Saturday, December 31, 2022

Kalau Dah Jodoh....

Assalamualaikum....
Agak lama juga aku tak update blog ni.

Nak story, baru-baru ni aku pergi wedding client a.k.a kawan aku ni.


Cantik sungguh percaturan Allah. Pengantin perempuan, Azlina ni aku kenal dah lama & dia pun ambik Takaful dengan aku dah lama. Satu family ambik dengan aku. Masa suami dia meninggal semua claim aku uruskan. Dia menangis dapat claim tu. Selepas hampir setahun, dia call aku sebab nak tambah lagi lagi plan Takaful untuk dia & anak dia. Masa jumpa ni la dia cerita yang dia ada jumpa seorang lelaki ni sudah berkenaan kat dia.

Dipendekkan cerita, lelaki itu satu office dengan aku. Secara kebetulan pulak masa dia cerita tu aku memang baru jumpa dengan Abang Din tu...jadi memang la aku cakap aku kenal cuma tak tau sangat pasal dia sebab dia baru lagi kat office aku tu.

Abang Din ni memang ikhlas nakkan si Azlina tu. Pada aku tak ada masalah...ye la duda bertemu balu. Cuma Azlina yang malu-malu & tak mau. 

Tapi, itu la jodoh. Tak lama perkenalan mereka akhirnya mereka diijabkabulkan pada 9/12/2022. 

Sekali lagi cantiknya percaturan Allah.... mereka buat kenduri di sebelah Abang Din pada 11/12/2022 di Melaka. Kebetulan, 10/12/2022 wedding cousin aku kat Tangkak. Memang cantik la, hari Ahad nak balik KL tu terus la pergi kenduri dia orang kat Melaka.


Jumpa beberapa orang je member office sebab yang lain dah balik. Lagipun Abang jemput member office tak ramai. Ye la, dia pun baru lagi kat SC.

Dalam pada nak balik, sempat lagi berborak dengan Pengantin & adik-beradik Abang Din. Borak punya borak rupanya si Dato' Rahim ni kawan kepada officemate aku. Sempoi ar Dato'Rahim ni.


Selamat Pengantin Baru buat Abang Din & Azlina. Semoga bahagia hingga ke Jannah. 

Lepas ni aku nak tuntut dengan Abang Din sebab masa sebelum kahwin dia cakap nak buat hibah Takaful tapi tunggu dia nikah dulu sebab dia nak hibahkan kat Azlina. 😄

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Sunday, September 4, 2022

Sembang Santai Emas

Seminar terbuka buat semua orang. Best tau seminar emas yang dibuat oleh KAB Gold ni. Banyak perkongsian ilmu & info-info menarik pasal emas yang korang akan dapat.

Pada 7 September ni jam 8.30 malam, Sembang Santai Emas dengan tajuk "Kaya Itu Mulia" akan diadakan di Pejabat KAB Gold, Bangunan Lot 7, Jalan Gombak, KL. Korang yang duduk berdekatan boleh la datang. 


Pada 10 September pulak jam 8.30 malam gak...haaa jauh Ustaz ni terbang. Sekali lagi akan dibuat di Sabah. Kali ini kat Sandakan. Korang yang ada kat Sandakan tu boleh la datang beramai-ramai. Tajuk seminar dia "Kenal Emas Hidup Bahagia". Depa buat dekat Mawar Commercial Center Sandakan.

Aku sarankan korang luangkan la masa untuk pergi seminar ni. Serious, memang best sangat. Orang yang sebelum ni berfikiran negative pasal emas, lepas datang seminar ni pasti korang akan tukar jadi positive. Aku tak pernah ketinggalan dari menghadiri Sembang Santai Emas ni kecuali kalau ada sebab yang menghalang aku dari menghadiri seminar ni. Aku kalau pergi memang aku angkut husband & anak-anak aku sekali. Sebab apa? Sebab ilmu. Aku nak mereka semua ada ilmu tentang emas ni. Aku tak nak mereka melabur di tempat yang bukan-bukan.

Yang lagi best, boleh merapatkan lagi hubungan ukhuwah sesama kita dan ada lucky draw tau. Makan tak payah risau la sebab mereka tak pernah la tak bagi makan. Tapi korang jangan main terjah je. Register la dulu supaya mudah untuk mereka prepare logistics.

Seminar pun disampaikan oleh CEO KAB Gold sendiri iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri. 

Tapi kalau korang tak boleh hadir pun tak mengapa. Mungkin faktor jauh, anak tak ada orang jaga dan sebagainya, korang boleh je tengok live kat FB. Selalunya dia orang memang ada buat live gak.

Pada aku la kan....kalau korang yang bermalas-malas nak hadir atau dengar Sembang Santai Emas ni memang rugi sangat-sangat. Kadang kita rasa kita dah tau dah pasal emas ni tapi lagi kita belajar lagi banyak rupanya ilmu emas yang kita tak tahu.

Korang boleh register account emas percuma di sini.

#fantasticfarah #sweetfarah #farahkaya




OctaFX

Berita ni pasti mengejutkan ramai orang. 

Tak semestinya bila dah iklan sana sini dah masuk TV sana sini dah keluar kat radio itu ini & ramai orang-orang popular yang join...ianya sah di sisi undang-undang.

Approval license pun orang boleh tipu tau. Boleh guna logo yang sah lagi. Bila check...eh! Tak ada rupanya. Bukan setakat forex je tau...semua yang melibatkan investment termasuk la gold investment. Semua korang kena check. Jangan telan bulat-bulat apa yang mereka cakap. 

 Jadilah orang yang bijak. Sayangilah duit kita. Jangan jadi tamak. Apa yang aku perhatikan orang-orang kita ni tamak. Nak cepat sangat kaya. Usaha malas. Nak kaya cara mudah. Mana ada jalan short cut untuk jadi kaya? Bila kaya cara mudah mula la show off kereta-kereta mewah, duit yang banyak, melancong sana sini...katanya disebabkan buat sekian sekian investment...untuk mempengaruhi orang lain to join. Hakikatnya...indah khabar dari rupa je. Halal Haram pun dah tak peduli. Main langgar je. Ooo company tu ada dapat Shariah complaint certificate ye! Ada penasihat shariah. Kau dah check betul-betul ke? Apa kau ingat asal Ustaz je dah boleh jadi penasihat shariah? Dah nampak keuntungan yang berganda-ganda lupa terus nak siasat. 

Errr...yang aku tau forex tu haram. Kenapa masih ramai orang Islam nak invest di forex? Arghhhhh...ko kalau cakap dengan orang kaki forex ni memang ada je hujah depa. Lebih baik tak payah berhujah. Menulis je lebih baik. 

Pengalaman mendewasakan aku. Pengalaman mematangkan aku. Pengalaman menjadikan aku lebih bijak di dalam membuat keputusan. Pengalaman tak semestinya apa yang kita lalui tapi juga apa yang orang sekeliling kita lalui. 

#fantasticfarah #farahkaya #sweetfarah




Sunday, August 14, 2022

Limited Edition

Bila sebut limited edition ni is adalah sesuatu yang rare dan nilainya juga agak tinggi. Makin lama makin tinggi nilainya. Apatah lagi kalau barang rare tu bersifat emas. 

Cuba tengok duit. Ramai orang cari duit lamakan? Nilai duit lama tu pun tinggi. Untung la mereka yang masih menyimpan duit lama.

Tapi, jangan risau. Kalau korang tak ada simpan duit lama, korang boleh simpan emas limited edition ni.

Ni limited edition yang bakal keluar tak lama lagi. Wajah Tok Guru Nik Aziz. Korang boleh beli di sini tapi korang kena la daftar dulu. Daftar percuma je.

Ini pulak edisi Terengganu Football Club. Orang ganu memang memiliki ni. 😁
Tinggal sikit je lagi. Kalau habis tak ada dah. Sama juga korang kena daftar & beli di sini

Peminat bolasepak terutama penyokong wajib ada limited edition ni. Sementara stock masih ada ni better korang grab. Click je di sini as simple as that.

Haaa....ni lagi lagi la tinggal sikit. Peminat Ujang confirm la akan grab. Kalau tak grab bukan Ujang la tu. Jom beli lekas kat sini

Limited Edition yang aku rasa memang amat-amat patut korang ada. Kalis spread babe. Confirm. Aku dah beli. Korang pun beli gak tau jangan tak beli. Beli sini ok. Kalau belum register kena register dulu ok. Benda boleh beli sendiri kenapa nak beli dengan orang. Kan dapat lagi murah.

Kalau korang ada masalah nak register korang boleh whatsapp je. Senang je nak daftar tu sebenarnya. Better korang beli sendiri. Benda boleh beli sendiri kenapa nak beli dengan orang. Sekali lagi aku ulang ni 😄

Ok guys...aku dah share...aku dah bagi info...tinggal korang je nak buat keputusan. Pilihan di tangan korang. Click je di sini untuk daftar dan beli. Jangan dok gatai nak pi cari pelaburan yang bukan-bukan. Kena scam kalau menangis tak berlagu. Pelaburan emas KAB ni adalah pelaburan yang terbaik.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya






Ilmu Aura Luar Biasa


Selalu dengar perkataan Aura tapi tak faham maksud sebenar Aura?

Bagi yang faham pulak, macamana nak praktik & apply supaya punyai Aura yang hebat & luar biasa?

Siapa yang punyai Aura hebat pasti akan ke depan, In Shaa Allah.

Betul ke Aura diri boleh diprogram menjadi magnet rezeki supaya sentiasa menarik tuah, wang, rezeki, kekayaan dsb? 

Betul ke Aura juga boleh membuatkan nasib kita asyik malang, banyak masalah, sial (maaf cakap) & perkara-perkara negative lain?

Kadang-kadang bukan kita tak hebat, tak bagus atau tak rajin cuma tak ada Aura & energy je.

Kalau Aura kita cantik, sihat, dinamik...pasti kita akan disayangi hingga ke hujung langit. Ikhlas atau tak tu belakang cerita.

Nak Tahu Rahsia Kehebatan Aura Diri? 

Nak Tahu Macamana Nak Meraih Tuah Yang Baik?

Nak Punyai Aura Magnetic Yang Buat Orang Suka & Sayang?

Ajommm...hadir kelas percuma untuk fahami, dalami & kuasai serta pelajari macamana nak praktikkan ilmu Aura ni.

TARIKH : 15 AUG 2022

HARI : ISNIN

WAKTU : 9.30mlm - 11.30mlm

Medium : Zoom

Yuran : PERCUMA

Guru : Dato’ Karl Ibrahim

            Datin Ira Ghani

            (Founder Aura Seri)

Whatsapp untuk daftarkan diri & saya akan bagi link kepada anda.


#fantasticfarah
#seeetfarah
#farahkaya

Monday, July 11, 2022

Kena Paksa

Nak buat benda baik ni memang kita kena paksa diri kita. Sapa setuju?

Nak menuntut ilmu kena paksa.
Nak bangun buat solat malam kena paksa.
Nak mengaji kena paksa.
Nak pergi masjid kena paksa.
Nak puasa sunat kena paksa.
Nak menyimpan kena paksa.
....dan banyak lagi perkara-perkara baik yang kita nak buat memang kita kena paksa. 

Kalau ada yang rasa dirinya tak perlu dipaksa untuk buat baik...bohong je tu...sebab pada awalnya kita memang kena paksa...lepas tu baru la "alah bisa tegal biasa". 

Ingat tak masa korang kecik-kecik dulu? Kena paksa solat oleh mak ayah korang kan? Sekarang ni kalau nak solat malam pulak kita kena paksa diri kita. 

Nak datang ke majlis ilmu lagi la kena paksa tambah-tambah ilmu tu bukan ilmu yang wajib yang ada exam & korang wajib lulus exam tu. Kalau tak dipaksa memang beribu alasan yang diberi.

Aku sendiri pun paksa diri aku untuk menimba ilmu dalam bidang agama, kewangan, perniagaan dsb. Aku nak menyimpan pun kena paksa tau. Sapa yang paksa? Diri aku sendiri.

Ajommm kita belajar ilmu emas hari Rabu ni...🥰


#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya




Saturday, June 18, 2022

Ilmu Percuma vs Ilmu Berbayar

Apa beza ilmu percuma dengan ilmu Berbayar?

Ilmu percuma ni kebiasaannya orang tak hargai. Orang buat endah tak endah. Tak committed. Tak ada displin. Apa lagi? 

Berbanding dengan ilmu berbayar. Pasti orang akan hargai. Focus betul-betul waktu belajar. Committed. Berdisplin. Dan, korang akan berusaha untuk praktikkan dia.

Tak caya korang cuba attend kursus ni. Buat masa ni aku ada peluang untuk korang pergi kursus berbayar untuk Digital Marketing yang dikendalikan oleh IKSB Sdn Bhd & Irfan Khairi sendiri yang akan  mengajar. Secara fizikal lak tu.

Confirm lepas attend kursus ni korang akan pandai buat Digital Marketing sendiri. Lepas belajar korang akan duduk dalam WhatsApp group. Apa yang tak faham lagi korang boleh tanya. Daftar cepat. Jangan nak percuma je. Sesekali tu pergi cari ilmu yang berbayar jugak. Baru korang tau feel dia macamana. Semua nak orang payung mana boleh.


#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya