Wednesday, April 20, 2022

Duit KWSP

Beberapa hari ni kecoh orang cakap pasal duit kwsp. Yang tak ada KWSP boleh dengar je la. Rugi kan tak ada KWSP?

Bagi yang dah dapat KWSP tu berbelanja la dengan berhemah. Belanja ikut keperluan bukan kemahuan. Duit ni kalau tak dipaksa simpan memang akan habis.

Alasan kononnya berbelanja ikut keperluan. Hakikatnya ramai yang belanja ikut kemahuan. Ada je benda nak dibeli. Sebab duit tengah banyak. Kalau tak ada duit ok je pulak tu.

Apa kata korang ambik 50% daripada duit KWSP yang korang dah keluarkan tu untuk beli emas. Lepas beberapa bulan korang tengok sendiri, duit tahan lama ke emas yang tahan lama? 

Jeng...jeng...jeng.

Aku ni tak la pandai sangat pasal ilmu emas tapi kalau nak mengajar korang one to one tu boleh la. Aku tak mintak upah pun. Untuk kebaikan korang gak. Bagi ilmu secara percuma kan ke besar pahala tu. 

Meh pm aku sekarang nak belas emas KAB Gold pun boleh, Quantum Metal pun boleh.


#fantasticfarah #sweetfarah #farahkaya



Saturday, April 9, 2022

Virtual Shop

Aku memang dah lama berimpian nak buka kedai sendiri....kedai fizikal ye bukan kedai maya. Kedai maya dah lama buka kat Facebook & Instagram. Lepas tu masa PKP tu aku buka kedai kat Shopee pulak. Aku berterima kasih pada Coach Zul sebab mengajar aku macamana nak meniaga & buka kedai di Shopee. Banyak aku belajar dari dia & dia sangat membantu. 

Yang terbaru ni aku buka kedai kat Telegram pulak. Carousell pun baru nak cuba-cuba. Ye la bukan semua orang ada account Shopee dan bukan semua suka membeli di Shopee. Ajom la korang support kedai kecil aku kat Telegram ye! Selagi ada platform menjual aku guna je sebab belum mampu lagi nak ada kedai fizikal ni. Kat Aeon & Malakat pun aku ada join. Tapi, walaupun dah ada kedai fizikal nanti... virtual shop tetap kena maintain sebab sekarang dunia dah berubah. Sekarang dunia hybrid. 🤩


Kalau aku ada kedai fizikal nanti, selain dari product aku sendiri, aku nak masukkan juga semua product dari DiG Circle Founding Member diikuti product dikalangan mereka yang sentiasa support aku. 

Dulu aku pernah buka spa. Mampu bertahan 3 tahun je. Ilmu tak cukup lagi masa tu. Lepas tutup tu aku sambung buat service dari rumah ke rumah sampai la sekarang. Disebabkan kegagalan tu aku lebih berhati-hati. Kena tengok banyak sudut & kena fikir seribu kali sebelum nak buka kedai lagi.

Doakan semoga segala apa yang aku hajati tercapai. Semoga segala yang aku cita-citakan akan tercapai. Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Semoga semua sudi follow virtual shop aku.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


Sunday, April 3, 2022

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum semua....

Aku nak ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua...tak kisah la samada korang followers aku ke, haters aku ke, client aku ke, kawan aku ke, sedara-mara aku ke atau sapa saja...janji korang tu Islam.

Tak payah nak gaduh-gaduh nak dengki-dengki nak iri hati bagai. Mari la kita semua bermaaf-maafan & hidup dalam keadaan aman & damai. Baru la hati korang rasa tenang & bahagia je.

Sejak pandemic aku dah tak jual kuih raya. Bagi peluang kat kawan-kawan lain pulak meniaga. Aku boleh focus business etiqa & kedai kat shopee je. Meh la promote kuih raya korang kat aku.

Boleh tak macam tu?

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Sunday, March 20, 2022

Kemalangan Melibatkan Orang Mabuk

Aku paling benci paling menyampah and paling tak suka bila kemalangan yang melibatkan orang mabuk ni. Dah tau mabuk pergi drive. Memang patut dia orang ni dikenakan hukuman yang berat supaya jadi pengajaran pada kaki mabuk ni.

Baru-baru ni kawan aku accident. Kena langgar dengan India mabuk katanya. Dia beritahu aku sebab dia ambik insurance kereta dia dengan aku. 

Syukur alhamdulillah dia selamat & kereta pun tak rosak teruk. 



Kita dah berhati-hati memandu tapi ada pihak lain yang cuai. Selalunya yang cuai tu tak mati pulak...yang berhati-hati tu yang mati. 

Sebelum keluar rumah kita amalkan la bacaan & doa apa yang patut supaya Allah lindungi perjalanan kita. Kalau nak berlaku juga itu dah memang takdir.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Friday, February 25, 2022

Hari Yang Tak Ada Masa Nak Layan Hal Mengarut - 24/2/2022

Pagi-pagi pergi Ar-Rahnu. Ni first time nak mencuba simpan emas kat Ar-Rahnu, lepas dapat ilmu dari adik aku baru la berani. Syukur alhamdulillah ada adik yang boleh share ilmu ni. Dapat la sikit-sikit ilmu di Ar-Rahnu ni. Lama gak urusan dia. Agaknya sebab 1st time kot.

Lepas tu terus ke Bank. Husband suruh masukkan duit meniaga dia. Dah alang-alang aku nak pergi Ar-Rahnu tu dia kirim la sekali. Lak, baru aku tau sekarang ni nak masukkan duit dalam account orang lain pun banyak tanya. Memula dia tanya duit apa. Bila aku cakap duit meniaga. Dia tanya lagi meniaga apa. Lepas tu dia mintak IC & nombor telefon. Dia kira duit tu kat machine oun, ada officer dia yang perhati sampai sudah. 

Nak buka account pun dah susah sekarang ni. Aku ada tanya counter tu kalau nak buka account kat bank ni macamana. Dia tanya aku balik buka account untuk apa? Aik! Itupun kena beritahu ke? Mungkin sekarang lain agaknya. Al-maklum sekarang ni banyak scammer. Aku pun cakap la, sebab sekarang aku dah mula berjinak-jinak dengan Ar-Rahnu, jadi aku tak nak pegang cash, biar duit tu di transfer terus ke account. Then, counter tu cakap kena bawak slip utility bill atau bank statement dari bank lain. Aku ingat nak buka account time tu gak la sebab setakat statement bank dekat fon pun boleh buat. Sekali dia cakap statement bank tu kena endorsed by bank. Aiseyman! Kena datang la gamaknya. Aku tanya berapa amount mula-mula untuk buka account. Dia cakap RM20. Laaa....RM20 je...ingatkan ratus-ratus atau ribu riban.

Selesai urusan Ar-Rahnu dengan Bank Rakyat, terus jumpa ADE pulak. Bincang pasal business etiqa la apa lagi. ADE tu dah macam leader aku. Semua benda aku tanya dia. Sepatutnya aku jumpa tu aku ada nak register new agent tapi disebabkan new agent tu banyak songeh, kerap ganggu aku & awal-awal dah tunjuk yang dia tak boleh nak bagi commitment, dah berfikiran negative then aku reject terus. Dah umur macam ni aku tak peningkan kepala. Biar lone ranger pun tak apa. Boleh apply CA je nanti. Ramai je kawan-kawan & agent serta staff dalam etiqa ni yang sedia bekerjasama. 

Lepas jumpa ADE, jumpa BDE pulak. Kawan aku nak sign-up jadi Agent General pulak. Bincang-bincang la pasal business general ni sekali. Berlagak ko....minum kat Molten Chocolate Cafe. Sekali sekala apa salahnya. Nak jadi business woman berjaya, kena la berlagak macam orang berjaya dulu. Eh! Duit aku bukan duit kau. Biaq p la nak berlagak pun....hahahaha.....ni aku nak tayang gambar kita orang ngeteh dengan BDE. Dengan ADE sebelum tu bukan setakat lupa nak bergambar, barang yang aku nak bagi kat dia pun aku lupa.





Saja je ambik gambar bagi nampak Hand Sanitizer tu 😂


Ingatkan sempat la nak berjimba-jimba ataupun window shopping dengan kawan aku sekejap. Tak sempat rupanya. Itupun barang shopee yang patut diposkan hari tu aku mintak tolong anak yang bungkuskan. Kalau tak ada yang nak tolong bungkus & hantarkan, mesti lagi awal aku kena balik.

Agak-agak kalau aku buat business full-time sekarang ni dah boleh ke? Ramai yang advise tunggu dulu. Ye la, lagi 3 tahun je nak retire. Dah la tu, sekarang ni ekonomi tak berapa bagus. Isu covid pun tak habis lagi. Kena buat solat istikharah ni.

Walaupun kepala masih sakit lagi ni, tetap gak nak tulis blog.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


Blackout

Ni bukan blackout TNB ye! 

Ni blackout manusia. Dah lama sangat penyakit ni tak datang. Tiba-tiba pagi ni dia datang pulak. Dalam orang dok sibuk-sibuk cerita pasal gegaran gempa bumi pagi ni, aku pulak kepala rasa bergegar dan berpusing. Orang yang ada low blood pressure je tau rasa dia macamana bila dia attach.

BP aku normal sebenarnya tapi bila time dia datang blackout ni....confirm BP akan low. Doctor kata tak ada ubat. Bila rasa macam nak blackout dia suruh makan gula-gula. Dia suruh stand-by gula-gula dalam handbag. Dan, dia pesan jaga makan jangan tak makan jangan diet. Masalahnya, sampai hari ni aku tak pernah simpan gula-gula dalam handbag. Ye la, sebab dia jarang datang. Buat semak je simpan gula-gula dalam handbag. Lama-lama dia melekit. Memang betul bila time penyakit ni datang, makan gula-gula (kadang sebiji cukup kadang kena 2 biji), lepas tu baring kejap...pasti ok. Kalau lambat bertindak memang blackout sekejap. Dia jadi sekejap je dalam beberapa second je. Cumanya lepas blackout tu kepala akan rasa sakit. Masalah lagi satu, ada waktu-waktu dia pun aku tak jaga makan. Kadang tu 1 hari tak makan. Eh! Tahan la pulak. Tak ada rasa lapar tak ada kena blackout. Kadang tu pagi dah breakfast pun, pukul 12 tengahari dah rasa lapar dah rasa menggigil. 

Aku pernah tiba-tiba terus blackout tanpa ada sign apa-apa. Masa tu belum kahwin. Sedar-sedar aku dah tergolek kat meja makan. 

Pernah aku tengah drive di tengah-tengah jem....pagi waktu nak pergi kerja. Time tu dia dah bagi sign. Kepala dah mula rasa berpinar. Pandangan dah mula gelap. Aku berzikir dengan yakinnya sepanjang jalan jem tu dengan niat yang baik. Alhamdulillah, lama-lama dia hilang. Lepas tu memang sakit kepala. Itu dah no hal. Nasib baik la tak ada apa-apa. Bila difikirkan bahaya sebenarnya. Aku patut berhenti. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya




Wednesday, February 23, 2022

Broadcast Message

Manusia ni macam-macam. 

Ada yang tak suka terima broadcast message. Ada yang tertunggu-tunggu broadcast message. Kebanyakkan broadcast broadcast message ni bagus.

Aku tabik spring & sangat respect dengan orang yang tak suka dapat broadcast message ni, dia akan pm & cakap elok-elok minta nama dia dikeluarkan dari list broadcast tu. Kita kena hormat keputusan mereka.

Ada orang bila dia dapat broadcast message & dia tak suka, dia terus block nombor tu, ada juga yang terus unsave nombor tu. Sanggup call guna whatsapp. Sanggup bersusah payah cari nombor kat dalam group atau tanya orang. 

Bagi aku pulak...aku tak ada masalah bila terima broadcast message ni. Selagi mana yang menghantar tu tak spam message (hantar setiap jam, hantar setiap hari benda yang sama) dan benda yang mereka hantar tu yang baik-baik, aku ok ke. Aku punya fikiran simple je....hari ni mungkin aku tak perlukan apa yang dia orang hantar kat broadcast message tu tapi mana tau esok lusa aku perlukan atau ada orang yang perlukan. Bila selalu dapat, kita akan ingat.  Kalau time aku busy aku pun tak baca message tu. Kadang bila dah banyak sangat aku delete je tanpa baca pun. Namun, untuk aku nak cakap dengan orang tu jangan hantar lagi atau unsave nama dia, memang tak. Lain la kalau dia dah mula spam. 

Hidup ini mudah. Hidup ini saling memerlukan. Kita mudahkan urusan orang Allah mudahkan urusan kita. Kita bantu orang, Allah bantu kita. Jangan pernah rasa penat untuk berbuat baik.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya