Saturday, September 23, 2023

Rezeki


Alhamdulillah, rezeki memang tak pernah salah alamat. Tahniah pada semua pemenang termasuk diri aku 😁


Sejak KAB Gold Kedah buat live, itu la 1st time aku join sebab dia orang selalu buat office hour. Kebetulan hari tu aku cuti. Bila buka Facebook, ternampak live tu terus aku join.


Aku ni memang jenis tak boleh join live lama-lama. Bila aku cakap nak undur diri dulu, depa kata nanti dah dekat-dekat nak habis masuk semula sebab ada lucky draw. Mana la aku nak tau live depa habis pukul berapa. Bila aku tanya depa kata lagi 15 minit. Then, aku pun tunggu je la.


Masa lucky draw 1st round yang dapat 0.1 gram Uncang Emas tu, semua nama yang dicabut ada waktu tu. Bila cabutan 2nd round yang dapat voucher Uncang Emas RM50 tu pun semua nama yang dicabut ada waktu itu kecuali cabutan terakhir. Cabutan terakhir tu sampai 3x cabut tapi semua ketiga-tiga nama tu tak muncul. Akhirnya, cabutan ke-4 baru la nama aku yang naik. Jadi, aku la yang jadi pemenangnya. Macam tu la.


Setiap orang rezekinya berbeza. Jangan pertikaikan rezeki orang. Jangan perlekehkan orang yang tak dapat atau lambat naik pangkat. Jangan hina orang yang bertahun-tahun kahwin yang masih belum punya anak. Jangan pandang rendah jika perkahwinan orang tu gagal...jangan dan jangan. Kita doakan mereka. Kita bersyukur dengan rezeki kita. Bukan semua yang dapat naik pangkat itu bagus kerjanya. Bukan semua yang tak dapat naik pangkat itu tak bagus kerjanya. Kalau Allah nak tarik rezeki kita, sekelip mata dia boleh tarik. Jangan sombong dengan apa yang kita ada sekarang. Semua milik Allah.


Rezeki kau dan aku tak sama. Semoga rezeki aku berterusan untuk memenangi semua hadiah lucky draw 😄


Jom! Simpan emas. Keseronokan simpan emas ni tak sama macam simpan duit. Click sini untuk info lanjut pasal emas.


#fantasticfarah #sweetfarah #farahkaya 

Adakah Rugi Ambil Takaful?

Rugi tak kalau bayar Takaful setiap bulan tapi tak guna sebab tak sakit dan tak ada claim?

Sikit pun tak rugi. Sebab👇👇👇

1. Boleh beri manfaat kepada orang lain yang ditimpa musibah - konsep Takaful bermaksud tolong-menolong antara satu sama lain. 



2. Sediakan payung sebelum hujan - kita tak tau bila kita akan ditimpa musibah. Jangan dah ada penyakit baru nak ambil Takaful.



3. Ambil awal, caruman rendah dan sum-covered tinggi - peruntukkan 10% daripada pendapatan untuk Takaful sudah memadai. Perlindungan itu lebih penting dari Medical Card. Utamakan Perlindungan terlebih dahulu.



4. Ketenangan minda - jika sesuatu terjadi pada kita yang mana manfaatnya tidak dapat digunakan waktu kita masih hidup, waris dapat meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa perlu meminta-minta. Manakala, jika manfaatnya dapat kita gunakan waktu hidup, kita dapat tidur dengan lena tanpa perlu meminta dari orang lain atau terpaksa menjual harta lain seperti rumah, kereta dan sebagainya.



Takaful ni ibarat kita bersedekah dalam diam. Semua orang tak nak sakit tapi kita kena merancang lebih awal. Hidup kena merancang. Perancang Kewangan terbaik adalah Takaful.



Farah Abdullah 
Risk & Financial Advisor 
TRUST ♥️ LOVE ♥️ RESPECT 

#agenttakafulpalingsweet

Sunday, September 17, 2023

Bubur Asyura


Bubur Asyura mak aku ni special tau. Dalam bubur tu sendiri dah ada daging  dan macam-macam "intan berlian" tapi still gak ada acar rampai, telur dadar, kacang, bawang goreng & daun bawang. Tersedap & terbaik di dunia. Ni kalo bahan dia penuh gini, kalo meniaga, agak-agak berapa harga kan? 😄😄

Ni bubur asyura versi selatan. Tempat korang punya bubur asyura pulak macamana? Share la.

My husband kalau makan bubur asyura ni, dia tak bubuh dah yang dalam bekas kecik tu. Dia makan macam tu je. Makan bubur tu saja pun sedap. Anak-anak aku pulak tak berapa pandai makan.

Biasa orang buat bubur asyura ni bulan Muharam je kan? Haaa...yang ni memang special. Mak aku cakap masa dia buat hari tu anak-anak dia yang dekat KL tak balik. Minggu ni adik aku balik kampung. Jadi, dia buat la & kirim kat adik aku. Sebab tu aku selalu cakap mak aku ni the best mother in the world.

Ni bahaya ni, bila sedap & jarang dapat....aku akan makan banyak. Lepas tu complain gemuk 🤣🤣🤣

#farahkaya
#sweetfarah
#fantasticfarah


Konferensi KAB Gold 2023


Tanggal 16 September 2023, ketika kebanyakan rakyat Malaysia duduk di rumah beristirehat bersama keluarga kerana cuti Hari Malaysia, aku dan suami serta beberapa rakan yang lain berada di Concorde Hotel Shah Alam kerana menghadiri Konferensi KAB Gold 2023. 

Pada asalnya aku register untuk hadir sebagai peserta tetapi aku telah diminta oleh pihak pengarah program untuk menjadi emcee. Sebenarnya, aku dah lama tak buat kerja emcee ni. Entah la, aku pun tak tau kenapa aku terus tinggalkan, padahal aku suka jadi emcee ni. Apatah, lagi aku tak pernah kendalikan majlis formal. Memang suspense weh! Syukur alhamdulillah, dengan pertolongan Allah aku dapat kendalikan majlis dengan baik dan tanpa rasa gementar. Pelik tapi benar.
 

Dengan usia KAB Gold yang baru 2 tahun 7, bulan, boleh aku katakan ini satu kejayaan buat mereka. Pelanggan mereka setakat 15/9/2023 sudah ada 30,085. Wakil Jualan pula sudah mencecah 2,589 orang. Ini termasuk la aku 😊. Jika ada sesiapa yang berminat nak jadi Wakil Jualan KAB Gold ataupun pelanggan KAB Gold, amat la dialu-alukan. Boleh register di sini. Pendaftaran PERCUMA dan tanpa dikenakan apa-apa syarat.

Peserta yang hadir dari pelbagai negeri termasuk la Singapore. Jika mereka yang dari jauh boleh sampai, apa alasan korang yang tinggal berdekatan tapi tak boleh datang. Ada yang datang dengan membawa anak kecil di dalam dewan. Ada yang datang bawa family tapi mereka duduk di bilik (mereka ni sanggup sewa bilik hotel).Kata orang, hendak seribu daya tak nak seribu dalih. 

Jujur cakap, aku memang suka pergi conference sebab banyak boleh dapat ilmu baru dengan perkongsian ilmu dari orang-orang yang hebat dan kita akan dapat build networking serta dapat kawan baru dalam bidang yang sama. Bila circle kita positive, secara automatic kita akan jadi positive.





Tahniah pada seluruh warga kerja KAB Gold kerana berjaya menganjurkan Konferensi untuk kali ke-2 dengan jayanya. Moga KAB Gold terus meroket. 

Makanan kat hotel pun sedap 😄😄
Biasa atas meja makan, hotel akan letak bunga. Yang ni dia orang letak logo KAB Gold. Aku suka.


Aku setuju dengan Dr Ahmad Sufyan kata - Simpanan emas pasti ada risiko. Tapi, risiko kalau tak simpan emas itu jauh lebih banyak dan besar.

Dalam kehidupan kita, apa saja yang kita buat semua ada risiko. Kecil dengan besar je risiko tu. Di sini la pentingnya ilmu.

Sekarang ni pula banyak scammer emas. Jadi, berhati-hati la. Jadi la orang yang bijak. Sebelum melabur, rujuk dulu pada pihak-pihak yang berkenaan. Jangan dah melabur baru nak rujuk. Yang pasti KAB Gold bukan scammer. 


Ini adalah sebahagian daripada AAA Empire yang dapat hadir. AAA Empire adalah Empire yang terbesar di KAB Gold. Sepertimana KAB Gold menitikberatkan ilmu, begitu la juga AAA Empire. Ilmu itu penting, walaupun korang hanya sebagai Penyimpan Emas. 

Buat Dengan Betul Buat Dengan Sabar, Insya-Allah berjaya. Berjaya sebagai Penyimpan Emas dan berjaya sebagai Wakil Jualan.


Farah Abdullah
Gold Group Manager
KAB Gold (KAB 10045)