Berita ni pasti mengejutkan ramai orang.
Tak semestinya bila dah iklan sana sini dah masuk TV sana sini dah keluar kat radio itu ini & ramai orang-orang popular yang join...ianya sah di sisi undang-undang.
Approval license pun orang boleh tipu tau. Boleh guna logo yang sah lagi. Bila check...eh! Tak ada rupanya. Bukan setakat forex je tau...semua yang melibatkan investment termasuk la gold investment. Semua korang kena check. Jangan telan bulat-bulat apa yang mereka cakap.
Jadilah orang yang bijak. Sayangilah duit kita. Jangan jadi tamak. Apa yang aku perhatikan orang-orang kita ni tamak. Nak cepat sangat kaya. Usaha malas. Nak kaya cara mudah. Mana ada jalan short cut untuk jadi kaya? Bila kaya cara mudah mula la show off kereta-kereta mewah, duit yang banyak, melancong sana sini...katanya disebabkan buat sekian sekian investment...untuk mempengaruhi orang lain to join. Hakikatnya...indah khabar dari rupa je. Halal Haram pun dah tak peduli. Main langgar je. Ooo company tu ada dapat Shariah complaint certificate ye! Ada penasihat shariah. Kau dah check betul-betul ke? Apa kau ingat asal Ustaz je dah boleh jadi penasihat shariah? Dah nampak keuntungan yang berganda-ganda lupa terus nak siasat.
Errr...yang aku tau forex tu haram. Kenapa masih ramai orang Islam nak invest di forex? Arghhhhh...ko kalau cakap dengan orang kaki forex ni memang ada je hujah depa. Lebih baik tak payah berhujah. Menulis je lebih baik.
Pengalaman mendewasakan aku. Pengalaman mematangkan aku. Pengalaman menjadikan aku lebih bijak di dalam membuat keputusan. Pengalaman tak semestinya apa yang kita lalui tapi juga apa yang orang sekeliling kita lalui.
#fantasticfarah #farahkaya #sweetfarah
No comments:
Post a Comment