Sunday, March 10, 2024

Whatsapp vs Telegram

Antara WhatsApp & Telegram, korang prefer yang mana? Satu dimiliki oleh US dan satu lagi dimiliki oleh Russia.

Dari segi jumlah pengguna, aku pasti WhatsApp mengatasi Telegram. Ye la, WhatsApp ditubuhkan pada tahun 2009 manakala Telegram ditubuhkan pada tahun 2013. Sudah pasti la WhatsApp mengatasi Telegram.

Seorang kawan aku telah beralih sepenuhnya kepada Telegram. Kental betul hati dia.

Ok, kita cerita pasal faktor & ciri-ciri lain pulak.

Kalau personal message aku memang prefer WhatsApp. Kalau ada yang suka hantar gambar banyak-banyak aku lebih suka mereka hantar di Telegram supaya tak memberatkan memory telefon aku.

Tapi, banyak je WhatsApp group aku ada. Mana yang tak penting aku delete je. Kalau kat Telegram memang banyak aku join terutama yang berbentuk ilmiah.

Yang best-nya WhatsApp ni boleh update status sebanyak mana pun & dia boleh link terus kat FB. 

Sekarang ni WhatsApp pun dah ada channel macam Telegram. Pada aku channel Telegram still the best. Channel WhatsApp ni tak mesra pengguna.

Aku lebih suka Channel di Telegram  kerana Telegram simpan gambar, media, document, file, message di cloud. Walaupun kita baru join tapi kita still boleh baca yang lama punya message. Telegram Channel boleh memiliki bilangan ahli yang tidak terhad.

Kat Telegram kita boleh message orang tu walaupun kita tak ada nombor telefon dia.

Dari segi privacy, pada aku Telegram lebih selamat walaupun ramai orang kata Telegram mereka banyak kena hacked. Pada aku bila kita dah set privacy setting, in sya Allah selamat.

Hakikatnya dua-dua apps ni memang kita kena ada. 

WhatsApp - boleh buat group video call & ramai users. 

Telegram - ada pelbagai bot, privacy, file & data perkongsian disimpan di cloud tapi masih belum ramai user.

Disclaimer:
Pendapat ini adalah pendapat peribadi aku sendiri sebagai pengguna WhatsApp & Telegram.

Jemput la join Telegram Channel aku. Aku ada beberapa Telegram Channel.

1. Telegram Channel Nota Takaful
2. Telegram Channel Nota Emas
3. Telegram Channel Jual Product (ni tak aktif sangat pun sebab aku dah menjual di shopee)

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


No comments:

Post a Comment