Monday, March 11, 2024

Marhaban Ya Ramadan



Syukur alhamdulillah kerana kita dipertemukan lagi pada Ramadan kali ini.

Aku dengan ini mengambil kesempatan untuk memohon ampun & maaf di atas segala kesilapan & kesalahan yang telah aku lakukan samada secara sengaja atau tidak. 

Andai ini Ramadan aku yang terakhir, aku memohon kekuatan, rahmat dan hidayah dari Allah agar Ramadan ini adalah yang terbaik, paling bererti dan paling berseri buat aku. 

Semoga bulan suci ini akan membawa keberkatan & kebahagiaan buat kita semua. Semoga setiap detik di bulan ini dipenuhi dengan rahmat dari Allah SWT dan segala amalan kita akan diterima oleh-Nya.

Selamat menjalani ibadah puasa 🫶

Ikuti aku di platform lain di sini.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farah

No comments:

Post a Comment