Sunday, August 6, 2023

Aku, Takaful & Emas



This is my existing client. The whole family ambik Takaful dengan aku. Hari ni aku datang rumah dia nak share pasal emas & her new husband nak tahu pasal Hibah Takaful. 


Dia ni memang dari dulu selalu cakap dia senang berurusan dengan aku. Dengan suami baru pun dia cakap gitu. Itu yang dia minta aku datang rumah. Aku pernah uruskan claim kematian husband dia dulu. Dia merasa terharu sangat bila dapat duit claim tu sampai nak belanja aku makan. Aku hanya menjalankan amanah sebagai seorang Perunding Takaful.


Alhamdulillah, aku berjaya register kan dia & husband sebagai anak emas aku yang entah keberapa dan masing-masing beli 1 gram Uncang Emas. Aku dah curahkan sedikit ilmu emas kepada mereka berdua. Mudah-mudahan mereka berdua akan terus membeli emas dengan consistent & register anak mereka pula under their link. 

Bagaimana dengan Hibah Takaful? In Shaa Allah akan ada rezekinya nanti. Kemungkinan besar bukan setakat Hibah Takaful, akan tambah Medical Card juga nanti. Yang ni aku tak nak push coz dia pun dah memang ada 3 Sijil Takaful dengan aku. Aku tak nak bebankan client aku. Hadirnya aku untuk membantu bukan untuk membebankan mereka.


Setiap client aku adalah kawan. Tapi, setiap kawan aku tidak semuanya jadi client. 


Aku yakin setiap rezeki kita telah ditentukan oleh Allah. Aku hanya buat kerja aku. Selebihnya aku serahkan pada Dia. Syukur alhamdulillah, Allah hadirkan ramai orang dalam hidup aku orang yang baik-baik. Orang yang tak baik hadir tu aku anggap ia sebagai ujian. 


Kalau dulu aku jumpa orang, aku cakap pasal Takaful je. Sekarang ni aku akan cakap dua-dua, Takaful & Emas. Ini kerana dua-dua ini adalah seiringan. Dua-dua duduk di dalam instrument kewangan. Tugas aku adalah educate mereka & memahamkan mereka perbezaan antara Takaful & Emas. Jika tidak boleh close dua-dua, aku boleh close satu. Adakalanya, dua-dua pun tak boleh close pada waktu itu. Tetapi, aku kena yakinlah yang rezeki itu Allah bagi. Aku dah buat kerja aku. 


Ada yang kata aku akan susah close kalau aku cerita dua-dua. Bukankah dua-dua itu duduk dalam instrument kewangan? Aku lebih kepada educate bukannya menjual. Aku buat bukan kerana duit semata-mata. Kalau aku buat semata-mata kerana duit, kalau tak close nanti aku akan kecewa dan yang paling takut akan ada unsur paksaan. Kadang-kadang tak close hari yang sama. Kadang-kadang Allah bagi rezeki yang lain. Aku agent Family Takaful & General Takaful. At least, aku boleh dapat client untuk General Takaful. Lagipun, aku bukannya cakap pasal Takaful lepas tu aku pergi promote Coway, Cuckoo, Perfume, QM dan sebagainya. Aku cakap pasal Takaful & Emas...Emas fizikal...Emas yang memang nampak depan mata. 

Masing-masing ada caranya yang tersendiri. Aku dengan cara aku. Memang la ada target nak jadi MDRT tapi aku tak nak bina kekayaan & kejayaan atas kesusahan & kemiskinan orang lain. Faham tak maksud aku? Kalau tak faham buat-buat faham sudah.  😊


Nak dapat khidmat nasihat pasal Takaful?

Click sini


Nak dapat khidmat nasihat pasal emas? Nak saya bimbing menjadi penyimpan emas yang berilmu & berjaya?

Click sini


#agenttakafulpalingsweet

#pembimbingemaspalingsweet


Friday, August 4, 2023

Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa


Apa nak jadi? Apa nak jadi?

Rancang la kewangan kita dengan baik dan betul. Jangan ikutkan nafsu.


Jika gaji RM10k, sebaiknya ansuran kenderaan hanya 15% sahaja dari gaji. Ini bermakna bayaran kenderaan yang sihat adalah RM1500 sahaja.


Kenderaan yang sihat pula adalah setahun gaji. Ini bermakna jika gaji RM10k, kenderaan yang sihat adalah RM120k saja.


Jika nak pakai "Gajah Putih" juga, cari la yang harganya sekitar itu atau bawah.


Sekarang banyak je Velfire & Alphard bawah RM100k. Cuba la cari dekat carlist.


Nasihat saya, jangan beli jika belum mampu atau bersedia atau ada lebihan duit. Jika mampu beli kereta RM100k, belilah yang RM80k sahaja.


Beri sedikit ruang untuk kita bernafas. Gaji kita jangan banyak habis pada kereta saja, asingkan juga untuk Emas & Takaful. Berbelanja atau membeli ikut keperluan & kemampuan. Jangan ikut perasaan atau mahu bersaing dengan orang lain. 


Nak dengar nasihat sis lagi? Boleh. Sis memang suka membebel. Membebel untuk kebaikan 😊


#sweetfarah #farahkaya #fantasticfarah


Sunday, July 23, 2023

Tulisan Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB)

 


Saya meniaga emas ni dah lama. Sejak tahun 2013 lagi. Kiranya dah 10 tahun la jugak lebih kurang.

Mula-mula dulu just jadi ejen syarikat emas je. Kenal la sepak terajang orang beli emas. Saya boleh tahu la apa orang suka dan apa orang tak suka pasal emas ni.


Sejak 3 tahun lepas, saya dah mula ada syarikat emas saya sendiri. Kalau dulu tahu harga jual beli emas je, sekarang saya dah tahu harga kasar emas mentah, segala kos production emas, margin untung rugi secara praktikal dan sebagainya. 


Tak keterlaluan kalau saya katakan, saya boleh tahu orang meniaga emas tu betul atau bohong. Sebab saya dah jumpa macam-macam jenis peniaga emas.


Bukan setakat tu saja. Saya juga tulis buku tentang emas. Saya conduct seminar dan training tentang emas. Orang yang dah ambil manfaat dengan buku dan seminar saya mungkin dah beratus ribu orang.


Jadi, saya kagum jugak la bila ada sorang dua yang baru nak kenal emas tiba-tiba beria ajak saya join bisnes emas entah hape hape entah. Jadi terbalik kot habis. Dia pulak yang nak mengajar kita. Hoho…


Lipat sana lipat sini. Ganda sana ganda sini. Pajak sana pajak sini. Pembiayaan sana pembiayaan sini.


Lepas tu duk highlight untung sana untung sini. Untung je memanjang. Tak pernah nak rugi. Asyik untung saja.


Tak cukup dengan cerita untung, cerita pulak income. Ada yang ratus, ada yang ribu. Ada yang puluh ribu, ada yang ratus ribu. Boleh terbeliak biji mata kira digit.


Sepanjang lebih 10 tahun saya dalam bidang emas ni, dah macam-macam orang dan syarikat yang buat benda macam ni. Orang yang pernah tersontot, depa tahu la nama syarikat tu. Ada yang dalam Malaysia dan ada yang luar Malaysia. Semua hebat-hebat!


Begini aje la saya nak cerita.


✅ Jual beli emas ni straight forward saja. Kita beli dan kita jual emas. So, tunjuk la produk emas yang kita nak jual beli tu. Proses jual beli dia, nak beli kat mana nak jual kat mana. Tak perlu cerita benda lain.


✅ Dia kalau orang jual emas, tiba-tiba takde sangat tunjuk emas tapi duk tunjuk berapa dia untung atau berapa banyak duit dia dalam bank, kita pun boleh fikir sendiri la. Nak jual emas ke nak jual pelan kasi untung?


✅ Emas ni dia tak beranak dengan sendiri. Kecuali kita beli tambah sendiri dengan duit kita sendiri. Kalau beli tambah dengan duit orang lain, itu tak aci la. Sebab duit orang lain tu hutang. Hutang nak kena bayar pulak. Kan ke susah tu! 


✅ Sama jugak dengan bab gadai. Mazhab gadai menggadai untuk tambah beli emas ni memang mazhab yang gagal sepanjang zaman. Ingat dulu scammer emas tersohor tanahair, Tok Belagak? Dia siap round Malaysia buat seminar teknik manipulasi arrahnu lagi. Last-last, emas ke mana, Tok Belagak ke mana.


✅ Arrahnu tempat kita dapat pembiayaan segera bercagarkan emas. Kalau ada keperluan, manfaatkan Arrahnu. Kalau takde keperluan, jangan cari pasal dengan Arrahnu. Duit yang kita dapat ialah hutang. Emas yang kita gadai tetap dalam kandang sehinggalah kita tebus. So, kat mana yang untung guna Arrahnu untuk tambah aset ni? Silap haribulan, emas tu last sekali kena lelong sebab kita tak mampu nak tebus pun.


Jadi, kat mana seronoknya bisnes emas tapi tak highlight sangat emas, cuma highlight untung ni?


Seronoknya ialah pada 2 benda. Confirm yang berdua ni akan rasa seronok sangat.


✅ Tuan punya bisnes seronok pusing duit orang. Kalau customer ada kena bayar yuran apa-apa, haaaa.. itu bukan seronok lagi, malah beronok-ronok tuan punya bisnes. Yuran ni boleh panggil apa saja la yang kita suka. Pokok pangkalnya, selain daripada duit kita yang kita laburkan untuk emas, yuran ni juga adalah bayaran hangus yang kita akan bayar kat tuan punya bisnes emas tu. Untung besar orang buat bisnes makan duit yuran ni.


✅ Dealer, ejen, promoter dan sebagainya seronok sebab dapat komisen daripada jumlah duit pelanggan yang dilaburkan dalam bisnes emas. Nilai komisen tak masuk akal. Saya dengan yakin boleh cakap, komisen sebesar itu bukan datang dari margin keuntungan harga emas. Saya tahu la sebab saya pun tokeh emas.


Ini yang menyebabkan lahir dan tumbuh pakar-pakar emas macam mee segera ni.


Entah dari mana datang pun kita tak tahu. Tapi, demi komisen lebat, ilmu tak penting sangat. Yang penting orang baru boleh join. Lagi ramai lagi bagus sebab lagi masyuk!


Yang tak seronok pulak ada 1 saja.


✅ Orang yang melabur dalam emas. Mereka ni la yang siang malam pagi petang duk termenung. Bila la nak balik modal. Atau bila la nak untung. Dah la masa join tak faham sangat pun bisnesnya macamana.


Last-last, termakan juga dengan ajakan supaya upgrade jadi dealer, ejen atau promoter la. Baru cepat dapat kejar balik duit yang keluar.


‘Ala kulli halnya.. pada pandangan saya, ini bukan meniaga emas. Ini meniaga pakej untung segera bertopengkan emas. Emas tu wayang saja. Yang sebenarnya bukan meniaga emas pun, tapi meniaga untung.


Itulah marketingnya pun. Untung, untung, untung, untung.. join la.. untung ni. Join la… untung ni.


Kesian orang kita. Tak serik-serik.


Berpijaklah di bumi yang nyata. Takde benda best yang percuma kat dunia ni. Nak kaya, kena kerja keras. Bukan join bisnes mengarut macam ni. Akhir sekali kita terpaksa membayar dengan harga yang mahal sebagai yuran kebodohan dan ketamakan.


Khusus untuk emas, jom kita back to basic. 


Beli emas, kumpul emas, simpan emas, bila perlu gadai atau jual emas. Amalkan yang simple-simple saja. Guna duit sendiri bukan duit orang lain.


Jangan duk kreatif sangat nak manipulasi sana sini. Nanti diri sendiri yang susah. Belajar dari kisah terdahulu.


Bukan takde kisah serupa sebelum ni. Dah banyak dah berlaku. Tapi itulah, tak pernah nak ambil pengajaran. Tak serik-serik.


Itu saja la nasihat ikhlas saya. Sebab ada kadang-kadang orang tanya pasal benda ni. Saya nak terang pun serba salah. Nanti orang cakap saya bias sebab ada kepentingan.


Lepas saya dah tulis sekali ni, cukup la ye. Boleh pakat-pakat baca. Nak share pun ok. Takyah minta izin.


Untung tu penting. Tapi tak rugi tu jauh lebih penting. Elakkan rugi tu lebih utama dari mengejar untung.


Kaya itu penting. Tapi tak jatuh miskin tu jauh lebih penting. Elakkan jatuh miskin tu lebih utama dari jadi kaya.


Duit yang kita ada pun tak banyak. Bertahun-tahun kita kumpul. Kadang-kadang tu, cukup-cukup makan je setiap bulan. Jangan la pi duk mengarut habiskan duit kita pada benda yang tak masuk akal. Jangan cari penyakit. Menyesal kita nanti.


Sekian saja. Saya minta maaf kalau ada tersalah kata, terkasar bahasa, tergurau senda. Tiada niat lain, kecuali untuk mengajak semua berhati-hati dan berjaga-jaga.


Kalau tak setuju dengan apa yang saya tulis, jangan pulak kutuk saya. Abaikan saja.


Semoga bermanfaat buat yang lainnya.

Terima kasih Ustaz atas tulisan yang amat bermanfaat ini. Ini la wajah Ustaz KAB kesayangan kami Wakil Jualan KAB Gold.


Jom! Simpan Emas.

NOTA KAKI AKU:

Aku amat setuju apa yang Ustaz KAB ni cakap. Orang kita ni memang cepat je terpedaya bila cerita pasal untung yang banyak ni tapi malas mengkaji. Bila dah rugi nanti baru nak nak menyesal. Dah tu habis semua orang yang buat benda betul pun dia tak percaya. Nak ajak buat benda betul memang susah. 

Usahawan vs Bell Ngasri

 


Apa yang usahawan boleh belajar daripada kejayaan Bell Ngasri?

1. KONSISTEN
Beliau berjaya meraih anugerah pertama selepas 37 tahun berada dalam industri hiburan.

Ia bukan satu tempoh yang pendek dan tak ramai yang sanggup.

Ramai artis yang dah bersara dalam tempoh tersebut, dan ramai juga yang hanya suam-suam kuku, tapi tidak bagi Bell.

Ibarat kelapa, makin tua makin menjadi.

Apa yang kita boleh belajar sebagai usahawan ialah jangan mudah putus asa.

Jika baru buat bisnes beberapa tahun tapi belum capai matlamat, rileks...

Fokus kepada usaha. Trust the system.

Nak jadi usahawan berjaya tapi baru kena reject sikit, terus merengek dan healing sampai pagi tak balik. Tak boleh la macam ni.

2. IMEJ BERSIH DAN TAK PERLUKAN KONTROVERSI

Sepanjang 37 tahun Bell dalam industri, tak ada sebarang kontroversi negatif yang melanda Bell kecuali makan di siang hari pada bulan puasa 🤣

Beliau juga tak perlu menyanyi pakai baju pelik-pelik untuk dikenali ramai. Tidak perlu juga buat video-video kontroversi untuk kekal relevan. Tidak juga perlu buat video joget, buka baju dan seumpamanya.

Apa yang usahawan boleh belajar, untuk berjaya tak perlu pun buat perkara-perkara kontroversi negatif.

Silap gaya, ia boleh merosakkan imej.

3. FIZIKAL BUKAN PENENTU KEJAYAAN

Jika dilihat faktor luaran dan fizikal Bell Ngasri, beliau biasa-biasa sahaja. Tidaklah kacak yang menjadi kegilaan gegadis seperti Aaron Aziz atau Fattah Amin. Tambah pula dia seorang yang rendah tak cukup inci di samping merendah diri.

Jadi apa yang kita boleh belajar sebagai usahawan, jangan menjadi faktor fizikal dan luaran semata untuk berjaya.

Bayangkan individu seperti Bell dalam industri hiburan yang sangat mengutamakan raut wajah pun boleh berjaya, maknanya kita pun ada peluang yang sama.

Jack Ma, Elon Musk pun bukannya hensem sangat pun kan?

4. KESUNGGUHAN DAN PENGORBANAN 100%

Dalam satu wawancara, Bell pernah berkata, "Hari pernikahan dan hari bersanding pun saya bekerja."

Nampak tak kesungguhan Bell? Kalau bandingkan dengan sesetengah anak muda yang baru berjinak-jinak dalam bisnes, jauh panggang daripada api.

Nak ajak buat kerja part time waktu malam lepas office hour, bagi alasan penat baru balik kerja.

Ajak waktu hari cuti hujung minggu, bagi alasan nak berehat bersama keluarga.

Tapi setiap hari duk mengadu di media sosial merengek gaji tak cukup, harga barang naik. Tapi ajak kerja lebih sikit, taknak.

Nak berjaya tapi tak nak berkorban ibarat nak buang air tapi malas pergi tandas. Memang lencun.

5. PENGARUH DAN SOKONGAN KELUARGA

Bell memang lahir dalam keluarga seni. Dari zaman kanak-kanak beliau berlakon sehingga dewasa.

Ayah, abang, dan adik Bell Ngasri juga terlibat dalam industri hiburan tanah air sebagai pelakon dan penggiat seni.

Bell pernah ceritakan, masa mereka adik beradik masih kecil, ibu mereka bawa naik bas ke penggambaran. Biarpun ibunya bukan yang terlibat secara dalam bidang ini, tapi memberi sokongan kepada anak-anaknya.

Pengajaran untuk para usahawan, didiklah anak-anak ilmu bisnes sedari kecil.

Jika boleh, latih dan libatkan mereka dalam bidang keusahawanan kecil-kecilan sesuai dengan usia mereka.

Supaya mereka membesar sebagai usahawan.

6. ROM TIDAK DIBINA DALAM MASA SATU HARI

Kalau ikutkan, ketika Bell muncul kali pertama dalam arena seni 37 tahun lepas, ramai lagi artis yang sezaman dengan beliau. Tapi tak ramai yang sanggup melalui sejauh 37 tahun itu.

Tambahan pula, penglibatan Bell adalah dalam lakonan drama dan telefilem sahaja dan tidak pernah pegang watak utama dalam mana-mana filem. Ia bukan usaha yang mudah.

Kata kunci di sini, sebagai usahawan kita hendaklah bersabar dan jangan putus asa. Sebab kejayaan akan datang kepada orang yang tidak pernah kenal erti putus asa.

7. MENTOR YANG BETUL

Ramai yang mengaitkan kejayaan Bell Ngasri dengan arwah Mamat Khalid, pengarah telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa serta franchise Kampung Pisang yang dilakonkan oleh Bell sebagai Barkoba.

Watak ini paling diingati dan menjadi fenomena sehingga beliau meraih Anugerah Bintang Paling Popular tahun ini.

Apa yang usahawan boleh pelajari, mentor yang betul sangat penting dalam bisnes.

Bell berlakon di bawah banyak pengarah, tapi menonjol di tangan Allahyarham Mamat Khalid.


Jika kita dah berniaga lama masih belum berjaya, sama ada tak ada mentor yang betul atau jenis tak nak ikut cakap mentor.

8. FOKUS 

Sebenarnya pada awal-awal kemunculan Bell, beliau bukanlah seorang artis komedi.

Beliau banyak memegang watak serius dalam drama-drama ini.

Sebelum watak Barkoba yang sinonim dengan lawak jenaka dalam telefilem-telefilem puasa arahan arwah Mamat Khalid, banyak kali Bell muncul dengan watak serius.

Malah banyak juga beliau memegang watak antagonis seperti pelajar bermasalah, kaki buli, lawan mak ayah, dan seumpamanya yang jauh berbeza dengan watak Barkoba.

Tapi yang paling menonjol sehingga membawa kepada kemenangan kali ini ialah watak jenaka. 

Jadi kita sebagai usahawan kena fokus jika betul-betul hendak berjaya.

Jangan sekejap nak jadi ejen takaful, lepas tu nak jadi ejen unit trust, lepas tu nak jadi REN, lepas tu nak jual emas, lepas tu nak jual penapis air, dan akhirnya semua ke laut China Selatan.

Masa-masa awal tu ok la, tapi kalau tiap-tiap tahun tukar bisnes ni apa cerita?

9. TIDAK MEMILIH 

Kalau dilihat kepada senarai artis yang memenangi Anugerah Bintang Paling Popular, beliau artis ketiga daripada kategori pelawak selepas Saiful Apek dan Nabil. 

Dan seingat saya, beliau satu-satunya artis yang menang daripada kalangan pelakon drama /telefilm lelaki . Jika daripada kalangan pelakon filem sudah banyak kali, tapi daripada kalangan pelakon drama dan telefilm lelaki, seingat saya ini kali pertama.

Malah, majoriti besar lakonan Bell adalah watak pembantu dan watak sampingan, bukannya watak utama pun.

Apa yang usahawan boleh belajar ialah, hidup ini jangan terlalu memilih untuk berusaha.

Tambah-tambah lagi dalam ekonomi yang sangat mencabar ini.

Kalau jenis sikit-sikit malu, sikit-sikit malas, susah sikit pun taknak, bagi kerja lebih dah bersungut, penat sikit dah merengek nak healing sampai pagi tak balik - memang tak ada harapan nak jadi usahawan berjaya.


10. HARGAI KELUARGA, GURU, DAN MENTOR 

Kita dapat lihat bagaimana Bell meraikan kejayaan bersama keluarga termasuk ibu bapanya, adik-beradik, dan isteri yang menyokong beliau sebelum terkenal lagi.

Malah dalam banyak wawancara beliau menceritakan tentang usaha ibu dan ayahnya ketika zaman awal kemunculan.

Beliau juga banyak kali berkongsi pengalaman bagaimana beliau dibimbing oleh Allahyarham Mamat Khalid untuk menjayakan watak Barkoba yang menjadi fenomena, biarpun arwah sudah tiada.

Pengajaran kepada para usahawan, jangan lupa kepada keluarga dan guru yang membantu kita sebelum kita mencapai sebarang kejayaan.

Jangan ingat kita berjaya atas faktor kita semata. Jangan jadi kacang lupakan kulit.

Baru berjaya sedikit, terus lupa siapa yang menyokong kita sewaktu kita belum punya apa-apa suatu ketika dahulu.

Ada juga yang jenis baru berjaya sikit dah lupa daratan, lupa guru dan mentor yang ajar skill berniaga masa tak tahu apa-apa.


11. TRADEMARK KAIN PELIKAT IKAT KEPALA 

Bell sangat sinonim dengan watak Barkoba dengan imej ikat kain pelekat di kepala.

Sehinggakan dalam majlis grand Anugerah Bintang Popular pun dipakainya!

Apa yang usahawan boleh belajar, cipta imej dan trademark bisnes supaya orang kenal dari jauh.

Sekarang ni, kalau sesiapa pakai kain pelikat di kepala, terus teringat Barkoba.


Credit to Afyan Mat Rawi IFP


NOTA KAKI: 

Aku merupakan Agent Takaful. Lepas 10  tahun dengan Takaful baru aku berjinak-jinak sebagai Wakil Jualan Emas yang aktif. Sebelum menjadi Agent Takaful, aku memang dah lama ada buat business sendiri, i.e Mobile Spa, Stokis & Agent untuk beberapa product, meniaga di Shopee (ni terjebak masa PKP, side income yang lain agak struggle masa tu). Pada aku tak ada masalah nak buat banyak-banyak business tapi mesti focus satu-satu dulu. At least try buat 5 tahun dulu, baru la tukar (kalau rasa tak sesuai) atau tambah. Kini, yang jualan product tu aku dah tak focus sangat. Aku lebih focus kepada Takaful & Emas. Lepas pencen nanti (lagi 2 tahun, In Shaa Allah), maybe aku akan focus balik business urut aku tu. 

Wednesday, July 19, 2023

Marilah Berhijrah

HIJRAH KE KAB GOLD.

(Tulisan asal CEO KAB Gold)


Suatu masa dahulu, saya pernah jadi dealer yang sangat berjaya di sebuah syarikat emas terkemuka dalam negara. 


Dalam waktu yang singkat saja, saya berjaya menerobos dan meloloskan diri dengan pantas sekali sehingga mengatasi pencapaian orang lain yang bermula jauh lebih awal daripada saya.


Yelah… buat dengan betul, buat dengan sabar. Kejayaan tidaklah sesukar mana untuk dijangka. Itulah sebenarnya azimat yang saya pegang.


Cuma, dalam hati saya tersemat satu azam demi agama. Saya mahu buat sesuatu yang boleh menaikkan nama orang Islam dan meroketkan pencapaian sebagai seorang Muslim yang sebenar.


Setiap hari saya berdoa. Setiap hari saya sebut.


Ya Allah, bantulah aku demi agamaMu. Aku teringin sangat nak miliki sebuah syarikat jual beli emas. Ada banyak benda baik yang boleh aku terapkan jika Engkau izinkan aku memiliki syarikat jual beli emas aku sendiri.


Alhamdulillah… doa setiap hari akhirnya dimakbulkan oleh Allah SWT. 


Secara rasminya pada 1 Februari 2021, KAB Gold diperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Serentak dengan itu jugalah, langkah saya di syarikat lama tersebut terhenti.


Dengan lafaz bismillah saya mulakan perjalanan. Semuanya bermula dengan penerapan prinsip Islam, Iman dan Ihsan dalam perniagaan.


Patuh Syariah tu dah tentu. Tapi saya nak lebih dari sekadar patuh Syariah iaitu sentiasa dipandu oleh Syariah.


Sebagai pendiri bisnes, saya sendiri akan pastikan tahap patuh Syariah di KAB Gold sentiasa berada di tahap tertinggi. Para pelanggan boleh bermuamalah dengan KAB Gold dengan yakin dan tanpa was-was.


Tanggungjawab perniagaan sebegini bukan habis sekadar di dunia. Tapi ia juga berlanjutan sehingga ke akhirat.


Dari benda paling asas seperti emas yang wujud ketika transaksi dibuat (stok emas yang tersedia dipaparkan setiap masa) sehinggalah kepada perkara yang melibatkan hak dan keseronokan para pelanggan (sebagai contoh dalam akaun Uncang Emas, tiada syarat untuk meninggalkan baki minima) semuanya saya akan pastikan ianya terbina atas prinsip-prinsip Islam, Iman dan Ihsan.


Saya selalu terfikir. Bisnes apa saja di Malaysia ini, jika orang Melayu Islam yang menjadi penyokong, bisnes tersebut akan kekal bertahan lebih lama. Tidak kiralah siapa pemiliknya.


Justeru pada hari baik dan bulan baik ini, di tahun baru Hijrah 1445 ini, saya dengan rendah hati ingin mengajak semua orang Islam di seluruh negara untuk menyokong perjuangan saya dalam perniagaan emas.


Marilah kita beramai-ramai berhijrah menjadi pelanggan KAB Gold. Daftar percuma sahaja. Tiada syarat untuk buat belian emas ketika pendaftaran.


Cuma, kalau nak berjaya dengan emas, tiada jalan pintas melainkan kena membeli emas. Langkah pertama adalah langkah kejayaan.


Tambah menarik pada bulan ini, akan ada pelanggan baharu yang akan dapat hadiah gram emas percuma dari saya. Syaratnya, daftar dan beli emas walaupun dengan nilai 0.25 gram (ini nilai terendah yang boleh dibeli).


Bagi yang nak buat duit sebagai pendapatan sampingan, boleh terus buat belian sebagai Wakil Jualan.


Promosi sehari hari ini sahaja :


🙂 Beli 5 gram (RM1,575) terus jadi Gold Advisor.


🙂 Beli 14 gram (RM4,410) terus jadi Gold Manager.


Ditambah lagi dengan hadiah emas percuma untuk yang bertuah.


🙂 Pelanggan baharu dengan belian.


🙂 Pelanggan sedia ada dengan belian.


Best kan? Takkan la tak best.


Inilah KAB Gold.


Click sini untuk buka akaun percuma dengan KAB Gold 


Click sini untuk bantuan 


Click sini untuk info lanjut


#farahkaya #sweetfarah #fantasticfarah #pembimbingemaspalingsweet

Friday, June 16, 2023

Oh! My iPad

Bila hari tu iPad aku dikatakan dah tak compatible to support EaSE & EPP...dengan segera aku pergi beli iPad baru. Itu maksudnya aku serious dengan apa yang aku buat walaupun hanya part-time. Will be full-time when retire ☺️☺️☺️. Sabar Farah sabar. Lagi 2 tahun je. Tapi kan, kalau tetiba aku jadi MDRT sebelum sempat aku retire (who knows...rezeki kita tak tau)...mau aku ambik early retirement.

Ingat nak trade-in iPad lama. Sekali laku RM30 je 😂😂😂. Hina betul pakai iPad. 😝😝😝. Nasib baik iPad tu iPad free....iPad lucky draw.

Lepas beli iPad tu kan semua setting kena buat semula. So, lepas beli tu aku godek sikit-sikit je. Boleh pitam aku nak memahamkannya. Old school macam tu la. Mujur la team intermediaries support banyak membantu. Bila busy aku tak kisah. Bila free aku godek balik. Alhamdulillah, semua dah selesai. Dah boleh la aku cari kes banyak-banyak lepas ni. Korang support la aku ye! Aku ada matlamat yang aku nak buat bila aku success dalam bidang Takaful ni which is aku tak boleh beritahu sekarang. Yang pasti apa yang aku nak buat tu adalah untuk kebaikan orang Islam juga.

Ribu riban dah habis kat iPad tu. Lepas ni focus to be MDRT. Aku harap sangat ramai orang akan support aku lepas ni. Seronok tengok orang jadi MDRT....aku pun nak juga.

See, iPad pun color aura aku. 🥰🥰🥰. Nampak tak betapa seriousnya aku? Ini la amanah yang perlu aku pikul & jalankan sebaik mungkin. 

Aku sayang iPad lama aku. Tapi, aku lagi sayang iPad yang baru ni sebab iPad baru ni aku beli hasil dari titik peluh aku sendiri. Sebab tu bila iPad lama tu dia orang nak ambik RM30 je aku terus tarik hand brake.

Kalau korang ada nak bertanya tentang Pelan Takaful Keluarga ke atau Takaful Am, boleh la click sini. 


#farahkaya #sweetfarah #fantasticfarah

Sunday, June 11, 2023

Jambu Bol

Jambu Bol ni buah yang agak susah nak dapat sekarang ni. Aku percaya budak-budak sekarang ramai yang tak tahu jambu bol ni. Disebabkan susah nak dapat, suami aku usaha untuk tanam kat depan rumah & kat kebun gak.



Kat rumah ada sepokok. Dah banyak kalo berbuah tapi setiap kali berbuah memang bergaduh dengan musang & tupai je la. Asyik dia je dapat makan. Pesan kat dia jangan habiskan, tinggalkan sikit untuk kami. Sekali betul-betul dia tinggalkan sikit. 3 biji je. Pakej kau...siang tupai, malam musang. Meriah sungguh.

Kita balut dengan plastic dia koyakkan. Hari tu balut dengan kain, baru la dapat makan banyak sikit tapi still tak dapat nak bagi kat kawan-kawan. 


Kali ni bunganya lebat betul. Hari-hari binatang tu dah datang. Wah! Tak sabar nampaknya. Nak balut pun banyak mana la boleh balut. Nak balut kena panjat. Yang tinggi-tinggi tu memang tak dapat la. Sedekah kat binatang-binatang tu je la. Aku bukan apa, family & kawan-kawan dah pesan kalau berbuah dia orang nak sikit.

Korang ada tak petua camne nak halau si cik pai dengan cik sang tu? Korang doa-doa la agar kali ni dua sekawan tak bedal jambu tu sampai habis.

#farahkaya
#sweetfarah
#fantasticfarah