Perkongsian Ilmu, Maklumat Dan Rezeki Dari Meja Seorang Usahawan Takaful Kerdil & Penyimpan Bilis Emas Yang Bercita-cita Menjadi Jutawan Islam Yang Berjaya. Aku Pasti! Aku Mesti! Aku Boleh! Nothing is Impossible!!!
Saturday, March 4, 2023
Broadcast Message
Saturday, February 4, 2023
Claim Flight Delay
Korang pernah claim flight delay tak? Aku baru 1st time kena. Nak buat claim memang hassle sikit la. Semua claim macam tu. Walaupun aku agent, claim still kena submit macam korang gak. Kalau korang submit documents semua complete memang tak ada masalah.
Claim flight delay ni RM100 je pun tu sebab ada orang malas nak claim. Untuk client aku memang aku akan ajar. Kalau sangkut, aku akan bantu semampu boleh. Selebihnya claim dept yang bertanggungjawab. Tapi, tu la kadang-kadang client ni tak nak dengar cakap kita. Ada gak tu kita dah bantu tapi end up kita pulak yang kena marah balik. Betul la orang cakap...agent Takaful ni memang seorang yang penyabar....😄
Korang kalau nak pergi travel jangan lupa ambik travel insurance tau dan jangan lupa ambik dengan aku tau! Kenapa kena ambik dengan aku? Sebab aku bagi service yang terbaik kat korang. Tak caya try jadi client aku untuk tempoh 3 tahun...lepas tu korang boleh nilaikan. Confirm lepas tu korang akan pegang aku...cewah! 😊
Aku tak tipu ye...betul ni aku dapat claim. Flight aku delay 2 jam.
#farahkaya #sweetfarah #fantasticfarah
Saturday, December 31, 2022
Kalau Dah Jodoh....
Sunday, September 4, 2022
Sembang Santai Emas
Seminar terbuka buat semua orang. Best tau seminar emas yang dibuat oleh KAB Gold ni. Banyak perkongsian ilmu & info-info menarik pasal emas yang korang akan dapat.
Pada 7 September ni jam 8.30 malam, Sembang Santai Emas dengan tajuk "Kaya Itu Mulia" akan diadakan di Pejabat KAB Gold, Bangunan Lot 7, Jalan Gombak, KL. Korang yang duduk berdekatan boleh la datang.
OctaFX
Berita ni pasti mengejutkan ramai orang.
Tak semestinya bila dah iklan sana sini dah masuk TV sana sini dah keluar kat radio itu ini & ramai orang-orang popular yang join...ianya sah di sisi undang-undang.
Approval license pun orang boleh tipu tau. Boleh guna logo yang sah lagi. Bila check...eh! Tak ada rupanya. Bukan setakat forex je tau...semua yang melibatkan investment termasuk la gold investment. Semua korang kena check. Jangan telan bulat-bulat apa yang mereka cakap.
Jadilah orang yang bijak. Sayangilah duit kita. Jangan jadi tamak. Apa yang aku perhatikan orang-orang kita ni tamak. Nak cepat sangat kaya. Usaha malas. Nak kaya cara mudah. Mana ada jalan short cut untuk jadi kaya? Bila kaya cara mudah mula la show off kereta-kereta mewah, duit yang banyak, melancong sana sini...katanya disebabkan buat sekian sekian investment...untuk mempengaruhi orang lain to join. Hakikatnya...indah khabar dari rupa je. Halal Haram pun dah tak peduli. Main langgar je. Ooo company tu ada dapat Shariah complaint certificate ye! Ada penasihat shariah. Kau dah check betul-betul ke? Apa kau ingat asal Ustaz je dah boleh jadi penasihat shariah? Dah nampak keuntungan yang berganda-ganda lupa terus nak siasat.
Errr...yang aku tau forex tu haram. Kenapa masih ramai orang Islam nak invest di forex? Arghhhhh...ko kalau cakap dengan orang kaki forex ni memang ada je hujah depa. Lebih baik tak payah berhujah. Menulis je lebih baik.
Pengalaman mendewasakan aku. Pengalaman mematangkan aku. Pengalaman menjadikan aku lebih bijak di dalam membuat keputusan. Pengalaman tak semestinya apa yang kita lalui tapi juga apa yang orang sekeliling kita lalui.
#fantasticfarah #farahkaya #sweetfarah
Sunday, August 14, 2022
Limited Edition
Ilmu Aura Luar Biasa
Selalu dengar perkataan Aura tapi tak faham maksud sebenar Aura?
Bagi yang faham pulak, macamana nak praktik & apply supaya punyai Aura yang hebat & luar biasa?
Siapa yang punyai Aura hebat pasti akan ke depan, In Shaa Allah.
Betul ke Aura diri boleh diprogram menjadi magnet rezeki supaya sentiasa menarik tuah, wang, rezeki, kekayaan dsb?
Betul ke Aura juga boleh membuatkan nasib kita asyik malang, banyak masalah, sial (maaf cakap) & perkara-perkara negative lain?
Kadang-kadang bukan kita tak hebat, tak bagus atau tak rajin cuma tak ada Aura & energy je.
Kalau Aura kita cantik, sihat, dinamik...pasti kita akan disayangi hingga ke hujung langit. Ikhlas atau tak tu belakang cerita.
Nak Tahu Rahsia Kehebatan Aura Diri?
Nak Tahu Macamana Nak Meraih Tuah Yang Baik?
Nak Punyai Aura Magnetic Yang Buat Orang Suka & Sayang?
Ajommm...hadir kelas percuma untuk fahami, dalami & kuasai serta pelajari macamana nak praktikkan ilmu Aura ni.
TARIKH : 15 AUG 2022
HARI : ISNIN
WAKTU : 9.30mlm - 11.30mlm
Medium : Zoom
Yuran : PERCUMA
Guru : Dato’ Karl Ibrahim
Datin Ira Ghani
(Founder Aura Seri)
Whatsapp untuk daftarkan diri & saya akan bagi link kepada anda.











