Lama betul tak update blog. Dah bersawang.
Hari ni aku nak cerita pasal Kaunter Takaful.
Dah 13 tahun aku jadi agent Takaful...ini baru pertama kali aku beranikan diri buat aktiviti di kaunter. 21 & 22 July 2026 menjadi detik bersejarah buat aku.
Leader aku, Kak Normah nak buka kaunter di Hospital UiTM Puncak Alam, dan aku tak lepaskan peluang untuk turut serta menimba pengalaman. Bersama-sama aku ialah Muzi, Kak Airin & Kak Zila. Dia orang semua tu dah ada pengalaman di kaunter.
Kalau ikutkan memang jauh perjalanan aku, lebih 50 km dari rumah. Tapi, semangat nak mencuba tu, aku gagah juga.
Pada mulanya aku agak risau juga nak join, padahal bukan 1st time aku buat aktiviti approach orang tapi kaunter Etiqa ni tak sama macam booth emas. Kalau aku tak mula buat begini, sampai bila aku nak melangkah jauh dalam Etiqa ni. Dulu, aku juga yang kata, lepas bersara aku nak focus pada Takaful dan Emas. Aku nekad. Aku nak cuba. Aku kena beranikan diri.
Alhamdulillah, team sentiasa memberi tunjuk ajar dan kata-kata semangat. Di situlah aku banyak belajar sesuatu yang sangat menarik.
Untuk pengalaman pertama itu, aku berjaya memperoleh 1 appointment dan 10 leads. Bagi aku, itu sudah cukup bermakna. Tentang rejection...itu memang lumrah dalam dunia Takaful. Kalau tak kena reject, bukanlah namanya proses membina kerjaya.
Satu perkara yang paling menyentuh hati aku ialah apabila bertemu seorang prospek yang berkongsi kisah hidupnya. Beliau pernah mempunyai medical card selama 15 tahun tanpa pernah dimasukkan ke wad. Disebabkan merasakan ia tidak digunakan, beliau mengambil keputusan untuk menamatkannya. Empat bulan selepas itu, beliau disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Allahuakbar.
Ini bukan kali pertama aku mendengar kisah seperti ini. Sudah beberapa orang yang aku temui mengalami situasi hampir sama. Bila perlindungan dihentikan, ujian datang tidak lama kemudian.
Kawan-kawan, caruman Takaful bukanlah satu kerugian. Ia adalah satu bentuk ikhtiar dan konsep saling membantu yang kita sendiri mungkin tidak nampak manfaatnya hari ini. Sudah tentu kita berdoa agar tidak perlu menggunakan medical card. Tetapi penyakit tidak pernah menghantar jemputan atau memberi amaran sebelum datang. Sebab itu, kita merancang ketika masih sihat, bukan apabila sudah terlambat.
Pernah tak korang atau orang yang korang kenal menyesal kerana membatalkan Takaful? Kongsikan pengalaman di ruangan Komen. Jika korang nak semak perlindungan yang ada sekarang, hubungi aku. Aku sedia membantu.
Farah SistaEmas
Simpan•Lindung•Bina Legasi
Ikuti saya di platform lain di linktree
#PerancanganKewangan
#TakafulAdvisor
#FarahAbdullah
#MedicalCard
#EtiqaTakaful
#SistaEmas

No comments:
Post a Comment