Perkongsian Ilmu, Maklumat Dan Rezeki Dari Meja Seorang Usahawan Takaful Kerdil & Penyimpan Bilis Emas Yang Bercita-cita Menjadi Jutawan Islam Yang Berjaya. Aku Pasti! Aku Mesti! Aku Boleh! Nothing is Impossible!!!
Saturday, April 9, 2022
Virtual Shop
Sunday, April 3, 2022
Selamat Berpuasa
Sunday, March 20, 2022
Kemalangan Melibatkan Orang Mabuk
Friday, February 25, 2022
Hari Yang Tak Ada Masa Nak Layan Hal Mengarut - 24/2/2022
#sweetfarah
#farahkaya
Blackout
Ni blackout manusia. Dah lama sangat penyakit ni tak datang. Tiba-tiba pagi ni dia datang pulak. Dalam orang dok sibuk-sibuk cerita pasal gegaran gempa bumi pagi ni, aku pulak kepala rasa bergegar dan berpusing. Orang yang ada low blood pressure je tau rasa dia macamana bila dia attach.
#sweetfarah
#farahkaya
Wednesday, February 23, 2022
Broadcast Message
Friday, February 18, 2022
Apam Balik Muar
Siapa pernah makan Apam Balik Muar ni?
Apam Balik Muar. Abaikan bentuknya yang petan petot tu ye! 😀😀 Tu dah sejuk baru aku nak ambik gambar.
Aku memang suka Apam Balik yang bulat-bulat ni je sebab dalam dia inti kacang merah. Ada ramai yang menjual Apam Balik ni. Aku selalu beli yang dekat bandar Muar tu. Dekat dengan bus-stand lama. Lupa daaa apa nama jalan tu. Memang Apam Balik dia sedap & popular. Nasib tak baik kalau korang datang pukul 12 dah habis. Nak beli Apam Balik ni memang kena booking terutama di hujung minggu. Adik aku kata hujung minggu (Sabtu & Ahad) kebanyakannya pembeli dia orang dari luar.
Pernah aku sampai sana sebelum pukul 12 untuk ambik Apam Balik yang aku dah booking. Abang tu kata dah habis. Kesian kakak tu datang dari KL semata-mata nak beli apam balik. Lepas tu dia cakap buat la lebih.
Aku rasa abang tu dia buat memang ada target. Dia tak tamak. Kalau target dia 20kg hari tu makanya kalau habis awal pun dia tak akan tambah lagi. Ni aku rasa la...tak tau betul ke tidak. Dah berpuluh tahun dia meniaga kat situ.
Dulu pernah la ada orang viral kan negative isu pasal kedai Apam Balik ni. Marah-marah sebab awal-awal dah habis. Macam-macam kata-kata negative dilemparkan tapi abang tu relax je. Apam Balik abang tu tetap laku macam biasa. Kalau kau tak dapat Apam Balik tu jangan la buat cerita buruk pasal business dia.
Apam balik dia memang sedap. Kepada yang belum cuba memang kena cuba Apam Balik ni. Kalau tak silap sekarang dia memang dah buat yang bulat je. Yang besar tu dah tak ada sebab terlampau banyak permintaan yang bulat. Arghhhh!!! Tetiba aku pulak yang rasa rindu dengan apam balik ni.
#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya