Sunday, July 23, 2023

Tulisan Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB)

 


Saya meniaga emas ni dah lama. Sejak tahun 2013 lagi. Kiranya dah 10 tahun la jugak lebih kurang.

Mula-mula dulu just jadi ejen syarikat emas je. Kenal la sepak terajang orang beli emas. Saya boleh tahu la apa orang suka dan apa orang tak suka pasal emas ni.


Sejak 3 tahun lepas, saya dah mula ada syarikat emas saya sendiri. Kalau dulu tahu harga jual beli emas je, sekarang saya dah tahu harga kasar emas mentah, segala kos production emas, margin untung rugi secara praktikal dan sebagainya. 


Tak keterlaluan kalau saya katakan, saya boleh tahu orang meniaga emas tu betul atau bohong. Sebab saya dah jumpa macam-macam jenis peniaga emas.


Bukan setakat tu saja. Saya juga tulis buku tentang emas. Saya conduct seminar dan training tentang emas. Orang yang dah ambil manfaat dengan buku dan seminar saya mungkin dah beratus ribu orang.


Jadi, saya kagum jugak la bila ada sorang dua yang baru nak kenal emas tiba-tiba beria ajak saya join bisnes emas entah hape hape entah. Jadi terbalik kot habis. Dia pulak yang nak mengajar kita. Hoho…


Lipat sana lipat sini. Ganda sana ganda sini. Pajak sana pajak sini. Pembiayaan sana pembiayaan sini.


Lepas tu duk highlight untung sana untung sini. Untung je memanjang. Tak pernah nak rugi. Asyik untung saja.


Tak cukup dengan cerita untung, cerita pulak income. Ada yang ratus, ada yang ribu. Ada yang puluh ribu, ada yang ratus ribu. Boleh terbeliak biji mata kira digit.


Sepanjang lebih 10 tahun saya dalam bidang emas ni, dah macam-macam orang dan syarikat yang buat benda macam ni. Orang yang pernah tersontot, depa tahu la nama syarikat tu. Ada yang dalam Malaysia dan ada yang luar Malaysia. Semua hebat-hebat!


Begini aje la saya nak cerita.


✅ Jual beli emas ni straight forward saja. Kita beli dan kita jual emas. So, tunjuk la produk emas yang kita nak jual beli tu. Proses jual beli dia, nak beli kat mana nak jual kat mana. Tak perlu cerita benda lain.


✅ Dia kalau orang jual emas, tiba-tiba takde sangat tunjuk emas tapi duk tunjuk berapa dia untung atau berapa banyak duit dia dalam bank, kita pun boleh fikir sendiri la. Nak jual emas ke nak jual pelan kasi untung?


✅ Emas ni dia tak beranak dengan sendiri. Kecuali kita beli tambah sendiri dengan duit kita sendiri. Kalau beli tambah dengan duit orang lain, itu tak aci la. Sebab duit orang lain tu hutang. Hutang nak kena bayar pulak. Kan ke susah tu! 


✅ Sama jugak dengan bab gadai. Mazhab gadai menggadai untuk tambah beli emas ni memang mazhab yang gagal sepanjang zaman. Ingat dulu scammer emas tersohor tanahair, Tok Belagak? Dia siap round Malaysia buat seminar teknik manipulasi arrahnu lagi. Last-last, emas ke mana, Tok Belagak ke mana.


✅ Arrahnu tempat kita dapat pembiayaan segera bercagarkan emas. Kalau ada keperluan, manfaatkan Arrahnu. Kalau takde keperluan, jangan cari pasal dengan Arrahnu. Duit yang kita dapat ialah hutang. Emas yang kita gadai tetap dalam kandang sehinggalah kita tebus. So, kat mana yang untung guna Arrahnu untuk tambah aset ni? Silap haribulan, emas tu last sekali kena lelong sebab kita tak mampu nak tebus pun.


Jadi, kat mana seronoknya bisnes emas tapi tak highlight sangat emas, cuma highlight untung ni?


Seronoknya ialah pada 2 benda. Confirm yang berdua ni akan rasa seronok sangat.


✅ Tuan punya bisnes seronok pusing duit orang. Kalau customer ada kena bayar yuran apa-apa, haaaa.. itu bukan seronok lagi, malah beronok-ronok tuan punya bisnes. Yuran ni boleh panggil apa saja la yang kita suka. Pokok pangkalnya, selain daripada duit kita yang kita laburkan untuk emas, yuran ni juga adalah bayaran hangus yang kita akan bayar kat tuan punya bisnes emas tu. Untung besar orang buat bisnes makan duit yuran ni.


✅ Dealer, ejen, promoter dan sebagainya seronok sebab dapat komisen daripada jumlah duit pelanggan yang dilaburkan dalam bisnes emas. Nilai komisen tak masuk akal. Saya dengan yakin boleh cakap, komisen sebesar itu bukan datang dari margin keuntungan harga emas. Saya tahu la sebab saya pun tokeh emas.


Ini yang menyebabkan lahir dan tumbuh pakar-pakar emas macam mee segera ni.


Entah dari mana datang pun kita tak tahu. Tapi, demi komisen lebat, ilmu tak penting sangat. Yang penting orang baru boleh join. Lagi ramai lagi bagus sebab lagi masyuk!


Yang tak seronok pulak ada 1 saja.


✅ Orang yang melabur dalam emas. Mereka ni la yang siang malam pagi petang duk termenung. Bila la nak balik modal. Atau bila la nak untung. Dah la masa join tak faham sangat pun bisnesnya macamana.


Last-last, termakan juga dengan ajakan supaya upgrade jadi dealer, ejen atau promoter la. Baru cepat dapat kejar balik duit yang keluar.


‘Ala kulli halnya.. pada pandangan saya, ini bukan meniaga emas. Ini meniaga pakej untung segera bertopengkan emas. Emas tu wayang saja. Yang sebenarnya bukan meniaga emas pun, tapi meniaga untung.


Itulah marketingnya pun. Untung, untung, untung, untung.. join la.. untung ni. Join la… untung ni.


Kesian orang kita. Tak serik-serik.


Berpijaklah di bumi yang nyata. Takde benda best yang percuma kat dunia ni. Nak kaya, kena kerja keras. Bukan join bisnes mengarut macam ni. Akhir sekali kita terpaksa membayar dengan harga yang mahal sebagai yuran kebodohan dan ketamakan.


Khusus untuk emas, jom kita back to basic. 


Beli emas, kumpul emas, simpan emas, bila perlu gadai atau jual emas. Amalkan yang simple-simple saja. Guna duit sendiri bukan duit orang lain.


Jangan duk kreatif sangat nak manipulasi sana sini. Nanti diri sendiri yang susah. Belajar dari kisah terdahulu.


Bukan takde kisah serupa sebelum ni. Dah banyak dah berlaku. Tapi itulah, tak pernah nak ambil pengajaran. Tak serik-serik.


Itu saja la nasihat ikhlas saya. Sebab ada kadang-kadang orang tanya pasal benda ni. Saya nak terang pun serba salah. Nanti orang cakap saya bias sebab ada kepentingan.


Lepas saya dah tulis sekali ni, cukup la ye. Boleh pakat-pakat baca. Nak share pun ok. Takyah minta izin.


Untung tu penting. Tapi tak rugi tu jauh lebih penting. Elakkan rugi tu lebih utama dari mengejar untung.


Kaya itu penting. Tapi tak jatuh miskin tu jauh lebih penting. Elakkan jatuh miskin tu lebih utama dari jadi kaya.


Duit yang kita ada pun tak banyak. Bertahun-tahun kita kumpul. Kadang-kadang tu, cukup-cukup makan je setiap bulan. Jangan la pi duk mengarut habiskan duit kita pada benda yang tak masuk akal. Jangan cari penyakit. Menyesal kita nanti.


Sekian saja. Saya minta maaf kalau ada tersalah kata, terkasar bahasa, tergurau senda. Tiada niat lain, kecuali untuk mengajak semua berhati-hati dan berjaga-jaga.


Kalau tak setuju dengan apa yang saya tulis, jangan pulak kutuk saya. Abaikan saja.


Semoga bermanfaat buat yang lainnya.

Terima kasih Ustaz atas tulisan yang amat bermanfaat ini. Ini la wajah Ustaz KAB kesayangan kami Wakil Jualan KAB Gold.


Jom! Simpan Emas.

NOTA KAKI AKU:

Aku amat setuju apa yang Ustaz KAB ni cakap. Orang kita ni memang cepat je terpedaya bila cerita pasal untung yang banyak ni tapi malas mengkaji. Bila dah rugi nanti baru nak nak menyesal. Dah tu habis semua orang yang buat benda betul pun dia tak percaya. Nak ajak buat benda betul memang susah. 

No comments:

Post a Comment