Sunday, May 4, 2025

MACAMANA AKU MENGENALI KAB GOLD?


Sejujurnya, aku memang zero knowledge pasal emas ni. Aku tak rasa yang Emas ni penting & bernilai. Dulu-dulu aku tahu Emas ni hanya barang kemas je & aku pulak tak minat dengan barang kemas. Cincin kahwin pun jarang pakai. Aku rimas bila pakai barang kemas. Aku orang yang agak lasak. Kalau pakai barang kemas memang cepat rosak. 


Mak aku cakap orang perempuan kena pakai barang kemas. Aku pun beli la sikit buat ada.


Lepas tu, ada beberapa orang kawan promote Gold Bar tapi hati aku masih tak terbuka lagi ditambah pulak company tu bukan milik orang Islam. Mungkin kawan aku tu pun tak bersungguh promote. Al-maklum, aku bukan la orang berduit sangat ketika itu. Agaknya, kalau dia promote sungguh-sungguh, mungkin aku dah join la kot. Ya la, waktu tu mana ada company Islam yang buat business serupa itu.


Sampai la suatu hari tu, aku join webinar Irfan Khairi (IK) pasal emas. Tetamu undangan dia Ustaz Khairul Anuar. Masa ni umur aku pun dah 51 tahun. Masa tu kita semua dalam fasa PKP lagi. Tu yang ada masa join tu. Masa dengar tu aku terus daftar. Dalam hati aku berkata "ada rupanya syarikat orang Islam yang buat business emas menggunakan sistem referral". 


Lepas join tu, aku memang blur katak. Tapi, aku explore sendiri. Join group Telegram IK. Join FB KAB Gold. Banyak la soalan bodoh yang aku tanya. Asalnya, aku daftar sebab nak beli untuk simpanan sendiri je. Tapi, aku ni kan otak business. Pantang ada peluang. Aku pun upgrade level sampai ke GM.


Tengah syok buat, team IK ni pulak dah slow & tak aktif. Aku dah hilang arah. Aku pun cari la macamana cara nak pergi kelas emas ni. Dapat info semua dari FB KAB Gold. Aku pun paksa suami & anak-anak ikut pergi kelas emas kat office KAB Gold di Gombak. Boleh dikatakan hampir setiap minggu aku hadir ke kelas. Di sini la titik permulaan ku mengenali KAB Gold dengan lebih dekat & mengenali manusia dari empayar lain. Bermula di sini juga aku semakin seronok untuk mengetahui & mempelajari lebih mendalami lagi tentang ilmu emas. 


Sebelum upgrade ke GGM, aku ditukarkan ke empayar lain (boleh tukar jika empayar kita dah tak aktif & biarkan kita terumbang-ambing sendirian). Kini, aku di bawah empayar AAA, empayar terbesar & paling aktif di KAB Gold. Alhamdulillah, dek bersabar dengan empayar lama yang membiarkan aku terkapai beberapa lama, Allah jodohkan aku dengan empayar terbaik. 


Di KAB Gold aku banyak belajar pasal ilmu emas. Ramai otai-otai Emas di sini. KAB pun selalu buat kelas emas. Makin lama, aku makin sedar & nampak betapa pentingnya simpan emas ni. 


Simpan emas ni bukan semata-mata tentang nilai gram. Tapi, tentang nilai diri & nilai hidup, tentang cara kita menjaga kewangan & rezeki, tentang prinsip.


KAB Gold bukan sekadar tempat jual beli emas. Ia tempat kita simpan harapan. Tempat kita bina kekuatan kewangan sendiri & tempat kita educate orang lain.


Aku pula bukan simpan untuk diri sendiri sahaja. Aku berusaha untuk upgrade diri, tambah ilmu, labur masa, wang & tenaga supaya aku boleh bantu lebih ramai lagi berjaya menyimpan emas dengan ilmu kerana aku tahu

bukan semua orang ada access kepada info yang betul pasal emas. Perjuangan ini ada nilainya. Bukan sekadar gram emas tapi, gram kepercayaan gram tanggungjawab & gram barokah.


Aku suka sangat berada di dalam circle KAB Gold. Circle yang sangat positive. Saling support each other. Bagi aku KAB Gold adalah platform yang selamat,  jujur & bersih.


Semoga setiap gram yang kita simpan di KAB Gold akan mendapat redha Allah. Apa yang buat aku happy ialah bila aku dapat bimbing ramai orang berjaya simpan emas hingga mereka boleh bayar zakat emas.


Untuk itu, di bulan May ini aku nak cari 20 orang Gold Saver berdaftar di bawah jaringan aku. Tak nak tamak. 20 orang dulu untuk bulan ini. Aku nak bantu & bimbing yang 20 orang ni. Tak kisah siapa pun korang kerana di KAB Gold semua orang mampu untuk simpan emas. Kalau yang dah ada experience & nak berhijrah ke KAB Gold pun amat la dialu-alukan. Link pendaftaran ada di ruangan komen.


Nak buat sesuatu ni bukan tentang kita pandai atau tak pandai tapi tentang mahu atau tak mahu. Kalau tidak, aku yang zero tentang Emas ini mana mungkin boleh sampai ke tahap sekarang ini. Terima kasih KAB Gold. Terima kasih semua team AAA Empire yang selalu bagi tunjuk ajar.


FARAH ABDULLAH

DUTA & EXECUTIVE PARTNER

KAB GOLD [KAB10045]

linktr.ee/fantasticfarah 🥰 


#PembimbingEmasPalingSweet

#PembimbingSimpananEmas

#TipKayaDenganEmas

#KABGold






No comments:

Post a Comment