Friday, November 26, 2021

Harga Barang Naik

Sehari dua ni sibuk orang bercerita tentang kenaikan harga barang. Setiap group ada saja berbicara tentang itu. Tidak kurang juga di social media. Roti naik harga, sayur naik harga, ayam naik harga, telur naik harga. Semua la naik harga. Covid self test kit je yang tak naik. 

Itu la realiti kehidupan. Semua barang di pasaran akan mengalami kenaikan harga. Sejak kita dilahirkan memang harga barang akan naik. Kita tetap boleh meneruskan seperti biasa sehingga ke hari ini. Merungut pun bukan boleh buat barang tu turun harga, kita tambah stress lagi ada. Jadi, teruskan la kehidupan macam biasa, teruskan la mencari rezeki macam biasa. Lakukan la sesuatu yang boleh menambah pendapatan.

Always think positive, you will be ok. Ada masalah pun macam tak ada masalah. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


Salam Jumaat

Kita memang digalakkan bersedekah setiap hari kerana beresedekah merupakan satu amalan sunat. Apabila tiba hari Jumaat, ramai orang akan sedekah lebih dari hari-hari biasa. 

Untuk Jumaat minggu ni, mungkin korang boleh bersedekah di Maahad Tahfiz Darul Wafa' ni. Maahad ni adalah Pusat Pengajian Tahfiz Percuma  Untuk Anak Yatim & Fakir Miskin.

No Account :
Maybank - 562106688845
CIMB - 8603262814
(Maahad Tahfiz Darul Wafa')

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Madrasah ini, korang boleh hubungi Ustaz seperti di bawah :
Ustaz Fathi Naim : 0194450135
Ustaz Luqman Daud : 0145186936

Semoga sedekah kita akan memberikan pahala yang berpanjangan buat kedua ibubapa kita. 

Dan semoga di hari Jumaat yang barokah ini, segala pintu-pintu kebaikan akan terbuka luas. Kepada kaum lelaki, selamat menunaikan solat Jumaat. Solat...jangan ikut kaum hawa pergi shopping complex pulak.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya




Thursday, November 25, 2021

Mangsa Banjir Kilat

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kami, Sharifudin Dol Bahrin yang bekerja sebagai Polis Bantuan telah diuji. Rumah beliau telah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat baru-baru ini di Lembah Jaya Ampang.


Akibat dari kejadian tersebut, beliau telah mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM10,000. Segala barangan elektrik, perabut dan pakaian musnah akibat dari banjir tersebut. 

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menyalurkan terus sumbangan ke dalam akaun Maybank beliau - 164212313673 (Sharifudin Dol Bahrin). 

Hari ini hari beliau. Hari kita tak tahu bila. Bantu la sahabat kami ini. Semoga ada sedikit keprihatian dari mereka yang membaca tulisan saya ini untuk membantu beliau. Terima kasih diucapkan.


Teringat saya kisah banjir besar di Kelantan pada tahun 2014 dan pada awal tahun 2015 saya telah mengikut  team SC pergi ke sana untuk membantu apa yang patut. Bila sampai sana memang sedih. Jadi, saya boleh bayangkan keadaan dan perasaan mangsa-mangsa banjir ini. Itu la sebabnya saya menulis kejadian yang menimpa sahabat ini. Saya telah meminta kebenaran dari beliau terlebih dulu sebelum saya menulis di ruangan ini.

Tidak banyak gambar dan maklumat yang dapat saya share di sini. Yang pasti kisah ini adalah kisah benar dan baru saja berlaku.


#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya








Background Putih

Puas la aku memikir dan mengedit kenapa ada certain posting aku ada background. Baru la dapat jawapan. Rupanya itu yang aku tulis di word dulu. Lepas tu copy & paste kat sini. Makanya dia keluar la macam tu. Sekali tengok cantik pulak. Yang tak cantiknya sekejap ada background sekejap tak ada.

Tapi, waktu zaman dulu kala aku buat blog boleh je type kat word dulu pastu copy paste. Tak ada pulak jadi macam tu. Entah la. Belum 100% expert lagi buat blog ni. Janji boleh baca sudah la. What do you expect blog dari orang yang berusia 50-an kan? 🤣🤣 

Korang jangan kecam ok...sebaliknya bagi support. Thank you. Love you. ☺

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Adakah Patut Kita Meminjam Untuk Memulakan Business?

Patut ke kita meminjam untuk mulakan business?

Ini pendapat saya. Jika meminjam dengan Bank atau Institusi Kewangan, TIDAK PERLU. Jangan bebankan diri kita dengan hutang. Mulakan dengan apa yang ada dulu. Jika meminjam untuk mengembangkan business, itu mungkin boleh dipertimbangkan.

Bagaimana pula jika ingin meminjam dari kawan atau saudara-mara untuk memulakan business?

Ini lagi satu masalah. Senang cerita, kalau nak mulakan business guna je duit sendiri. Mulakan dengan apa yang ada dulu. Mulakan dengan kecil-kecilan.

Minimakan risiko modal, maksimakan ilmu dan pengalaman dalam business walaupun kena bermula dari kecil. Kumpul ilmu dan pengalaman dulu kemudian bawakan business ke tahap yang lebih tinggi mengikut kemampuan. Kebanyakan business yang berjaya, mereka bermula dari kecil-kecilan, kemudian baru membuat pinjaman dengan Bank atau Institusi Kewangan yang sah. Bila pinjaman telah diluluskan dan wang telah diperolehi, pastikan anda kembangkan business ada, bukannya dengan menukar kereta besar atau enjoy sana-sini. Kebanyakan business yang gagal juga adalah akibat dari kesilapan menggunakan duit pinjaman.

Business saya pun tidak la sebesar mana semaju mana. Tapi, saya bercakap berdasarkan pengalaman apa yang berlaku di depan mata saya. Saya sendiri memulakan business saya tanpa meminjam dari sesiapa. Dan….sampai hari ini saya belum pernah lagi meminjam dari sesiapa mahupun dari mana-mana Bank atau Institusi Kewangan.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Monday, November 22, 2021

Pengasas IKEA

Saya petik tulisan ini dari Mohd Ariff. Terima kasih Mohd Ariff. Semoga kita sama-sama dapat mengambil pengajaran dari kisah ini.

Ini yang kita boleh belajar dari pengasas IKEA, Ingvar Kamprad.

1. Beliau hidup sebagai petani yang memiliki kebun dan ladang di sebuah pedalaman Sweeden, ibunya berasal dari Sweeden namun ayahnya dari Jerman. Nama Kamprad itu bermaksud Comrade. 

2. Kehidupannya nampak seperti ok kerana mempunyai ladang dan kebun, namun ianya banyak masalah kerana terletak di kawasan pedalaman. Untuk menampung hidup, beliau meneruskan menjual mancis dari umur 5 tahun lagi. 

3. Ingvad lahir sebagai anak yang mempunyai masalah Dyslexia. Selalu dimarahi dan sering sahaja diejek kerana ketidakupaya yang beliau hadapi. Sehinggakan sesi persekolahannya tidak sebaik orang lain. Namun beliau kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang ringkas seperti menyusun perabot di ruang tamu, susun sisih di dapur. 

4. Beliau memberanikan diri membuat pinjaman kecil untuk cuba mendirikan bisnes perabut yang ringkas untuk kawasannya.

5. Kemudiannya diboikot dan dikempen oleh pesaing kerana perabot beliau agak simple dan dijual dengan harga murah.

6. Boikot terhadap beliau gagal kerana beliau langsung tidak mempedulikan itu semua. Fokus dan terus menghasilkan produknya. 

7. Semasa umurnya 17 tahun (tahun 1943), beliau mengetengahkan sebuah rekaan dapur dan kemudiannya menubuhkan IKEA. Ia adalah singkatan dari Ingvad Kamprad, Elmtaryd (nama kampung kelahirannya)  dan Agunnaryd (nama kampung dia membesar).

8. Ingvad terus fokus menghasilkan lebih banyak design dan mengumpulkan para designer untuk menghasilkan produk yang mudah dipasang, kemas dan tahan lama.

9. Kesemua rekaannya mesti: bagus untuk ruang, selesa, selamat dan mempunyai daya unik mengikut peredaran zaman. Asasnya ialah mereka fokus menghasilkan produk mengikut era dan manusia yang akan hidup pada tahun tersebut. 

10. Hari ini, IKEA mempunyai lebih 310 cawangan di seluruh dunia. 

Begitulah. Semoga kita juga dapat belajar sesuatu.

Biar pun punya kekurangan tapi kerana usaha yang tak kenal erti putus asa, hasilnya mampu memberi màafaat kepada seluruh dunia.

Sekadar hanya menyebarkan ilmu
Tiada lain hanya memberi peringatan

Ikhlas dari hati,
MAJ

Sumber inspirasi oleh
Tuan Khairul Hakimin Muhammad



Peringatan Untuk Diri Sendiri

Biarlah orang tak nampak kerja yang kita buat tapi Allah nampak.

Biarlah orang tak nampak usaha kita tapi Allah nampak.

Kita buat semua ni untuk Allah kan? Bukan untuk manusia. Jadi, tak perlu nak bersedih atau rasa kecewa bila orang tak nampak atau tak hargai.

Biar orang nampak product kita macam tak laku.
Ah! Letih la, setiap kali bungkus barang, setiap kali pos barang nak kena beritahu satu dunia. Setiap kali orang order nak kena update. Banyak lagi kerja lain nak buat.

Tidak bermakna bila product kita tak laku keras kita tak berjaya. Berjaya bagi sesetengah orang itu bila businessnya dikenali ramai, ada banyak harta, banyak asset, banyak saving, emas berkepuk-kepuk dsb. Bagi sesetengah orang pula, berjaya itu bila dia dah mampu memberi kepada yang memerlukan atau mungkin dengan ada sebiji rumah, sebiji kereta, seketul emas, satu Sijil Takaful. Mungkin juga ada yang kata dia berjaya itu bila dia dah hafal 10 juzuk Al-Quran.

Biarlahlah orang nampak income atau gaji kita kecil. Asalkan kita tidak meminta-minta mengharapkan bantuan orang lain dan hidup kita tidak dibebani hutang.

Tidak bermakna bila yearly assessment kita tak bagus, kita itu memang tidak bagus. Itu semua dunia. Dunia yang penuh dengan birokrasi.

Oleh itu, jangan pandang orang yang berkereta dan berumah kecil itu belum berjaya atau tidak berjaya. Ikut la citarasa masing-masing.

Sebanyak mana pun harta dan duit kita...hidup biarlah sederhana. Sekaya mana pun kita, setinggi mana pun darjat or pangkat kita....ingatlah, masa kita lahir semua sama...tidak berbaju, makan minum kita disuap. Masa kita mati nanti pun sama, dibalut dengan kain kafan berwarna putih.

Bersederhanalah dalam hidup. Tidak perlu bermegah dan menunjuk-nunjuk. Tidak perlu sombong. Hormati mereka yang susah, yang miskin, yang tidak mampu. Selami hati mereka. Fahami jiwa mereka. Janganlah terlalu berkira dengan orang yang berada di level bawahan.

Buatlah sesuatu untuk mendapat redha Allah, bukan redha manusia. Pasti hidup kita akan lebih tenang dan bahagia.

#fantasticfarah                       
#sweetfarah
#farahkaya