lebih banyak dan besar.

Dalam kehidupan kita, apa saja yang kita buat semua ada risiko. Kecil dengan besar je risiko tu. Di sini la pentingnya ilmu.

Sekarang ni pula banyak scammer emas. Jadi, berhati-hati la. Jadi la orang yang bijak. Sebelum melabur, rujuk dulu pada pihak-pihak yang berkenaan. Jangan dah melabur baru nak rujuk. Yang pasti KAB Gold bukan scammer. 


Ini adalah sebahagian daripada AAA Empire yang dapat hadir. AAA Empire adalah Empire yang terbesar di KAB Gold. Sepertimana KAB Gold menitikberatkan ilmu, begitu la juga AAA Empire. Ilmu itu penting, walaupun korang hanya sebagai Penyimpan Emas. 

Buat Dengan Betul Buat Dengan Sabar, Insya-Allah berjaya. Berjaya sebagai Penyimpan Emas dan berjaya sebagai Wakil Jualan.


Farah Abdullah
Gold Group Manager
KAB Gold (KAB 10045)







No comments:

Post a Comment