Perkongsian Ilmu, Maklumat Dan Rezeki Dari Meja Seorang Usahawan Takaful Kerdil & Penyimpan Bilis Emas Yang Bercita-cita Menjadi Jutawan Islam Yang Berjaya. Aku Pasti! Aku Mesti! Aku Boleh! Nothing is Impossible!!!
Sunday, January 5, 2025
Walimatulurus 1/2025
Saturday, January 4, 2025
Pertemuan Santai Tahun Baru 2025
NOTA EMAS 2/25
Sebenarnya pada zaman sekarang, ada macam-macam product emas yang boleh dibeli dengan pelbagai cara. Ia tidak tertakluk kepada barang kemas semata & kena pergi ke kedai emas untuk membeli.
Paling menarik, emas boleh dibeli sikit-sikit. Kalau tak mampu 10g, boleh beli 1gg. Kalau tak mampu 1g, boleh beli 0.5g. Di KAB Gold, boleh beli emas serendah 0.2g sahaja.
Katakanlah, harga emas hari ini ialah RM415 segram. 0.2g boleh dibeli dengan harga RM83 sahaja.
Itulah kelebihan emas. Ia boleh dibeli oleh semua orang tanpa melihat kepada tahap kewangan mereka.
Jika mampu beli banyak, beli la banyak. Jika mampu beli sikit, beli la sikit. Better than nothing. Jangan langsung tak membeli.
Yang penting, beli dengan consistent supaya gram emasnya sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
Credit: KAB
Ikuti saya di platform di sini
#PembimbingEmasPalingSweet
#PembimbingSimpananEmas
#1keluarga1kg
#PatuhSyariah
#SimpanEmas
#Consistent
#NotaEmas
#KABGold
Thursday, January 2, 2025
NOTA EMAS 1/25
Emas bukan semata-mata tentang emas. Emas sebenarnya boleh membantu kita memperbaiki kewangan peribadi ke tahap yang lebih baik.
Perkara paling asas yang menjadi masalah utama majoriti rakyat Malaysia ialah tiada simpanan. Kajian menunjukkan, 80% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan minimum RM1,000.
Simpanan sangat penting. Bila tiada simpanan, kita akan tersepit di saat-saat kecemasan, apabila berlaku hal yang tidak terduga.
Bila tiada simpanan, kita akan cenderung untuk berhutang.
Ini bukan perkara main-main. Ini betul-betul serius. Ia suatu masalah yang sangat membimbangkan.
Mengapa jadi begitu?
Salah satu sebabnya ialah kita selalu gagal apabila cuba untuk menyimpan. Naluri berbelanja sangat tinggi. Duit yang disimpan, habis dibelanjakan kerana tiada disiplin apabila menyimpan.
Salah satu jalan keluar untuk masalah ini ialah cuba menyimpan duit dalam bentuk emas. Emas mempunyai aura yang boleh menarik kita semua untuk mengumpul berbanding berbelanja.
Beli emas, duit tidak habis. Beli emas, harta bertambah. Beli emas, simpanan kita akan bertambah dan kekal lebih lama.
Ketika kita senang, emas akan menjadi harta kita. Apabila kita susah, emas akan menjadi duit kita.
Orang yang ada duit, tak semestinya ada emas. Tapi, orang yang ada emas, mesti ada duit.
Kerana emas adalah duit.
Ikuti saya di platform lain di sini
Credit: KAB
#PembimbingEmasPalingSweet
#PembimbingSimpananEmas
#BijakUrusWang
#KABGold
Friday, December 27, 2024
Quad Celebrations
26 December 2024 - INS Pens Down Day (SupTech pun join - kami invite them to join - depa ada 3 orang je tapi Nikita pulak MC)
We all bukan guna duit SEF tau but kita orang buat potluck & duit collection sikit sebab masing-masing nak gak buat Pens Down Day. Nak tau senarai makanan, sila baca sampai habis ๐คฉ
Asalnya nak buat triple celebrations - pens down day, gift exchange & Q4 birthday celebration. Tapi, in the last minute dapat berita yang Winnou kena transfer to Chairman's Office wef 2 January 2025. So, jadi la Quad Celebrations. Banyak yang buat last minute tapi ok la not bad. Aku yang suka involve dengan event memang no hal la ๐.
Mula-mula kita orang lunch dulu. After zohor baru start treasure hunt. Asalnya semua macam lemah bila dengar activity pens down day nak buat treasure hunt. Kalau boleh mereka nak activity yang chill yang santai-santai je. Zahrul seboleh-boleh nak buat treasure hunt. Finally, ramai kata best. Dia orang enjoyed. Terbaik la Zahrul punya soalan. Dah macam IO punya soalan ๐คฃ. Yang penting semua dapat hadiah. Hadiah tu nanti kongsi-kongsi la kat department.
Birthday Q4 ada 5 orang tapi 2 orang je ada sebab lagi 2 orang cuti, lagi seorang menyorok ๐ . Owh! Iyad pun tapi nama dia tak ada sebab tak tahu birthday dia pun Q4 rupanya. Mentang-mentang la dia budak invest-ED, aku tak tanya pun bila birthday dia. Sorry Iyad, tunggu permanent ye! ๐คช
Masa exchange gift, majority dapat hadiah wishlist mereka termasuk aku. Aku punya wishlist mahal biarpun budget minimum dah diberi. Berani dia orang nak berkira dengan aku ๐คฃ๐คฃ๐คฃ. Yang mana cuti nanti boleh collect hadiah kat department.
Last, baru buat farewell Winnou. All the best to Winnou on his new role. Tak tau la dia suka ke tak hadiah tu. Masa session dia, aku ada kerja urgent pulak nak kena buat. Apa dia berucap pun aku tak dengar. Nampak tak aku dengan Nina tengah ngadap laptop? Gitu la.
Overall memang best la. Happening sungguh. Dari lepas lunch sampai ke petang. Food yang extra kami tapau. Nak bagi kat orang masa tu ramai dah balik. Aku pun balik dah dekat pukul 7. Alhamdulillah, semua bagi kerjasama yang baik. Yang cuti pun datang. Semua awesome ๐
Ini la dia senarai makanan yang ada yang telah mengenyangkan perut kami semua ๐
Laksa Johor - Zahrul
Ice Cream Malaysia - Zahrul
Burger & Mini Burger - Nina
Pudding Truffle - Aishah
Sets Roast Chicken - Zahirah
Brookies - Farhana
Strudel - Far
Coconut Shake - Afiqah (order dari husband aku ✌️)
Roti Jala - Zaf
Teh Tarik, Air Detox, Victoria Sandwich Cake (from Teratai) - department monthly collection
Air Mineral - department monthly collection
#Farewell
#Q4Birthday
#ExchangeGift
#QuadCelebration
#INSPensDownDay
Thursday, November 28, 2024
Jangan Tanya Banyak, Buat Je
Maaf cakap, tidak ada jalan short cut untuk faham & mula rasa seronok kumpul emas ni. Kena mula buat belian & consistent tambah gram emas yang dimiliki.
Lepas tu, kena rajin datang kelas & belajar. Hanya dengan ilmu & perkongsian yang akan menambahkan lagi kefahaman korang tentang kepentingan & kelebihan menyimpan emas.
Kalau asyik duk bertanya je tanpa tindakan, memang sampai bila-bila pun tak faham macam tu la. Mulai hari ini, berhenti bertanya & terus mula.
Langkah pertama memang langkah yang paling sukar. Namun, kejayaan seribu langkah bermula dengan langkah pertama. Sis dulu pun menghadapi kesukaran tapi sis rajin datang kelas. Alhamdulillah, yang dulunya sukar kini menjadi mudah.
Syarikat emas macam KAB Gold ni korang tak perlu risau la. Beli emas confirm dapat emas. Beli 1 gram dapat 1 gram. Bayar harga untuk 1 gram dapat 1 gram. Sikit pun tak kurang. Paling best tak ada syarat yang bukan-bukan. Mudah sangat. Straight forward je.
Kalau rasa tak berani atau tak selesa dengan akaun Uncang Emas, boleh beli melalui Belian Terus. Pilih item emas mana yang berkenan di hati, buat bayaran & datang collect or boleh minta KAB Hantar/Courier.
Sis dah jumpa ramai sangat orang yang bertanya macam-macam ni tapi masih tak faham-faham jugak. Sebab apa? Sebab tak ada tindakan. Macamana nak faham?
Kalau banyak tanya tapi nak beli sampai 1 ke 2 kg ke, itu logic la kalau nak risau. Tapi, yang sis pelik tu bila dengan scammer tak ada pulak nak banyak tanya. Dengan mudah je transfer duit berpuluh & beratus ribu.
Bak kata CEO, ada orang asyik bertanya je setiap kali message dia. Dari harga RM100 segram, jadi RM200 segram, kemudian naik ke RM300 segram & sekarang melangit tinggi sampai RM400 segram, pun masih tak beli-beli. ๐ Tup-tup dah terjebak dengan pelaburan skim cepat kaya. Nak beli segram harga RM200, dia punya tanya sampai 10 tahun. Nak melabur RM200,000 sepatah pun dia tak tanya. ๐ง
Maka dengan ini, sis nak bagi tau sekali lagi, kalau nak pandai & faham akan kehebatan simpanan emas, ikuti la langkah-langkah berikut:
1. Daftar sebagai pelanggan rasmi KAB Gold. Yang ni percuma saja. Ye! Daftar memang PERCUMA. Daftar sini.
2. Mula buat belian. Paling rendah sekarang ni melalui Uncang Emas ialah RM50. Kalau takut sangat, terus beli gold bar 0.25 gram dengan harga RM101.50 je (HARGA hari ni) (selepas discount RM5 segram)
3. Rajin masuk kelas. Online ada, offline pun ada. Semua kelas KAB Gold buat PERCUMA.
Kalau korang ikut 3 langkah mudah seperti di atas, bukan saja mudah faham tapi nanti tanpa sedar juga mudah jadi kaya dengan emas, insya-Allah. Dalam waktu yang sama, sis akan bantu & bimbing. Hubungi sis until bantuan.
Buat dengan betul, buat dengan sabar, buat sampai jadi. Trust the process. Alami sendiri pengalaman pertama beli & simpan emas.
✨ Ingat Emas Segalanya di KAB Gold ✨
Ingat Emas Ingat #sweetfarah
#PembimbingEmasPalingSweet
#PembimbingSimpananEmas
#SimpanEmasDenganIlmu #KABGold
#PercayaSebelumBerjaya #CelikEmas









































