Jemputan terakhir walimatulurus sebelum menyambut puasa.
Tahniah! Buat sahabat aku Noorjani kerana terima menantu sulung. Semoga tak lama lagi akan timang cucu. Korang tolong doakan aku pun akan cepat terima menantu ek 😁. Kawan-kawan sebaya malah ada yang lebih muda dari aku pun dah mempunyai ramai cucu. Anak-anak aku seorang pun belum kahwin. Anak-anak aku masing-masing dah berusia 31/27/25 tahun.
Seperti biasa, bila kawan-kawan office buat walimatulurus, majlis tersebut akan jadi macam reunion. Al-maklum, di majlis macam ni la kita semua akan berjumpa rakan-rakan yang telah pencen & yang dah berhenti. Macam majlis open house pun ada ni. SC Vs BNM. 😄 Nasib baik la hall besar, boleh la lelaki lama sikit.
Meriah majlisnya. Seronok dapat jumpa kawan-kawan. Walaupun, tak dapat jumpa semua, dapat tengok gambar dia orang je.
Aku sampai agak lewat kerana di awal pagi aku pergi ke Sekolah Emas dulu. Ada juga rakan-rakan yang datang lewat. Aku pun tak boleh nak stay lama. Husband ada urusan lain.
Semoga jalinan ukhuwah ini akan terus berkekalan. Al-Fatihah (dibaca) buat sahabat-sahabat yang telah pergi ke negeri abadi.
#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya
No comments:
Post a Comment