Sunday, February 18, 2024

Back To School


Lama aku tunggu tema ni. Dah dekat nak pencen baru dapat. 16 February 2024 melakar sejarah, staff SC kembali ke sekolah 😂. Mujur la anak aku masih simpan lagi uniform pengakap dia. Jadi, tahun ni punya Annual Dinner, tak perlu keluar cost. Banyak boleh save. Keluar cost vallet parking je. Ala RM30 je. Dan...untuk kesekian kalinya Annual Dinner kali ini tak boleh bawak spouse.








Registration pukul 6.30 pm tapi aku & the gang sampai M Resort Hotel awal. Awal tak kalut. Sempat la posing beberapa post. Dengan muka yang tak make-up. Gasak la. Budak sekolah kan. Mana boleh make-up...😅. 



3 minutes lagi pukul 6.30 pm aku dah beratur kat registration table. Budak scout ni duduk depan sekali. Memang nakal kan? 😂😂 Kerana aku mulakan la mala yang lain pun turut beratur. Lepas register terus pergi surau. 


Ish! Memang nakal betul. Habis dikutipnya jajan tu. Hep! Bukan aku seorang yang buat. Ada lagi beberapa orang yang buat cuma tak direkodkan je. Nasib aku kurang baik sebab ada orang record. Nasib baik boleh kautim dengan Pak Guard 😃




Food sedap. Persembahan pun menarik kesemuanya. Emcee best. Walaupun aku tak kenal siap emcee tu (emcee last year gak kalau tak silap) tapi memang superb la. Tu la kan...tak semestinya emcee yang tak popular yang tak glamour tu tak bagus.  





Douglas Lim punya joke buat aku & audience lain tak kering gusi. Memang lawak. Performance Ella memang tak pernah mengecewakan. Aku rasa sepanjang aku kerja kat SC ni belum pernah lagi ada artis jemputan yang buat persembahan dikerumuni oleh staff sampai macam ni sekali. Terbaik la committee kali ini. Syabas!


Kenangan bergambar bersama "rakan-rakan sekolah" yang lain. Ramai juga yang tak dapat hadir. Ada juga yang tak jumpa. Tapi, aku frust betul sebab tak dapat nak buat video 360 tu. Datang awal tapi tak dapat. Ingatkan habis dinner ada lagi. Rupanya vendor tu dah balik. 😭 Kalau tau sebelum pergi surau tu ambik siap-siap.













Tahniah! Pada kawan-kawan yang dapat lucky draw. Tak ada rezeki aku kali ni. 

Balik rumah, bila bukan bag, ini la hasil cilok jajan kat "sekolah" tadi. Bukan nak makan pun tapi suka-suka je. Daripada jajan tu terbuang macam tu, baik aku ambik. Esoknya aku nak pergi sekolah lagi...Sekolah Emas. Jadi boleh la aku bawak bagi kat sapa-sapa yang datang yang bawak anak.



#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Tuesday, February 13, 2024

Unplanned Programme

Ikutkan cuti CNY aku memang tak ada plan nak pergi mana-mana. Nak rehat je kat rumah. Kalau boleh nak call customer aku sebab ada beberapa orang customer aku ni dah rindukan sentuhan tangan ajaib aku untuk menyentuh muka & body mereka. Lagipun time cuti macam ni jalan jem teruk. Tu yang malas nak berjalan.

Hari sabtu, 10/2/2024 dah ada 2 weddings. Memang dah tak ke mana la. Tiba-tiba malam minggu husband beritahu nak pergi ke Tampin. Ada la urusan dia. Sebagai isteri mithali (cewah) aku kena la temankan dia. Nak ajak anak-anak sekali...hmmmm.... mana maunya depan tu. 


Masa pergi tu lalu depan A'Famosa & nampak la kapalterbang coach. Aku cakap kat husband balik nanti kita singgah situ.


Selesai urusan dengan Ustaz Asyraf, kita orang pun pergi la kat Coach Airways tu. Eh! Panjang gak beratur. Macam beratur masa nak boarding. Nampak ada express lane. Aku terus pergi scan. Dapat appointment pukul 3pm. Ada setengah jam lagi. Aku memang jenis malas beratur. While waiting, kita orang minum dulu kat food truck yang tak jauh dari Coach Airways tu.






Bila masuk, ini la hasilnya. Bagus staff coach yang lelaki tu, bila minta tolong ambilkan gambar, dia siap ajar cara posing. Gambar yang dia ambil pun cantik. Dia offer nak ambilkan lagi tak. Haish! Ikutkan hati sepanjang dalam tu aku nak suruh dia ambilkan gambar, ambik gambar candid sekali....😂

Korang rasa aku ada membeli tak? Aku yang kedekut nak berbelanja selepas aku ketagih simpan emas. Dalam waktu yang sama aku memang ada nak mencari handbag coach. Tapi, rasa macam sayang je duit nak beli handbag mahal-mahal ni. Ok, aku tinggalkan korang dengan soalan samada aku ada membeli atau tidak...jeng...jeng...jeng....



Tapi, kita orang tak masuk dalam complex Free Port tu. Aku pun tak tau apa ada kat dalam tu. Nak terus balik je. Ingat nak balik ikut highway. Sekali...tu dia....jalan nak masuk highway punya la panjang jem....patah balik. Singgah makan kat Gerobok Puan pastu ikut jalan lama. Aku tengok highway pun memang jem teruk.

Kami singgah solat dia Masjid (lupa ambik gambar masjid tu) dekat Chengkau kalau tak silap. Area Rembau gak la. Jalan lama tak jem cuma jem kat traffic light je la.

Keluar highway kat Seremban sebab husband kata situ mungkin dah tak jem. Sekali, ambik kau....masih jem teruk. 


Alhamdulillah, selamat sampai rumah & sempat mandi & solat maghrib di rumah. Mujur la sekarang maghrib masuk lewat. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Sunday, February 11, 2024

Walimatulurus (3)

Walimatulurus yang ke-3 di tahun 2024 (yang aku pergi)

10 February 2024
Dikala orang sibuk pergi bercuti kerana Chinese New Year, aku ada 2 undangan Majlis Perkahwinan.


Yang pertama di Laman Mazmida Klang, wedding anak Dr Fazil & Dr Zalina. Dr Zalina ni trainer RFP. Dia mengajar masa aku training dekat Etiqa. Hingga kini kami still keep in touch. Dia baik orangnya. Tak sombong. Banyak membantu. Banyak membimbing. Jika aku ada kemusykilan tentang RFP aku banyak rujuk kat dia. 


Kat sini terjumpa dengan si Ashraf. Ashraf ni pun sama-sama training RFP dulu. Dia dah tak buat Takaful rupanya. Dia dah buat unit trust. Unit trust apa aku lupa. Tak dapat nak borak panjang dengan dia sebab dia dah nak balik & aku pun dah lapar... 😂
Lepas tu nak kena kejar wedding yang satu lagi.


Sedap-sedap makanan kat sini. Banyak pilihan. Macam biasa aku akan ambik nasi putih. Kat sini ada goreng pisang, kuih muih, bubur pulut hitam, teh tarik, air kopi & macam-macam lagi. Ada kaswi gedik tapi tak jadi nak ambik sebab dah kenyang satu hal...Banyak sangat dah makan yang manis.


Tempat ke-2 walimatulurus di Bukit Jelutong. Ni kawan husband aku masa bujang dulu. Dah 2 orang dah menantu dia. Padahal muda dari husband aku. Bila la agaknya kita orang ni nak terima menantu...hahaha. Ramai kawan-kawan dah bercucu. Kami? Moga anak-anak Kami cepat jodohnya. Tolong doakan ye!

Kat sini dah tak mampu nak makan nasi. Ada ubi rebus & ubi goreng. Aku ambik ubi goreng & nasi impit je. Nak ambik satay pun malas. Husband aku lagi la...minum air je dengan makan kerepek.


Cukup la coretan untuk kali ini berkisarkan dua walimatulurus yang aku hadiri. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya





Sunday, February 4, 2024

Catatan Perjalanan Ke Miri [27/1/2024 - 29/1/2024]

27 January 2024 - Berkumpul di office KAB Gold. Naik grab untuk ke KLIA. 1st time nak naik flight ni...di tahun 2024 😀. Follow CEO KAB Gold & their teams ke Miri untuk program Seminar Azam Emas 2024. Memang dari awal bila KAB Gold kata nak buat program ni, aku dah set kat minda yang aku akan follow. 


Ustaz pulak kalau dah pergi ke satu-satu tempat tu pasti ramai yang akan tangkap dia untuk buat pelbagai program. Elok juga. Banyak la pengisian selama 3 hari 2 malam sewaktu berada di Miri. Tak de la masa yang terluang Tu dibuat benda-benda yang tak ada faedah.



Sampai di Airport Miri, kami diambil oleh Danial, staff KAB Gold yang telah sampai lebih awal. Mereka sewa kereta bagi memudahkan perjalanan untuk kami bergerak ke sana ke sini.


Oleh kerana aku seorang je Wakil Jualan dari Semenanjung yang follow, so aku menempel la kat dia orang 🤣



Lepas maghrib, Ustaz ada program di Pusat Tahfiz Al-Quran Dar Al-Syafi. Ustaz dijemput oleh Ustaz dari Tahfiz tersebut. Maka, kami berempat naik kereta secara berasingan ke pusat tahfiz tersebut.





Seronok juga dengar persembahan dari anak-anak tahfiz dan kuliah dari Ustaz malam tu. Aku juga dapat beramahmesra dengan beberapa kakitangan & pengunjung wanita di situ. Dapat la berkongsi sedikit tentang emas dengan mereka.


Malam tu waktu perjalanan balik kami berempat pergi jalan-jalan di Bandar Miri. Ustaz tak follow sebab esok dia kena bangun awal pagi kerana ada kuliah subuh. Banyak kedai makan je. Nak beli souvenir apa pun tak boleh. Penat berjalan kami duduk minum layan busking. Dapat layan sekejap je sebab kedai dah nak tutup. Kat Miri ni walaupun malam minggu kedainya tutup awal juga. Ramai orang Brunei di sini waktu hujung minggu begini.




28 February 2024 - Ustaz ada Kuliah Subuh di Masjid Darul Iman, Kg Tudan. Hmmmm...yang ni kami tak ikut 🙈. Umar seorang je yang ikut sebab nak kena ambik gambar. 



Selepas breakfast kami terus ke Masjid At-Taqwa untuk memulakan seminar. Berdebar juga. Al-maklum, bila datang dari jauh pasti la kita mengharapkan program itu dibanjiri oleh ramai orang. Namun, kami serahkan segalanya pada Allah yang Maha Esa.


Program bermula agak lewat kerana ada beberapa peserta yang datang lewat terutama peserta dari Brunei. Ada yang sampai lepas zohor kerana mereka stucked 4 jam di immigration. 


Yang ini aku memang sangat-sangat menghargai mereka. Kalau korang dah stucked selama 4 jam tu aku rasa mesti korang dah down & rasa malas nak pergi kan? Tapi, tidak dengan orang Brunei ini. Mereka siap pesan suruh tunggu.


Ada juga yang datang dari Kuching. Naik flight dari Kuching semata-mata untuk Seminar Azam Emas 2024. Memang tabik spring lah. Korang? Yang depan mata pun malas nak datang. Effort mereka aku puji sangat-sangat. Itu la ciri-ciri orang yang berjaya. Ciri-ciri orang yang gagal ialah MALAS. Serba serbi dia malas & suka cipta alasan. Kalau korang tengok orang yang berjaya ni mana ada yang malas. Eh! Membebel pulak.






Jujur aku cakap, peserta memang tak ramai. Walaupun tak ramai aku tengok Ustaz tetap senyum je. Alhamdulillah, akhirnya boleh dikatakan semua yang hadir membuat belian dan ada yang upgrade menjadi Wakil Jualan. Alhamdulillah, aku dapat seorang GA, seorang GGM dan 2 orang GS. Tahniah kerana GA & GGM aku dapat lucky draw. Mereka seronok, aku lagi seronok. Ada beberapa orang lagi yang dapat lucky draw. Tahniah pada semua.



Ada gak aku tabur sikit flyers kat Masjid. Moga esok lusa akan ada response. Hajat hati nak tangkap orang Brunei. Dapat seorang pun jadi la tapi tak berjaya. Mungkin rezeki orang lain.





Habis seminar kami pusing-pusing Miri tapi oleh kerana masa begitu mencemburui kami sebab lepas maghrib Ustaz ada pula jemputan untuk Kuliah Maghrib di Masjid Abu Bakar As Sidiq (MABAS) Desa Senadin.



Petang itu Ustaz dijemput oleh petugas MABAS. Kami berempat bergerak lewat sikit. Namun, kami sempat mendengar kuliah Ustaz. Usai solat isyak, kami dijemput makan oleh petugas masjid. Waktu makan tu aku sempat la promote emas & bagi flyers kat mereka. Share pasal emas KAB Gold. Moga terbuka pintu hati mereka untuk daftar sebagai pelanggan KAB Gold & menjadi penyimpan emas yang consistent & berilmu. Aku janji akan bimbing mereka. 




Malam itu kami jalan-jalan lagi di Bandar Miri.  Kali ni Ustaz follow. Walaupun tau kedai dah tutup, hanya kedai makan je yang banyak. Tapi, saja nak ambik angin malam di Miri.




Sepanjang berada di Miri memang makan je kerjanya. Walaupun penganjur setiap program dah sediakan makanan tapi bila duduk kedai makan tetap order makan. Nak rasa makanan tempat orang katanya. Aku memang 1st time sampai Miri. Kalau Kuching dah beberapa kali sampai.


29 February 2024 - hari terakhir berada di Miri. Lepas breakfast, Ustaz dijemput oleh penganjur untuk memberikan Ceramah Motivasi kepada pelajar-pelajar di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang pula. Kami menyusul kemudian. Di sini, Ustaz mempromosikan Buku Celik Wang Usia Muda dengan harga yang paling minima yang mampu dimiliki oleh murid-murid di sini. Aku juga memberikan flyers kepada murid-murid dan guru-guru di sini. Jika bukan sekarang, aku harap esok lusa akan mendapat sambutan dan membuatkan mereka celik dengan emas.



Usai Ustaz memberikan ceramah, Kami dijamu dengan makanan yang sedap-sedap. Ada nasi kerabu weh. Cikgu kat sekolah tu yang masak. Sary tak ada time ni. Dia pergi jumpa kawan dia kejap. Kawan dia orang Miri. Alhamdulillah....rezeki. Rugi Sary, sedap-sedap makanan ni. Sebelum ke airport kami singgah ambik kek lapis. Itu je la yang sempat dibeli. Kek lapis homemade.


Kami selamat sampai KLIA pada jam dua lebih (pm) macam tu (lupa tengok jam exact time pukul berapa 😀). Gitu gini...jam tiga lebih gak la gerak dari KLIA ke Gombak. Kami naik grab je sampai ke office KAB Gold di Gombak. Pergi balik kami naik grab. Dua-dua pemandu grab tu aku bagi flyers. Dua-dua tu pun kaki borak. Bukan kat depa je. Kat sterward & sterwardess pun aku bagi flyers. Part of my effort. Moga satu hari nanti akan memberikan hasil. Buat dengan betul buat dengan sabar. Sentiasa ingat pesan Ustaz.

Itu la catatan perjalanan aku ke Miri bersama CEO KAB Gold, Ustaz Khairul Anuar bin Basri Al-Hafiz bersama dengan 3 orang staff beliau. Pemusafiran yang menyeronokkan kerana penuh dengan pengisian ilmu.



Kenapa aku follow Seminar KAB Gold sejauh itu? Sebelum ini paling jauh pun JB & Lunas, Kedah je. Tidak lain dan tidak bukan ialah semua yang aku lakukan itu hanya la untuk memberikan sokongan terhadap KAB Gold di dalam memertabatkan ekonomi orang Islam dan aku nak bantu KAB Gold memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya orang Islam betapa pentingnya menyimpan emas.

Terima kasih Ustaz kerana bagi peluang bermusafir sama. Semoga segala usaha yang aku lakukan ini akan mendapat rahmat dah redha dari-Nya. Semoga satu hari nanti KAB Gold juga akam setanding dengan syarikat gergasi lain. Semoga KAB Gold terus cemerlang.


Mari la beramai-ramai mendaftar sebagai pelanggan rasmi KAB Gold. Aku akan bimbing dan bantu korang sebaiknya. Sila scan QR Code ini.



Kalau tak mau scan, sila click link ini.


Credit: Sebahagian photo adalah dari ehsan Umar.


#pembimbingemaspalingsweet

#kabgold

#hijrah