Sunday, April 16, 2023

Lifestyle - Hidup Di Bawah Paras Kemampuan

Dah lama sebenarnya nak bebel pasal lifestyle ni. Baru hari ni berkesempatan menulis. 

Sekarang ni ramai orang mengeluh mengenai kos sara hidup. Sudah pasti kos sara hidup akan semakin meningkat sejajar dengan keadaan ekonomi semasa. Jika 10 tahun dulu harga sekeping kuih 20 sen...mana mungkin sekarang boleh dapat harga tu.

Pada aku, jika lifestyle seseorang itu berada di atas paras kemampuan, memang la serba serbi tak cukup...malah akan berhutang keliling pinggang. Hidup pun akan berserabut sebab tak habis-habis dengan masalah kewangan.

Jika nak hidup tenang, aman dan damai...belajar la untuk hidup di bawah paras kemampuan. Ukur baju di badan sendiri.

Zaman aku dulu, mula-mula kahwin tak ada kereta pun. Lepas ada anak baru husband aku beli kereta. Kereta buruk je. Sebab tak nak berhutang kan. Sedikit demi sedikit keadaan ekonomi rumahtangga aku pun berubah sebab aku pun ada buat extra income. Duduk di kota kosmopolitan memang kos & cabaran tinggi. Kalau rasa nak senang sikit kena la rajin. Kalau malas tapi nak hidup mewah, kena la tanggung akibatnya nanti.

Banyak perkara kena jimat. Aku tak makan sangat kat luar. Kalau sesekali pergi makan pun kita orang makan kat gerai-gerai biasa je. Kalau masak kat rumah pun masak lauk biasa-biasa je. Bila nak jalan-jalan dihujung minggu, aku tak pergi ke shopping mall, aku tak bawak anak-anak aku jalan kat situ. Aku bawak dia orang pergi lake garden je. Aku tak pernah mewahkan anak-anak aku. Birthday dia orang jarang sekali aku buat majlis. Cukup sekadar ucapan dan bagi hadiah ikut kemampuan aku. Alhamdulillah, dia orang happy. Aku hantar dia orang pergi tadika pun yang biasa-biasa je.

Aku tak pakai 2 biji kereta sampai aku betul-betul mampu. Awal-awal hidup berumahtangga, pakai kereta second hand je. Tak ada pun aku beli kereta baru. Kalau ikut nafsu memang boleh meninggal kita dibuatnya. Memang prinsip hidup aku tak suka nak berhutang kecuali la kalau beli kereta & rumah. Beli rumah pun sub-sale tau. Yang penting ada rumah sendiri. Kecil pun tak apa.

Asbab dari kesabaran hidup dalam golongan B40 dan kerajinan aku mencari rezeki...cewah! Alhamdulillah ada la peningkatan. Walaupun tak ada la nak bermewah-mewah sangat tapi syukur alhamdulillah.

Aku tengok budak-budak sekarang, terlalu sangat bermewah. Baru kerja/kahwin... macam-macam dah nak dibelinya. Beli rumah yang mahal-mahal (aku tau rumah sekarang mahal tapi apa la salahnya korang beli rumah yang harga biasa-biasa dulu), kereta nak sampai 2 biji, motor lagi. Jenama kenderaan pulak tak nak yang biasa-biasa yang buatan Malaysia semua tak mau. Nak hantar anak ke tadika yang ada nama yang mahal. Bawak anak jalan-jalan di mall. Shopping kat mall yang ada kelas. Makan kat restaurant yang ada kelas. Nak pergi jalan-jalan tidur kat tempat yang ada kelas. Lepas tu bising kos sara hidup tinggi. Dah kau sendiri nak hidup bermewah-mewah melebihi dari kemampuan kau. Lepas tu hidup dipenuhi dengan hutang. Insurance untuk diri sendiri dan anak-anak tak nak ambik. Kata tak mampu. Sebenarnya bukan tak mampu tapi tak pandai nak manage. Tak tau bezakan mana keperluan mana kehendak. Saving jauh sekali. Dilebihkan pada lifestyle je. Ini la antara punca keruntuhan rumahtangga. 

Bila kita nasihat dia orang ni tak nak dengar. Ada je jawapan yang dia orang bagi. Bila aku cerita hidup aku dulu macamana baru dia orang ternganga. Ingat aku dulu terus senang ke? Aku bukan kahwin dengan orang kaya. 

Aku ni dulu sebab tak didedahkan dengan emas je. Agaknya kalau dulu dah didedahkan dengan ilmu emas...mau emas aku sekarang dah berkilo-kilo. Itu la sebabnya aku nak ajak korang dan anak-anak aku supaya simpan emas. Tapi sebelum korang simpan emas pastikan ada perlindungan Takaful dulu. Itu la sebabnya anak-anak aku ni aku ambikkan dia orang perlindungan Takaful dan aku pastikan dia orang bayar sendiri bila dah kerja. Biar dia dia orang ada commitment. Nak beli kereta aku tak bagi lagi. Cuma nak simpan emas je budak-budak ni susah sikit. Aku memang selalu bising. Tu la budak-budak sekarang.

Jadi, dengan aku korang tak payah la nak cerita pasal susah sebab aku dah lalui kesusahan tu dulu. Tapi, sebab lifestyle aku tak macam lifestyle korang sekarang. Aku tau ukur baju di badan sendiri. Aku tak akan terikut-ikut cara dia orang. Hidup je aku sampai sekarang. Makan juga. Happy pun happy. 

Lagi satu nak pesan, walaupun income kita sikit, jangan lupa untuk bersedekah. Sedekah tak perlu banyak dan sedekah tak semestinya dalam bentuk duit. Pesanan ni pun untuk aku sendiri.  

Ok, done bebel. Kalau rasa nak dapat nasihat tentang financial tentang lifestyle boleh je roger aku. Aku sedia membantu. 🥰

#farahkaya
#sweetfarah
#fantasticfarah

No comments:

Post a Comment