Sunday, July 23, 2023

Usahawan vs Bell Ngasri

 


Apa yang usahawan boleh belajar daripada kejayaan Bell Ngasri?

1. KONSISTEN
Beliau berjaya meraih anugerah pertama selepas 37 tahun berada dalam industri hiburan.

Ia bukan satu tempoh yang pendek dan tak ramai yang sanggup.

Ramai artis yang dah bersara dalam tempoh tersebut, dan ramai juga yang hanya suam-suam kuku, tapi tidak bagi Bell.

Ibarat kelapa, makin tua makin menjadi.

Apa yang kita boleh belajar sebagai usahawan ialah jangan mudah putus asa.

Jika baru buat bisnes beberapa tahun tapi belum capai matlamat, rileks...

Fokus kepada usaha. Trust the system.

Nak jadi usahawan berjaya tapi baru kena reject sikit, terus merengek dan healing sampai pagi tak balik. Tak boleh la macam ni.

2. IMEJ BERSIH DAN TAK PERLUKAN KONTROVERSI

Sepanjang 37 tahun Bell dalam industri, tak ada sebarang kontroversi negatif yang melanda Bell kecuali makan di siang hari pada bulan puasa 🤣

Beliau juga tak perlu menyanyi pakai baju pelik-pelik untuk dikenali ramai. Tidak perlu juga buat video-video kontroversi untuk kekal relevan. Tidak juga perlu buat video joget, buka baju dan seumpamanya.

Apa yang usahawan boleh belajar, untuk berjaya tak perlu pun buat perkara-perkara kontroversi negatif.

Silap gaya, ia boleh merosakkan imej.

3. FIZIKAL BUKAN PENENTU KEJAYAAN

Jika dilihat faktor luaran dan fizikal Bell Ngasri, beliau biasa-biasa sahaja. Tidaklah kacak yang menjadi kegilaan gegadis seperti Aaron Aziz atau Fattah Amin. Tambah pula dia seorang yang rendah tak cukup inci di samping merendah diri.

Jadi apa yang kita boleh belajar sebagai usahawan, jangan menjadi faktor fizikal dan luaran semata untuk berjaya.

Bayangkan individu seperti Bell dalam industri hiburan yang sangat mengutamakan raut wajah pun boleh berjaya, maknanya kita pun ada peluang yang sama.

Jack Ma, Elon Musk pun bukannya hensem sangat pun kan?

4. KESUNGGUHAN DAN PENGORBANAN 100%

Dalam satu wawancara, Bell pernah berkata, "Hari pernikahan dan hari bersanding pun saya bekerja."

Nampak tak kesungguhan Bell? Kalau bandingkan dengan sesetengah anak muda yang baru berjinak-jinak dalam bisnes, jauh panggang daripada api.

Nak ajak buat kerja part time waktu malam lepas office hour, bagi alasan penat baru balik kerja.

Ajak waktu hari cuti hujung minggu, bagi alasan nak berehat bersama keluarga.

Tapi setiap hari duk mengadu di media sosial merengek gaji tak cukup, harga barang naik. Tapi ajak kerja lebih sikit, taknak.

Nak berjaya tapi tak nak berkorban ibarat nak buang air tapi malas pergi tandas. Memang lencun.

5. PENGARUH DAN SOKONGAN KELUARGA

Bell memang lahir dalam keluarga seni. Dari zaman kanak-kanak beliau berlakon sehingga dewasa.

Ayah, abang, dan adik Bell Ngasri juga terlibat dalam industri hiburan tanah air sebagai pelakon dan penggiat seni.

Bell pernah ceritakan, masa mereka adik beradik masih kecil, ibu mereka bawa naik bas ke penggambaran. Biarpun ibunya bukan yang terlibat secara dalam bidang ini, tapi memberi sokongan kepada anak-anaknya.

Pengajaran untuk para usahawan, didiklah anak-anak ilmu bisnes sedari kecil.

Jika boleh, latih dan libatkan mereka dalam bidang keusahawanan kecil-kecilan sesuai dengan usia mereka.

Supaya mereka membesar sebagai usahawan.

6. ROM TIDAK DIBINA DALAM MASA SATU HARI

Kalau ikutkan, ketika Bell muncul kali pertama dalam arena seni 37 tahun lepas, ramai lagi artis yang sezaman dengan beliau. Tapi tak ramai yang sanggup melalui sejauh 37 tahun itu.

Tambahan pula, penglibatan Bell adalah dalam lakonan drama dan telefilem sahaja dan tidak pernah pegang watak utama dalam mana-mana filem. Ia bukan usaha yang mudah.

Kata kunci di sini, sebagai usahawan kita hendaklah bersabar dan jangan putus asa. Sebab kejayaan akan datang kepada orang yang tidak pernah kenal erti putus asa.

7. MENTOR YANG BETUL

Ramai yang mengaitkan kejayaan Bell Ngasri dengan arwah Mamat Khalid, pengarah telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa serta franchise Kampung Pisang yang dilakonkan oleh Bell sebagai Barkoba.

Watak ini paling diingati dan menjadi fenomena sehingga beliau meraih Anugerah Bintang Paling Popular tahun ini.

Apa yang usahawan boleh pelajari, mentor yang betul sangat penting dalam bisnes.

Bell berlakon di bawah banyak pengarah, tapi menonjol di tangan Allahyarham Mamat Khalid.


Jika kita dah berniaga lama masih belum berjaya, sama ada tak ada mentor yang betul atau jenis tak nak ikut cakap mentor.

8. FOKUS 

Sebenarnya pada awal-awal kemunculan Bell, beliau bukanlah seorang artis komedi.

Beliau banyak memegang watak serius dalam drama-drama ini.

Sebelum watak Barkoba yang sinonim dengan lawak jenaka dalam telefilem-telefilem puasa arahan arwah Mamat Khalid, banyak kali Bell muncul dengan watak serius.

Malah banyak juga beliau memegang watak antagonis seperti pelajar bermasalah, kaki buli, lawan mak ayah, dan seumpamanya yang jauh berbeza dengan watak Barkoba.

Tapi yang paling menonjol sehingga membawa kepada kemenangan kali ini ialah watak jenaka. 

Jadi kita sebagai usahawan kena fokus jika betul-betul hendak berjaya.

Jangan sekejap nak jadi ejen takaful, lepas tu nak jadi ejen unit trust, lepas tu nak jadi REN, lepas tu nak jual emas, lepas tu nak jual penapis air, dan akhirnya semua ke laut China Selatan.

Masa-masa awal tu ok la, tapi kalau tiap-tiap tahun tukar bisnes ni apa cerita?

9. TIDAK MEMILIH 

Kalau dilihat kepada senarai artis yang memenangi Anugerah Bintang Paling Popular, beliau artis ketiga daripada kategori pelawak selepas Saiful Apek dan Nabil. 

Dan seingat saya, beliau satu-satunya artis yang menang daripada kalangan pelakon drama /telefilm lelaki . Jika daripada kalangan pelakon filem sudah banyak kali, tapi daripada kalangan pelakon drama dan telefilm lelaki, seingat saya ini kali pertama.

Malah, majoriti besar lakonan Bell adalah watak pembantu dan watak sampingan, bukannya watak utama pun.

Apa yang usahawan boleh belajar ialah, hidup ini jangan terlalu memilih untuk berusaha.

Tambah-tambah lagi dalam ekonomi yang sangat mencabar ini.

Kalau jenis sikit-sikit malu, sikit-sikit malas, susah sikit pun taknak, bagi kerja lebih dah bersungut, penat sikit dah merengek nak healing sampai pagi tak balik - memang tak ada harapan nak jadi usahawan berjaya.


10. HARGAI KELUARGA, GURU, DAN MENTOR 

Kita dapat lihat bagaimana Bell meraikan kejayaan bersama keluarga termasuk ibu bapanya, adik-beradik, dan isteri yang menyokong beliau sebelum terkenal lagi.

Malah dalam banyak wawancara beliau menceritakan tentang usaha ibu dan ayahnya ketika zaman awal kemunculan.

Beliau juga banyak kali berkongsi pengalaman bagaimana beliau dibimbing oleh Allahyarham Mamat Khalid untuk menjayakan watak Barkoba yang menjadi fenomena, biarpun arwah sudah tiada.

Pengajaran kepada para usahawan, jangan lupa kepada keluarga dan guru yang membantu kita sebelum kita mencapai sebarang kejayaan.

Jangan ingat kita berjaya atas faktor kita semata. Jangan jadi kacang lupakan kulit.

Baru berjaya sedikit, terus lupa siapa yang menyokong kita sewaktu kita belum punya apa-apa suatu ketika dahulu.

Ada juga yang jenis baru berjaya sikit dah lupa daratan, lupa guru dan mentor yang ajar skill berniaga masa tak tahu apa-apa.


11. TRADEMARK KAIN PELIKAT IKAT KEPALA 

Bell sangat sinonim dengan watak Barkoba dengan imej ikat kain pelekat di kepala.

Sehinggakan dalam majlis grand Anugerah Bintang Popular pun dipakainya!

Apa yang usahawan boleh belajar, cipta imej dan trademark bisnes supaya orang kenal dari jauh.

Sekarang ni, kalau sesiapa pakai kain pelikat di kepala, terus teringat Barkoba.


Credit to Afyan Mat Rawi IFP


NOTA KAKI: 

Aku merupakan Agent Takaful. Lepas 10  tahun dengan Takaful baru aku berjinak-jinak sebagai Wakil Jualan Emas yang aktif. Sebelum menjadi Agent Takaful, aku memang dah lama ada buat business sendiri, i.e Mobile Spa, Stokis & Agent untuk beberapa product, meniaga di Shopee (ni terjebak masa PKP, side income yang lain agak struggle masa tu). Pada aku tak ada masalah nak buat banyak-banyak business tapi mesti focus satu-satu dulu. At least try buat 5 tahun dulu, baru la tukar (kalau rasa tak sesuai) atau tambah. Kini, yang jualan product tu aku dah tak focus sangat. Aku lebih focus kepada Takaful & Emas. Lepas pencen nanti (lagi 2 tahun, In Shaa Allah), maybe aku akan focus balik business urut aku tu. 

No comments:

Post a Comment