Friday, November 26, 2021

Harga Barang Naik

Sehari dua ni sibuk orang bercerita tentang kenaikan harga barang. Setiap group ada saja berbicara tentang itu. Tidak kurang juga di social media. Roti naik harga, sayur naik harga, ayam naik harga, telur naik harga. Semua la naik harga. Covid self test kit je yang tak naik. 

Itu la realiti kehidupan. Semua barang di pasaran akan mengalami kenaikan harga. Sejak kita dilahirkan memang harga barang akan naik. Kita tetap boleh meneruskan seperti biasa sehingga ke hari ini. Merungut pun bukan boleh buat barang tu turun harga, kita tambah stress lagi ada. Jadi, teruskan la kehidupan macam biasa, teruskan la mencari rezeki macam biasa. Lakukan la sesuatu yang boleh menambah pendapatan.

Always think positive, you will be ok. Ada masalah pun macam tak ada masalah. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


Salam Jumaat

Kita memang digalakkan bersedekah setiap hari kerana beresedekah merupakan satu amalan sunat. Apabila tiba hari Jumaat, ramai orang akan sedekah lebih dari hari-hari biasa. 

Untuk Jumaat minggu ni, mungkin korang boleh bersedekah di Maahad Tahfiz Darul Wafa' ni. Maahad ni adalah Pusat Pengajian Tahfiz Percuma  Untuk Anak Yatim & Fakir Miskin.

No Account :
Maybank - 562106688845
CIMB - 8603262814
(Maahad Tahfiz Darul Wafa')

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Madrasah ini, korang boleh hubungi Ustaz seperti di bawah :
Ustaz Fathi Naim : 0194450135
Ustaz Luqman Daud : 0145186936

Semoga sedekah kita akan memberikan pahala yang berpanjangan buat kedua ibubapa kita. 

Dan semoga di hari Jumaat yang barokah ini, segala pintu-pintu kebaikan akan terbuka luas. Kepada kaum lelaki, selamat menunaikan solat Jumaat. Solat...jangan ikut kaum hawa pergi shopping complex pulak.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya




Thursday, November 25, 2021

Mangsa Banjir Kilat

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kami, Sharifudin Dol Bahrin yang bekerja sebagai Polis Bantuan telah diuji. Rumah beliau telah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat baru-baru ini di Lembah Jaya Ampang.


Akibat dari kejadian tersebut, beliau telah mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM10,000. Segala barangan elektrik, perabut dan pakaian musnah akibat dari banjir tersebut. 

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menyalurkan terus sumbangan ke dalam akaun Maybank beliau - 164212313673 (Sharifudin Dol Bahrin). 

Hari ini hari beliau. Hari kita tak tahu bila. Bantu la sahabat kami ini. Semoga ada sedikit keprihatian dari mereka yang membaca tulisan saya ini untuk membantu beliau. Terima kasih diucapkan.


Teringat saya kisah banjir besar di Kelantan pada tahun 2014 dan pada awal tahun 2015 saya telah mengikut  team SC pergi ke sana untuk membantu apa yang patut. Bila sampai sana memang sedih. Jadi, saya boleh bayangkan keadaan dan perasaan mangsa-mangsa banjir ini. Itu la sebabnya saya menulis kejadian yang menimpa sahabat ini. Saya telah meminta kebenaran dari beliau terlebih dulu sebelum saya menulis di ruangan ini.

Tidak banyak gambar dan maklumat yang dapat saya share di sini. Yang pasti kisah ini adalah kisah benar dan baru saja berlaku.


#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya








Background Putih

Puas la aku memikir dan mengedit kenapa ada certain posting aku ada background. Baru la dapat jawapan. Rupanya itu yang aku tulis di word dulu. Lepas tu copy & paste kat sini. Makanya dia keluar la macam tu. Sekali tengok cantik pulak. Yang tak cantiknya sekejap ada background sekejap tak ada.

Tapi, waktu zaman dulu kala aku buat blog boleh je type kat word dulu pastu copy paste. Tak ada pulak jadi macam tu. Entah la. Belum 100% expert lagi buat blog ni. Janji boleh baca sudah la. What do you expect blog dari orang yang berusia 50-an kan? 🤣🤣 

Korang jangan kecam ok...sebaliknya bagi support. Thank you. Love you. ☺

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Adakah Patut Kita Meminjam Untuk Memulakan Business?

Patut ke kita meminjam untuk mulakan business?

Ini pendapat saya. Jika meminjam dengan Bank atau Institusi Kewangan, TIDAK PERLU. Jangan bebankan diri kita dengan hutang. Mulakan dengan apa yang ada dulu. Jika meminjam untuk mengembangkan business, itu mungkin boleh dipertimbangkan.

Bagaimana pula jika ingin meminjam dari kawan atau saudara-mara untuk memulakan business?

Ini lagi satu masalah. Senang cerita, kalau nak mulakan business guna je duit sendiri. Mulakan dengan apa yang ada dulu. Mulakan dengan kecil-kecilan.

Minimakan risiko modal, maksimakan ilmu dan pengalaman dalam business walaupun kena bermula dari kecil. Kumpul ilmu dan pengalaman dulu kemudian bawakan business ke tahap yang lebih tinggi mengikut kemampuan. Kebanyakan business yang berjaya, mereka bermula dari kecil-kecilan, kemudian baru membuat pinjaman dengan Bank atau Institusi Kewangan yang sah. Bila pinjaman telah diluluskan dan wang telah diperolehi, pastikan anda kembangkan business ada, bukannya dengan menukar kereta besar atau enjoy sana-sini. Kebanyakan business yang gagal juga adalah akibat dari kesilapan menggunakan duit pinjaman.

Business saya pun tidak la sebesar mana semaju mana. Tapi, saya bercakap berdasarkan pengalaman apa yang berlaku di depan mata saya. Saya sendiri memulakan business saya tanpa meminjam dari sesiapa. Dan….sampai hari ini saya belum pernah lagi meminjam dari sesiapa mahupun dari mana-mana Bank atau Institusi Kewangan.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Monday, November 22, 2021

Pengasas IKEA

Saya petik tulisan ini dari Mohd Ariff. Terima kasih Mohd Ariff. Semoga kita sama-sama dapat mengambil pengajaran dari kisah ini.

Ini yang kita boleh belajar dari pengasas IKEA, Ingvar Kamprad.

1. Beliau hidup sebagai petani yang memiliki kebun dan ladang di sebuah pedalaman Sweeden, ibunya berasal dari Sweeden namun ayahnya dari Jerman. Nama Kamprad itu bermaksud Comrade. 

2. Kehidupannya nampak seperti ok kerana mempunyai ladang dan kebun, namun ianya banyak masalah kerana terletak di kawasan pedalaman. Untuk menampung hidup, beliau meneruskan menjual mancis dari umur 5 tahun lagi. 

3. Ingvad lahir sebagai anak yang mempunyai masalah Dyslexia. Selalu dimarahi dan sering sahaja diejek kerana ketidakupaya yang beliau hadapi. Sehinggakan sesi persekolahannya tidak sebaik orang lain. Namun beliau kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang ringkas seperti menyusun perabot di ruang tamu, susun sisih di dapur. 

4. Beliau memberanikan diri membuat pinjaman kecil untuk cuba mendirikan bisnes perabut yang ringkas untuk kawasannya.

5. Kemudiannya diboikot dan dikempen oleh pesaing kerana perabot beliau agak simple dan dijual dengan harga murah.

6. Boikot terhadap beliau gagal kerana beliau langsung tidak mempedulikan itu semua. Fokus dan terus menghasilkan produknya. 

7. Semasa umurnya 17 tahun (tahun 1943), beliau mengetengahkan sebuah rekaan dapur dan kemudiannya menubuhkan IKEA. Ia adalah singkatan dari Ingvad Kamprad, Elmtaryd (nama kampung kelahirannya)  dan Agunnaryd (nama kampung dia membesar).

8. Ingvad terus fokus menghasilkan lebih banyak design dan mengumpulkan para designer untuk menghasilkan produk yang mudah dipasang, kemas dan tahan lama.

9. Kesemua rekaannya mesti: bagus untuk ruang, selesa, selamat dan mempunyai daya unik mengikut peredaran zaman. Asasnya ialah mereka fokus menghasilkan produk mengikut era dan manusia yang akan hidup pada tahun tersebut. 

10. Hari ini, IKEA mempunyai lebih 310 cawangan di seluruh dunia. 

Begitulah. Semoga kita juga dapat belajar sesuatu.

Biar pun punya kekurangan tapi kerana usaha yang tak kenal erti putus asa, hasilnya mampu memberi màafaat kepada seluruh dunia.

Sekadar hanya menyebarkan ilmu
Tiada lain hanya memberi peringatan

Ikhlas dari hati,
MAJ

Sumber inspirasi oleh
Tuan Khairul Hakimin Muhammad



Peringatan Untuk Diri Sendiri

Biarlah orang tak nampak kerja yang kita buat tapi Allah nampak.

Biarlah orang tak nampak usaha kita tapi Allah nampak.

Kita buat semua ni untuk Allah kan? Bukan untuk manusia. Jadi, tak perlu nak bersedih atau rasa kecewa bila orang tak nampak atau tak hargai.

Biar orang nampak product kita macam tak laku.
Ah! Letih la, setiap kali bungkus barang, setiap kali pos barang nak kena beritahu satu dunia. Setiap kali orang order nak kena update. Banyak lagi kerja lain nak buat.

Tidak bermakna bila product kita tak laku keras kita tak berjaya. Berjaya bagi sesetengah orang itu bila businessnya dikenali ramai, ada banyak harta, banyak asset, banyak saving, emas berkepuk-kepuk dsb. Bagi sesetengah orang pula, berjaya itu bila dia dah mampu memberi kepada yang memerlukan atau mungkin dengan ada sebiji rumah, sebiji kereta, seketul emas, satu Sijil Takaful. Mungkin juga ada yang kata dia berjaya itu bila dia dah hafal 10 juzuk Al-Quran.

Biarlahlah orang nampak income atau gaji kita kecil. Asalkan kita tidak meminta-minta mengharapkan bantuan orang lain dan hidup kita tidak dibebani hutang.

Tidak bermakna bila yearly assessment kita tak bagus, kita itu memang tidak bagus. Itu semua dunia. Dunia yang penuh dengan birokrasi.

Oleh itu, jangan pandang orang yang berkereta dan berumah kecil itu belum berjaya atau tidak berjaya. Ikut la citarasa masing-masing.

Sebanyak mana pun harta dan duit kita...hidup biarlah sederhana. Sekaya mana pun kita, setinggi mana pun darjat or pangkat kita....ingatlah, masa kita lahir semua sama...tidak berbaju, makan minum kita disuap. Masa kita mati nanti pun sama, dibalut dengan kain kafan berwarna putih.

Bersederhanalah dalam hidup. Tidak perlu bermegah dan menunjuk-nunjuk. Tidak perlu sombong. Hormati mereka yang susah, yang miskin, yang tidak mampu. Selami hati mereka. Fahami jiwa mereka. Janganlah terlalu berkira dengan orang yang berada di level bawahan.

Buatlah sesuatu untuk mendapat redha Allah, bukan redha manusia. Pasti hidup kita akan lebih tenang dan bahagia.

#fantasticfarah                       
#sweetfarah
#farahkaya

Sunday, November 21, 2021

Mobile Spa

Sejak MCO 2.0 (ye ke 2.0?...yang sebelum puasa hari tu MCO berapa?)....haaa sejak tu la...sejak tu...ni kali ke-2 saya pergi mengurut di rumah customer. Kali ni buat facial sekali. Customer ni awal-awal dah book, dia kata bila dah start buat dia nak jadi orang yang first. Tapi saya dah derhaka. Nasib baik dia ampunkan saya.

Seperti  biasa, saya kalau pergi rumah regular customer, saya akan bawa products jualan saya. Kali ni customer ni beli 1 je. Alhamdulillah. Tapi, dia dah terus book untuk next month punya slot dah order siap-siap barang yang dia nak. Malah, ada juga dia minta tolong saya belikan barang-barang yang dia nak.

Saya memang tak pernah berkira dengan customer ni sebab dia pun tak pernah berkira dengan saya. Syukur alhamdulillah kerana Allah berikan saya customer yang baik-baik dah yang selalu support saya.

#fantasticfarah
#farahkaya
#sweetfarah

Monday, November 15, 2021

Gel Mandian

Siapa suka bau Aqua dan Lavender?

Famille Body Wash tampil dengan 2 bauan itu. Famille Body Wash ni buatan Malaysia dan dimiliki oleh Bumiputera. Mengandungi ekstrak herba dan formulasi khas pelembut kulit kompleks. Gunakan setiap kali lepas mandi...mandi at least 1 hari 2x kan? Pasti kulit korang akan jadi lembut dan halus. Baunya yang harum memang memikat sesiapa je. Eh! 😁

Korang memang kena try Famille Body Wash. Kata nak support local business, local product, nak support SME....ini lah masanya.

Famille Body Wash ni memang menjimatkan. Pakai sikit je dah banyak buih. Bukan la buih dia macam buih sabuh korang basuh baju tu atau buih dalam bath-tub tu. Lagi best dia tak melekit. Memang rasa segar je lepas mandi dengan Famille Body Wash ni. Harga dia pun berpatutan sangat. 1 botol 800ml...harganya cuma RM21.90 je. Kalau beli 2 lagi murah, RM40.00.

Saya dulu tak suka bau Lavender apatah lagi Aqua sebab saya rasa Aqua tu macam sesuai untuk lelaki. Sekali, dua-dua saya suka. Habis Aqua tukar Lavender...habis Lavender tukar Aqua. Nasib baik ada 2 bau je, kalau ta mau semua saya try 😄

So, korang kalau nak beli, boleh beli kat shopee. 

Atau, korang boleh whatsapp (sebab bukan semua orang ada shopee kan) wasap.my/601165547454
Kalau nak jadi dropship pun boleh.

#fantasticfarah
#farahkaya
#sweetfarah


Sunday, November 14, 2021

Kerja Kosong Lagi....

Haaa...ni ada satu lagi kerja kosong. Nampak tak betapa banyaknya kerja kosong kat Malaysia ni.

Satu Restoran yang diberi nama Korean Chicken & Tea akan dibuka tidak lama lagi di SS15, Subang Jaya. 

Mereka memerlukan OUTLET CREWS dengan gaji bermula dari RM1,450. Ikut pengalaman korang la kan. Ada pengalaman boleh la demand extra. 😁

Mereka offer benefit yang menarik iaitu  Transport Allowance, Annual Leave, EPF &  SOCSO. Ada overtime & hostel provided lagi.
Insurance? So far belum lagi. Nanti sis offer mereka ambik Takaful dengan sis. Tak pun korang je ambik terus dengan sis. 😊😍

Restoran mereka juga berdekatan dengan LRT station. Yang tak nak duduk hostel, tak ada isu pasal transport.

Bagi yang berminat, boleh terus whatsapp Asraf

#fantasticfarah
#farahkaya
#sweetfarah 

Saturday, November 13, 2021

Tahniah!!

 


Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr. Mohd Daud Bakar atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa kepada gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada hari ini, 13 November 2021.

Sebagai Gold Manager KAB Gold saya turut merasa bangga & gembira di atas pengurniaan Darjah Kebesaran yang diberikan kepada Datuk Dr Daud Bakar yang merupakan Chairman KAB Goldynamics Sdn Bhd. 

Tahniah sekali lagi....🌹🌹🌹

#sweetfarah
#fantasticfarah
#farahkaya
#goldmanager

Jawatan Kosong

Anda berminat dibidang sales? 

Anda bercita-cita untuk menjadi seorang trainer?

Terdapat jawatan kosong di syarikat Irfan Khairi Sdn Bhd, di Oval Damansara seperti berikut :

1. Pembantu Pelatih Pengajar (3 kekosongan)

2. Sales Team (2 kekosongan)

Sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi seorang trainer dan inginkan platfom permulaan untuk mengasah bakat, anda digalakkan untuk memohon. Tiada sebarang pengalaman atau sijil tidak mengapa kerana latihan dan bimbingan akan diberikan. Namun begitu, pengetahuan dalam internet dan minat untuk mengajar diberi keutamaan.

Bagi yang beminat dalam bidang sales, pengalaman & sijil juga tidak diperlukan. Yang penting anda mempunyai minat, mesra dan peramah akan diberi keutamaan. 

Banyak manfaat dalam menyertai team IK yang semakin berkembang ni. Jenama pusat latihannya dikenali di Malaysia.

Syarat kelayakan:
✔️Umur : 20-30 tahun
✔️Latihan sebagai trainer dan sales akan diberikan
✔️Kerja keras, sedia menerima arahan dan boleh bekerja berkumpulan
✔️Gaji permulaan (basic) antara RM1,500 - RM2,000

Jika anda berminat anda boleh email RESUME/CV anda dengan segera ke info@rahsiainternet.com

Jangan lagi mengadu tak ada kerja pulak. Kat Malaysia ni banyak kerja sebenarnya. Rajin dengan tak rajin je. Kalau orang asing boleh hidup senang di negara kita, kenapa tidak kita. Jangan merempat di bumi sendiri. 

Untung sapa dapat kerja dengan syarikat IK ni. Tak caya cuba kerja dengan mereka. 

#sweetfarah
#farahkaya
#fantasticfarah 








Thursday, November 11, 2021

Bagaimana Syariah Berhubung Kait Dengan Takaful

Nak tahu bagaimana syariah berhubung kait dengan Takaful?

Bagi membangunkan Budaya Syariah, Ahli Jawatankuasa Syariah Etiqa telah menjelaskannya dalam 4 video pendek di youtube channel seperti di bawah. Click saja di setiap tajuk.

Akad Dalam Takaful

Takaful Melawan Qada' dan Qadar

Takaful Konsep Tabarru'

Maqasid Syariah

Selamat menonton dan semoga ianya memberikan ilmu yang bermanfaat buat semua.

Follow sini untuk mengetahui lebih banyak berkenaan Takaful.

#fantasticfarah
#farahkaya
#sweetfarah

Kata-Kata Hikmah Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum!

Hari ni nak kongsi sebahagian dari kata-kata hikmah Imam Al-Ghazali. 

❤Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.

❤Pati ilmu yang sebenarnya ialah mengetahui sedalam-dalamnya apa arti taat dan ibadat.

❤Maafkanlah temanmu yang sedang berbuat kesalahan dan jangan sesekali mencelanya.

❤Doakanlah temanmu, selagi dia hidup maupun sesudah dia meninggal dunia.

❤Kata-kata yang lembut dapat melunakkan hati yang lebih kera dari batu. Kata-kata yang kasar akan mengeraskan hati yang lembut dari sutera.

❤Kebahagiaan adalah ketika seseorang mampu menguasai nafsunya, sementara kesengsaraan adalah ketika seseorang dikuasai oleh nafsunya.

❤Barangsiapa mengeluhkan perangai buruk orang lain, bererti dia telah mengungkapkan keburukan sikapnya sendiri

❤Jangan berteman dengan teman yang hanya ada ketika kita sihat atau kaya, kerana teman seperti itu sungguh berbahaya sekali bagi kamu di belakang hari.

Semoga dapat kita renung-renungkan dan mengamalkannya. Kata-kata hikmah yang sangat positif dan saya kira jika kita mengamalkannya pasti hidup kita akan sentiasa tenang dan bahagia.

#sweetfarah
#farahkaya
#fantasticfarah

Wednesday, November 10, 2021

Hukum Membeli Emas Secara Ansuran

Hukum Membeli Emas Secara Ansuran
Emas Atau Barang Kemas

[Credit to Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan]

Itulah sebabnya di KAB Gold ditegaskan tiada sistem ansuran atau EPP.

Alhamdulillah, KAB Gold berada di landasan yang betul dengan adanya 3 Ahli Syariah termasuk CEO KAB Gold itu sendiri iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Ustaz Khairul Anuar Basri dan Dr Ahmad Sufian Che Abdullah. [untuk kesahihan, boleh cari sendiri details peribadi mereka. hangpa cari la sendiri..sat lagi aku tulis hangpa kata "memang la hang cakap macam tu sebab hang pun join KAB Gold"]

Dengan mengamalkan Patuh Syariah Perintkat Tertinggi, In Shaa Allah tiada unsur shubhah dalam sistem jual beli di KAB Gold.

Ingat Emas Segalanya Di KAB Gold 

#sweetfarah
#farahkaya
#fantasticfarah
#KABGold



Kebaikan Sauna Pada Tubuh Badan Kita

 


Kebaikan sauna pada tubuh badan kita adalah seperti berikut :

MENGURANGKAN STRESS - haba dari sauna boleh mengurangkan ketegangan otot & merangsang penghasilan endorfin. 

KULIT YANG SIHAT & CANTIK - sewaktu bersauna aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan nutrien di bawah lapisan kulit & permukaan tisu kulit. Hasilnya kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur. [untuk mendapatkan kulit yang halus, lembut & cantik berseri, sebaiknya bersaunalah dengan madu]

MENYINGKIRKAN TOKSID - haba dari sauna dapat menyingkirkan toksid yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari badan kita terdedah dengan makanan dan persekitaran yang dipenuhi toksid. Dengan bersauna, ianya dapat membantu mengeluarkan toksid dalam badan kita.

MEMBAKAR KALORI & LEMAK - proses berpeluh menggunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi dari penukaran lemak & karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori & lemak.

Bagi kaum wanita, dengan bersauna tangas (mini sauna) dengan menambahkan herba ke dalam sauna/tangas tersebut akan mendapat kelebihan tambahan seperti berikut :
  • mengurangkan keputihan
  • menghilangkan kegatalan & fungus pada faraj
  • menjaga bahagian dalaman
  • membantu menaikkan peranakan/rahim
Untuk mendapatkan kesan yang baik, bersaunalah antara 15-30 minit. Ingat! Bersauna tidak boleh melebihi dari 30 minit kerana ianya boleh menjadikan anda dehyrdrated. Sauna juga tidak boleh dilakukan setiap hari. Namun begitu, jika anda melakukan sauna tangas, ianya boleh dilakukan 3x seminggu. Lihatlah hasilnya...pasti menakjubkan.

Bersauna tangas tidak sesuai digunakan oleh kaum lelaki.

Dapat sesuatu? Kongsikan jika anda rasa article ini memberi manfaat. 

Anda boleh lakukan sendiri sauna ini di rumah. Atau, jika anda rajin anda boleh pergi di mana-mana Pusat Spa yang berdekatan dengan rumah anda. Saya pun dah lama tak buat sauna. Walaupun ada complete set sauna tapi masa yang mencemburui saya. Lihat set mini sauna saya seperti di atas.

#sweetfarah
#farahkaya
#fantasticfarah
#kebaikansauna 


Permulaan Yang Baru

Assalamualaikum,

Setelah difikir-fikirkan berjuta kali dan setelah banyak ilmu yang dicedok dan dipelajari, aku mengambil keputusan untuk menjadi penulis blog semula seperti dulu kala.

Blog lama telah banyak aku delete. Password pun dah lupa. Kemudian buat blog baru berkisar tentang business tentang menjual product. Entah berapa banyak blog. Banyak sangat mana la boleh nak maintain.

Berjumpa semula. Harap sudi baca blog aku kali ni....hehehe.

Salam Kasih Sayang


#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya