Sunday, December 24, 2023

Tunggu gaji masuk baru boleh jalan-jalan?

Ramai yang bitter dengan tweet ni.

Jika dipandang dari sudut negative, maka negative la jadinya & korang akan cakap dia berlagak. Silap haribulan, dia boleh kena kecam.

Tapi, jika dipandang dari sudut positive, memang tak ada yang salah dengan apa yang dia tulis tu. Malah, boleh dianggap sebagai satu tusukan yang tajam singgah di hati kita yang boleh buat kita insaf. Gitewww..

Secara peribadi, aku setuju dengan mesej yang cuba si ambrose sampaikan tu. Satu penghargaan buat beliau kerana dah berjaya keluar dari rat race. Rancang kewangan sebaiknya supaya kita boleh hidup selesa walaupun belum tiba hari gaji.

Nak menyimpan mesti kena paksa. Ia bukan tentang gaji besar atau kecil. Ia tentang tabiat. Kalau gaji besar pun tapi tak pandai manage, memang tak akan pernah cukup.

6 bulan yang dia sebut tu pun ada asasnya. Malah, ramai guru kewangan, termasuk aku sendiri memang selalu mencadangkan agar wujudkan simpanan 6 bulan dari pendapatan.

Jangan cepat marah atau mencebik bibir bila ada orang nasihatkan macam ni. Akui kelemahan sendiri iaitu tidak ada merancang kewangan & cuba perbaiki. Kalau tak tahu, belajar atau minta nasihat dari yang tahu.

Dulu-dulu aku pun pernah melakukan dosa kewangan juga. Selepas aku sedar, dah insaf dan belajar, sejak itu la aku mula mengajak dan mengajar orang menyimpan dan menguruskan kewangan mereka dengan betul. Nak dengar nak follow, silakan. Tak nak pun tak apa sebab duit kau bukan aku. Aku tak rugi apa-apa. Tapi, kalau ada orang follow & berjaya buat, aku tumpang gembira.

Dulu aku ada la cuba juga menyimpan. Tapi, asyik dikorek je. End up, saving tu makin tak bertambah. Simpan korek simpan korek. Ibarat simpanan yang tak ada matlamat. Simpan kat Tabung Haji pun dikorek gak. Tapi, itu dulu. Sekarang aku dah insaf 😬.

Sejak kenal Takaful & emas, tahap pengurusan kewangan dan simpanan aku menjadi lebih baik. Aku ada 4 Sijil Takaful & aku tukar simpanan dari duit kepada bentuk emas. Ia lebih kekal lama dan nilainya semakin meningkat. Bukan tu je tau! Lepas aku dah mula simpan emas, aku tak beli benda yang tak sepatutnya aku beli walaupun harga dia RM5. Aku menjadi lebih bijak bila berbelanja. Duit pun ada la simpan juga but the amount is just cukup for emergency fund. Bayangkan bila nak beli makanan, taukey kedai tu charge bekas RM1, malah plastic yang 20 sen tu pun aku tak nak beli, aku lebih rela guna tupperware & shopping bag sendiri. Sebab apa? Sebab, aku fikir macam ni, aku dah bayar lepas tu aku buang. Tak beri apa-apa manfaat pun. Membazir.

My advice is kalau nak ada simpanan yang lebih baik, simpan la dalam bentuk emas. Lagi banyak kita simpan, lagi baik.

bit.ly/auraemasfarah 💕

#pembimbingemaspalingsweet
#riskandfinancialadvisor
#bijakuruskewangan
#kabgold

No comments:

Post a Comment