Rasa terpanggil nak berkongsi tulisan Dr Ahmad ni....
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
Modus Operandi Geng Emas Spekulasi Tayang Untung
Saya gelarkan geng yang melabur emas secara leverage sebagai ni sebagai Geng Spekulasi Emas.
Pertamanya depa beli emas bukan untuk simpanan, tapi untuk 'exit' waktu harga emas naik sahaja. Jika exit waktu emas jatuh, gram emas asal mereka akan susut. Berbeza dengan pelabuhan simpanan emas, simpanan emas adalah simpanan, tiada istilah 'exit' ke apa. Jika nak guna duit dalam mata wang lain boleh dijual semula, harga emas naik atau turun dalam mata wang lain, gram emas tidak susut.
Keduanya sewaktu harga emas naik mendadak sehari dua baru baru ini, mula pakat tayang di fb keuntungan lepas jual semua emas mereka kepada syarikat. Sebenarnya tiada keperluan tayang hasil jualan semula sebab konsep pelaburan simpanan emas bukan untuk untung jangka pendek sebegitu. Simpanan emas cuma nak atasi susut nilai wang lain saja.
Dan tidaklah kita perlu tertarik dengan kaedah pelaburan spekulasi ini kerana ia bukan cara sebenar pelaburan emas patuh Syariah. Bahkan menyalahi konsep pelaburan simpanan emas daripada simpanan selamat kepada pelaburan berisiko.
Pesanan saya, kepada masyarakat, jika konsep pelaburan emas guna kaedah dan modus operandi tunjuk untung hasil jual emas, ketahuilah ia bukan cara pelaburan simpanan emas. Ramai ulama mengharamkan spekulasi emas. Kita seboleh mungkin nak tutup ruang haram ini dalam pelaburan emas. Ramai lagi asyik bertanya pendapat saya pelaburan emas sebegini sebab mungkin masing2 nampak suspicious kan.. Ya.. Kalau ragu jangan sertai. Dari sudut pelaburan pun nampak tak kena, dalam Syariah pun banyak pertikaian.
Cuba waktu harga emas jatuh, ada berani tayang akaun mereka?
Salam penghujung Ramadan... Perbanyakkan ibadah.
Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
Aku setuju dengan apa yang beliau rungkaikan. Ini baru sikit aku kira. Jika berdepan dengan beliau lagi banyak hujahnya.
Aku harap semua orang menerima secara terbuka pendapat beliau. Sebagai orang Islam bila kita nak buat sesuatu kita kena pandang betul-betul sudut shariahnya. Kita juga kena tengok dan kaji individu-individu yang memberikan pendapat. Al-maklum, sekarang ni ramai yang nak jadi Ustaz segera dan mudah terpengaruh dengan Ustaz segera. Dunia akhirat zaman.
Aku bukan la peminat Dr Ahmad Sufyan tapi aku tau dia siapa.
Yang aku tau aku tetap setia bersama KAB Gold. Kalau korang rasa nak join aku boleh la daftar di sini. Aku & team akan bimbing sampai korang pandai dalam ilmu emas ni. Aku nak apa yang aku buat ni mendapat redha, rahmat & berkat dariNya. Bukan soal duit semata. Duit akan datang dengan sendiri bila kita sesuatu yang kita buat itu mendapat rahmat & redha dari Allah. Wallahualam.
#sweetfarah #farahkaya #fantasticfarah
No comments:
Post a Comment