Saturday, April 15, 2023

Tuntung

Ramai antara kita yang mungkin mengenali binatang ini. Ianya amat Low-Profile. Namanya TUNTUNG. Tuntung ni tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura. Habitat utamanya adalah di perairan air payau. Tuntung boleh hidup hingga mencecah umur 70-80 tahun. Terdapat juga rekod yang mencatatkan tuntung mampu hidup sehingga berumur 100 tahun. 

Saiznya berbeza mengikut jantina. Tuntung betina lebih besar daripada Tuntung jantan. Tuntung betina boleh membesar sehingga 50cm berbanding dengan tuntung jantan yang boleh membesar lebih kurang 40cm mengikut karapasnya.

Di antara perbezaan tuntung dengan penyu adalah ia mempunyai kaki renang yang berkuku seperti kura-kura. Ini bagi membolehkan ia berjalan di atas tanah atau pasir untuk bertelur. Tuntung mempunyai kepala yang kecil dan boleh disembunyikan di dalam karapasnya apabila diganggu.

Anak tuntung biasanya mempunyai lunas vertabrat (lunas tulang belakang) yang lebih menonjol di balik karapasnya berbanding tuntung dewasa.

Tuntung, khususnya anak tuntung amat mudah diancam oleh haiwan pemangsa seperti biawak, buaya sungai dan memerang.

Manusia juga amat menyukai telor tuntung. No comment sebab telur penyu pun aku tak makan apatah lagi telur tuntung yang amat jarang aku dengar.

Sekadar perkongsian. Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi boleh la buat research sendiri 😁

#sweetfarah #farahkaya #fantasticfarah

No comments:

Post a Comment