Tuesday, January 7, 2025

NOTA EMAS 4/25

Nak kaya & berjaya dengan emas ni mudah je.

Langkah pertama - Mula membeli emas. Beli ikut kemampuan atau berdasarkan berapa sasaran simpanan tunai yang mahu dicipta setiap bulan.

Sebagai contoh: jika kita biasa menyimpan RM500 sebulan, maka jumlah itulah yang diguna untuk membeli emas.

Langkah kedua - consistent membeli setiap bulan. Amalan yang baik perlu kepada istiqomah. Barulah kesannya akan dapat dirasa dikemudian hari.

Emas tidak akan bertambah dengan sendiri. Ia perlu dibeli & ditambah gram pada setiap masa secara consistent.

Jika ada duit lebih, selamatkan terlebih dahulu dengan membeli emas. Jangan dibelanjakan pada perkara yang tidak perlu.

Ingat!
Langkah pertama adalah langkah yang paling sukar. Langkah kedua pula ialah langkah kejayaan.

Mulakan bertindak dengan segera. Tiada langkah yang akan menjadi sukar. Selepas itu baru la akan mula terasa manisnya menyimpan emas.

Ikuti saya di platform lain di sini.

Credit: KAB

#PembimbingEmasPalingSweet
#PembimbingSimpananEmas
#NotaEmas
#KABGold

Sunday, January 5, 2025

NOTA EMAS 3/25



Emas sangat berbeza dengan tunai, saham, crypto, hartanah dsb. Emas ialah harta sebenar yang didasarkan kepada asset fizikal.


Apabila semua harta-harta lain mengalami kemerosotan dari sudut nilai, para pelabur akan kembali kepada emas. Ia disebut sebagai safe heaven investment.


Harta-harta lain boleh turun harga kepada nilai kosong atau negatif. Tetapi emas tidak begitu. Emas takkan turun nilai kepada kosong, apatah lagi negatif.


Jika harga emas naik, kekayaan kita akan meningkat walaupun gram yang kita miliki adalah sama.


Jika harga emas turun, gram emas kita tidak berkurang walau sedikit pun.


Harga emas naik dan turun secara jangka pendek. Tetapi ia sentiasa naik secara jangka panjang.


Bayangkan, pada awal tahun 2000, harga emas kurang daripada RM100 segram. Tetapi, selepas 25 tahun (tahun 2025) harga emas sudah memecah RM400 segram.


Emas memang best ๐Ÿ‘


Ikuti saya di platform lain di sini 


Credit: KAB


#PembimbingEmasPalingSweet

#PembimbingSimpananEmas

#NotaEmas

#KABGold

Walimatulurus 1/2025

Sabtu, 4 January 2025

Undangan majlis walimatulurus pertama di tahun 2025 dari client aku. Anak dia yang kahwin. Dia dan anak-anak ambik Takaful dengan aku. Sejak suami dia meninggal, insurance kereta pun dia ambik dengan aku. Memang bila dapat undangan ni, aku terus block calendar aku. Mesti kena pergi. Majlis ni diadakan di Awan Space Garden Hall, Wangsa 118, Wangsa Maju. Dekat je dengan rumah aku.


Tahniah! Kak Aziah dapat menantu ke-2. Menantu pertama dulu pun aku datang gak. Ada gak kenangan gambar aku & dia. Masa anak 1st dulu, tak dan nak bergambar sebab aku tengok dia busy melayan tetamu. Lawa Kak Aziah dah kena make-up. Aku hampir tak kenal.


Ahad, 5 January 2025

Undangan ke-2 walimatulurus. Ni anak kawan office pulak, Mutalib. Dia dah pencen. Venue ni pun dekat dengan rumah aku, Kampung Pengantin The Gabion Garden Hall, Setapak. Asalnya dia jemput dalam group. Biasa kalau jemputan dalam group ni aku 50-50 nak pergi. Tapi, sebab Mutalib pm, aku kena la pergi. Teringat Ustaz pernah beritahu yang jemputan kahwin wajib kita penuhi kecuali jika ada halangan yang kita tak dapat datang.

Bersama bapak pengantin 

Tahniah pada Mutalib & isteri kerana dapat menantu.

Macam biasa, bila staff or ex-staff SC yang punya majlis, pasti akan jadi macam reunion. Cuma, kali ni aku jumpa macam tak ramai. Mungkin aku yang datang awal atau mereka yang datang lewat. Ini je la gambar yang ada.

Gambar candid by my husband ๐Ÿ˜‚


Lama tak jumpa Mazlin







Sabtu, 11 January 2025



Majlis walimatulurus anak Nazrul dengan arwah Murni. Tak sangka betul si Hafiz ni dah kahwin. Rasanya sebanyak anak aku SI baby ataupun dia muda setahun. Awal jodohnya.

Macam biasa la bila majlis walimatulurus kawan-kawan office ni dia akan jadi macam majlis reunion ๐Ÿ˜€.





Majlis buat di D' Intan Crystal Grand Ballroom, 8Trium Tower, Bandar Seri Damansara. Level bawah tu Decathlon. Lepas makan & jumpa kawan-kawan aku ajak hubby cari barang kat situ.

Bila balik rumah kawan aku call, Lepas aku balik tu ada lagi ramai yang datang. Si Jani yang kata nak balik awal nak pergi sign agreement terus tak jadi. 

Tapi tu la, sedih pulak tak dapat jumpa dia orang. Yang datang tu pulak, ramai kawan-kawan yang dah lama sangat tak jumpa. Tak Ada rezeki. Tunggu anak aku atau anak dia orang kahwin je la nanti. Entah bila tahun tak tau la. Entah panjang umur entahkan tidal ๐Ÿ˜„.

Simpan sini kisah & gambar untuk kenangan. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


Saturday, January 4, 2025

Pertemuan Santai Tahun Baru 2025

Alhamdulillah, hari ini, 4 January 2025, selepas selesai menghadiri majlis walimatulurus, aku pergi ke majlis pertemuan santai Synergy Biz Club (SBC).



Antara ahli SBC yang hadir 

Dah lama aku tak hadir program SBC ni.  Hari ini aku paksa hadir sebab ramai lagi member dalam SBC yang aku tak kenal. Lagi pun segan dengan Puan President yang message aku personally. Program ni buat di Villa Bukit Gasing and itinerary dia adalah:

๐Ÿ’•Sembang Santai & Jamuan
๐Ÿ’• Cookies Testing (al-maklum dah nak puasa)
๐Ÿ’•Solat Asar
๐Ÿ’•Bacaan Yasin & Doa Selamat 
๐Ÿ’•Group Photo



Antara menu menarik


Bila aku sampai kat Villa tu dan tau ceritanya, Masha-Allah. Villa tu besar sangat. Ada swimming pool, ada tempat memanah, ada bilik karaoke, ada ruang solat/kuliah, size bilik dia macam size rumah aku. Aku lupa ada berapa bilik keseluruhan rumah tu. Yang aku ingat 5 bilik saja yang dibenarkan untuk digunakan oleh pelanggan mereka. 

Share sikit suasana di Villa ๐Ÿ˜Š

Puan President kata asalnya yang tinggal kat rumah tu 2 orang je (husband and wife). Ya! Allah...rumah sebesar-besar alam duduk berdua je? Bila suatu hari si isteri cakap dengan suami "apa kita nak jawab dengan Allah kat sana nanti, rumah besar ni kita duduk berdua je" Lalu, si suami pun jadi takut dan dia manfaatkan la villa besar tu dan menjadikannya homestay. 

Puan President, Kak Shikin sedang berucap

Owner buka cafe di level Ground Floor. So, kalau ada guests, mereka boleh guna khidmat cafe tu atau mereka boleh memilih untuk masak sendiri. Owner juga masih stay di situ. So, ada la beberapa bilik yang masih digunakan oleh owner, which is pada aku elok la sebab owner duduk situ. If anything nak apa-apa, owner ada depan mata.



Rumah sebesar-besar alam tu sewa dia RM1500 je semalam. Villa tu aku kira sesuai untuk big family yang nak buat family day. Boleh buat activity bakar-membakar di tepi pool, boleh karaoke, bole memanah. Kalau company nak buat seminar pun aku rasa sesuai. Eeee..rasa macam nak buat family gathering la kat situ. ๐Ÿ˜ Budak-budak suka la kalau ada swimming pool ni. Kat sini, haa korang berendam la sampai kecut. Kalau kat hotel ada time dia yang boleh mandi. 


Overall, program ni memang best. Dapat kenal antara satu sama lain & merapatkan hubungan ukhuwah sesama kami dan juga bertukar fikiran serta sharing business masing-masing. Ramai usahawan dalam SBC ni. Ada ramai lagi yang tak dapat hadir. Aku lebih suka support usahawan yang baru nak mula ni. Kalau bukan kita siapa lagi yang nak support mereka.


Antara program kami - solat asar berjemaah & baca yasin


Aku join SBC ni sebab dulu aku ada own products (coffee & body wash) tapi dah stop. Hangat-hangat taik ayam je ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Sebenarnya aku ada alasan tersendiri kenapa aku stop walaupun itu la sebenarnya cita-cita aku. 

Kadang-kadang, tak semestinya kita boleh berjaya buat apa yang kita suka. Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Kini, aku focus business Takaful & Emas je. Alhamdulillah, business yang banyak membantu orang. Sebelum ni macam-macam business dah aku buat. Business menjual-jual aku dah tak sebab aku dah letih menghadap orang yang suka hutang. Aku senang dan tenang buat business Takaful dan Emas ni. Business Takaful dah nak masuk tahun ke-12 manakala business Emas dah nak masuk tahun ke-4.

Ini la owner Villa - yang nampak kepala je tu

Semoga semua usahawan SBC akan terus maju dan cemerlang.

Sampai kita jumpa lagi di lain event. 
SELAMAT TAHUN BARU 2025.










NOTA EMAS 2/25



Sebut pasal emas, mesti ramai yang geleng kepala sebab tak mampu. Emas barang mahal katanya. 


Sebenarnya pada zaman sekarang, ada macam-macam product emas yang boleh dibeli dengan pelbagai cara. Ia tidak tertakluk kepada barang kemas semata & kena pergi ke kedai emas untuk membeli.


Paling menarik, emas boleh dibeli sikit-sikit. Kalau tak mampu 10g, boleh beli 1gg. Kalau tak mampu 1g, boleh beli 0.5g. Di KAB Gold, boleh beli emas serendah 0.2g sahaja.


Katakanlah, harga emas hari ini ialah RM415 segram. 0.2g boleh dibeli dengan harga RM83 sahaja.


Itulah kelebihan emas. Ia boleh dibeli oleh semua orang tanpa melihat kepada tahap kewangan mereka.


Jika mampu beli banyak, beli la banyak. Jika mampu beli sikit, beli la sikit. Better than nothing. Jangan langsung tak membeli.


Yang penting, beli dengan consistent supaya gram emasnya sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.


Credit: KAB


Ikuti saya di platform di sini 


#PembimbingEmasPalingSweet

#PembimbingSimpananEmas

#1keluarga1kg 

#PatuhSyariah

#SimpanEmas

#Consistent

#NotaEmas

#KABGold

Thursday, January 2, 2025

NOTA EMAS 1/25

Emas bukan semata-mata tentang emas. Emas sebenarnya boleh membantu kita memperbaiki kewangan peribadi ke tahap yang lebih baik.


Perkara paling asas yang menjadi masalah utama majoriti rakyat Malaysia ialah tiada simpanan. Kajian menunjukkan, 80% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan minimum RM1,000.


Simpanan sangat penting. Bila tiada simpanan, kita akan tersepit di saat-saat kecemasan, apabila berlaku hal yang tidak terduga.


Bila tiada simpanan, kita akan cenderung untuk berhutang.


Ini bukan perkara main-main. Ini betul-betul serius. Ia suatu masalah yang sangat membimbangkan.


Mengapa jadi begitu?


Salah satu sebabnya ialah kita selalu gagal apabila cuba untuk menyimpan. Naluri berbelanja sangat tinggi. Duit yang disimpan, habis dibelanjakan kerana tiada disiplin apabila menyimpan.


Salah satu jalan keluar untuk masalah ini ialah cuba menyimpan duit dalam bentuk emas. Emas mempunyai aura yang boleh menarik kita semua untuk mengumpul berbanding berbelanja.


Beli emas, duit tidak habis. Beli emas, harta bertambah. Beli emas, simpanan kita akan bertambah dan kekal lebih lama.


Ketika kita senang, emas akan menjadi harta kita. Apabila kita susah, emas akan menjadi duit kita.


Orang yang ada duit, tak semestinya ada emas. Tapi, orang yang ada emas, mesti ada duit. 


Kerana emas adalah duit.


Ikuti saya di platform lain di sini 


Credit: KAB


#PembimbingEmasPalingSweet

#PembimbingSimpananEmas

#BijakUrusWang

#KABGold

Friday, December 27, 2024

Quad Celebrations

 26 December 2024 - INS Pens Down Day (SupTech pun join - kami invite them to join - depa ada 3 orang je tapi Nikita pulak MC)

Enjoy Makan Dulu

We all bukan guna duit SEF tau but kita orang buat potluck & duit collection sikit sebab masing-masing nak gak buat Pens Down Day. Nak tau senarai makanan, sila baca sampai habis ๐Ÿคฉ


Asalnya nak buat triple celebrations - pens down day, gift exchange & Q4 birthday celebration. Tapi, in the last minute dapat berita yang Winnou kena transfer to Chairman's Office wef 2 January 2025. So, jadi la Quad Celebrations. Banyak yang buat last minute tapi ok la not bad. Aku yang suka involve dengan event memang no hal la ๐Ÿ˜.

Zahrul sedang briefing Treasure Hunt 

Mula-mula kita orang lunch dulu. After zohor baru start treasure hunt. Asalnya semua macam lemah bila dengar activity pens down day nak buat treasure hunt. Kalau boleh mereka nak activity yang chill yang santai-santai je. Zahrul seboleh-boleh nak buat treasure hunt. Finally, ramai kata best. Dia orang enjoyed. Terbaik la Zahrul punya soalan. Dah macam IO punya soalan ๐Ÿคฃ. Yang penting semua dapat hadiah. Hadiah tu nanti kongsi-kongsi la kat department.

Birthday Cake

Birthday Q4 ada 5 orang tapi 2 orang je ada sebab lagi 2 orang cuti, lagi seorang menyorok ๐Ÿ˜…. Owh! Iyad pun tapi nama dia tak ada sebab tak tahu birthday dia pun Q4 rupanya. Mentang-mentang la dia budak invest-ED, aku tak tanya pun bila birthday dia. Sorry Iyad, tunggu permanent ye! ๐Ÿคช



Kita letak gambar boss je๐Ÿ˜…

Ok la dengan Secretary dia sekali ๐Ÿคฉ


Masa exchange gift, majority dapat hadiah wishlist mereka termasuk aku. Aku punya wishlist mahal biarpun budget minimum dah diberi. Berani dia orang nak berkira dengan aku ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Yang mana cuti nanti boleh collect hadiah kat department.


Last, baru buat farewell Winnou. All the best to Winnou on his new role. Tak tau la dia suka ke tak hadiah tu. Masa session dia, aku ada kerja urgent pulak nak kena buat. Apa dia berucap pun aku tak dengar. Nampak tak aku dengan Nina tengah ngadap laptop? Gitu la. 


Overall memang best la. Happening sungguh. Dari lepas lunch sampai ke petang. Food yang extra kami tapau. Nak bagi kat orang masa tu ramai dah balik. Aku pun balik dah dekat pukul 7. Alhamdulillah, semua bagi kerjasama yang baik. Yang cuti pun datang. Semua awesome ๐Ÿ˜Ž 


Ini la dia senarai makanan yang ada yang telah mengenyangkan perut kami semua ๐Ÿ˜„


Laksa Johor - Zahrul

Ice Cream Malaysia - Zahrul

Burger & Mini Burger - Nina

Pudding Truffle - Aishah

Sets Roast Chicken - Zahirah 

Brookies - Farhana

Strudel - Far

Coconut Shake - Afiqah (order dari husband aku ✌️)

Roti Jala - Zaf

Teh Tarik, Air Detox, Victoria Sandwich Cake (from Teratai) - department monthly collection 

Air Mineral - department monthly collection 


#Farewell

#Q4Birthday

#ExchangeGift

#QuadCelebration

#INSPensDownDay